Budaya Kerja Muslim Cemerlang.

Islam bukanlah agama yang terbatas kepada aspek ibadah seperti solat, puasa dan haji, akan tetapi meluas kepada segala aspek kehidupan. Termasuk dalam keluasan ini ialah aspek budaya kerja, sebagaimana yang segera dapat difahami dari firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
وَقُلْ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ.
Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” [al-Taubah 9:105]
Firman Allah “Bekerjalah” merujuk kepada semua jenis pekerjaan dan ia dalam bentuk kata perintah yang bererti suruhan. Maka Islam menolak semua jenis sikap malas tanpa pekerjaan, sebaliknya menyuruh umatnya bekerja dengan apa jua yang selari dengan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Halaqah Tafaqquh Fiddin


Title: Islam Agama Allah

Speaker : Ustaz Khairul Anuar b. Abd Latif
BA (Fiqh & Usul-FFiqh) IIUM, MA (Al-Quran & As-Sunnah) IIUM

3rd October 2009 (saturday)
After Maghrib
Brothers Musolla, IM 2

Kehebatan Malam Al-Qadr

Artikel ini spt sudah agak lambat utk di'post'..
Walaupun Ramadhan sudah mahu meninggalkan kita dan Syawal kian menjelang,tetapi memandangkan artikel ini amat menarik, penulis teringin utk berkongsi dgn pembaca sekalian. Tidak bermanfat pd hari ini, mungkin bermanfaat pd masa2 akan dtg...
Artikel dibawah ini diambil dari http://www.zaharuddin.net/
Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-
1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;
Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus ( akob73 )
Sumber: http://akob73.blogspot.com
(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)


Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

H1N1 : Konspirasi senjata biologi Amerika / Israel?

Tak tau sejauh mana kebenaran artikel ini...fikir-fikirkanlah...

Konspirasi Wabak Selsema Babi
oleh Ibnuyaacob

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.
Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Senarai semak amalan-amalan sunnah disepanjang Ramadhan

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2) Mengtakhirkan Besahur di akhir malam .
Nabi SAW bersabda :" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur"

Hadis Riawayat Muslim, 2/770
Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya"

Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim
Waktu yang terbaik untuk makan sahur : adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:

"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat." -

Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.
Peringatan !! : Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW

Persiapan Diri Menghadapi Ramadhan


Oleh : Fakhrul Anuar Zulkawi
Persiapan Mental
Persiapan mental untuk puasa dan ibadah lain yang berkaitan dengannya sangat penting. Apalagi pada saat menjelang hari-hari terakhir, kerana tarikan keluarga yang ingin berbelanja mempersiapkan hari raya, pulang ke kampung dan lain-lain sangat mempengaruhi umat Islam dalam menunaikan kekhusukan ibadah Ramadhan. Kejayaan ibadah Ramadhan seorang muslim dilihat di penghujungnya. Jika akhir Ramadhan diisi dengan iktikaf dan taqarrub yang lainnya, maka insya Allah dia termasuk di kalangan yang berjaya di dalam melaksanakan ibadah Ramadhan.
Persiapan Ruhiyah (spiritual)
Persiapan ruhiyah dapat dilakukan dengan memperbanyak ibadah, seperti memperbanyak membaca Al-Qur’an, puasa sunnah, berzikir, berdoa dan lain-lain. Dalam hal mempersiapkan ruhiyah, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mencontohkan kepada umatnya dengan memperbanyak puasa di bulan Sya’ban, sebagaimana yang diriwayatkan ‘Aisyah r.a. berkata: ”Saya tidak melihat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’ban” (HR Muslim).

Janganlah Menangis, Sayang...!



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut -ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik -pura-pura menangis.

"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;" (Surah An-Najm 53:43)

Air mata yang tiada di tuntut

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
2. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang! Bersedekah buat amalan.
5. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat, yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah SAW bersabda: Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Wallahua'lam


Nasib Melayu di bumi Melayu

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

SELAMAT PENDEK UMUR!

“Selamat pendek umur,” saya bergurau.

Sahabat saya agak tersentak, namun tetap senyum. Dia faham, saya hanya bergurau.

“Kenapa pula?” tanyanya. Dia kelihatan ceria. Hari ini ulang tahun hari kelahirannya. Saya meraikan dia dengan belanja makan di restoran berhampiran tempat kami bekerja.

“Yalah, bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu.”

“Makna, semakin hari semakin pendeklah umur kita?” tingkahnya penuh pengertian.“Ya, hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian.”


“Pelik, selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup. Tentang kejayaan. Tentang pencapaian. Sekarang kita bercakap tentang kematian pula.”

“Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan ‘mati’,” balas saya.

“Kenapa pula?”

“Hukama berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”

“Untuk apa kita mati?”

“Untuk hidup,” kilas saya lagi, sekadar bermain kata, bersilat bahasa untuk meninggikan makna. Dia diam. Menung dan alam fikirnya telah terusik barangkali.

Kemelut integrasi Uighur - Han

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

BERBANDING Tibet, kemelut etnik di Xinjiang tidak begitu mendapat perhatian media antarabangsa. Meskipun krisis itu sudah berpanjangan kira-kira lima dekad lamanya, namun nasib yang menimpa penduduk Xinjiang seolah-olah terpinggir.

Malah, Beijing sendiri tidak begitu serius dalam menangani permasalahan sebenar yang membelenggu wilayah tersebut. Bagaimanapun rusuhan etnik antara Uighur dan Han yang mengorbankan tidak kurang 180 nyawa di bandar Urumqi, Xinjiang minggu lalu membuka mata banyak pihak.

Agak menarik, Beijing membuka pintu yang luas kepada wartawan asing untuk membuat liputan mengenai konflik tersebut. Keadaan itu sangat berbeza dengan dasar China sebelum ini yang mengenakan kawalan ketat kepada media asing.

2 TANDA MENCINTAI ALLAH

Kalau Cinta, Rindu Untuk Bertemu.

Bagaimana sikap kita dengan janji temu (solat) dengan Allah? Apakah kita datang seawal waktu atau sering menunggu-nunggu masuknya waktu solat? Jika ya, itu petanda yang kita cintakan Allah. Sekiranya setiap kali menjelang waktu solat kita telah siap sedia berwuduk, menunggu di saf hadapan dengan pakaian yang paling bersih, ditambah pula dengan haruman minyak wangi…Alhamdulillah, itu petanda cinta. Jika kesempatan ‘dating’ dengan kekasih ditunggu-tunggu saat dan ketikanya, maka seharusnya lebih-lebih lagi dengan Allah yang kita cintai.

Jika solat lewat (apalagi langsung tidak solat), datang dengan enggan, muka masam, berat tulang dan pakaian berserabut, itu petanda tidak cinta. Tidak fokus. Sambil lewa pula. Solat mahu selesai cepat. Apakah seorang kekasih ingin segera berpisah dalam pertemuannya dengan kekasihnya? Adakah seorang kekasih sampai lewat untuk janji temunya? Atau berpakaian serabut, kusut masai dan berbau ketika menemui kekasihnya? Tidak mungkin. Tetapi jika itulah sikap kita, ertinya kita tidak cinta kepada kekasih itu. Maka begitulah juga ukuran cinta kita kepada Allah. Perlu ada rindu, bukan jeu untuk bertemu.

Kalau Cinta, Suka Apabila Disuruh.


Seorang kekasih sentiasa suka ‘disuruh’ oleh kekasihnya. Kesusahan walau sebesar mana tidak diperkirakan. Asal maksud kekasih dipenuh, tidak kira apa akan ditempuhi (katanya lautan api pun sanggup direnangi). Oleh kerana amat suka disuruh, hati sentiasa menunggu-nunggu bila hendak disuruh. Bila lagi? Apa lagi? Begitulah detik hati selalu. Pantang disuruh, macam lipas kudung, segera dilaksanakan.

Begitulah orang yang cintakan Allah, sentiasa suka apabila diperintah. Bila ada sesuatu disuruh buat, terus dibuat. Tanpa tanya-tanya lagi. Apabila sesuatu diuruh tinggal, terus ditinggalkan. Sami’na wa ato’na – kami dengar dan kami taat. Itulah bukti cinta. Sebarang suruhan daripada Tuhan akan segera dilaksanakan. Malas, letih, susah, sakit, miskin dan lain-lain tidak menjadi halangan. Bagaimana kita?

Mereka ini sentiasa proaktif dan mencari-cari apa lagi suruhan Tuhan yang hendak dilaksanakan. Bila dapat dilaksanakan, alangkah bahagianya dirasakan.

Sekarang, apa respon kita terhadap perintah Allah dan larangannya? Ya, mungkin kita melaksanakannya, namun apakah hati kita suka ketika melakukannya. Contohnya, solat Subuh. Ya, memang kita telah solat Subuh, tetapi apakah kita suka dan ceria ketika melaksanakannya. Cermin muka kita…apakah tersenyum ria setiap kali bagun Subuh? Atau masam mencuka, melangkah ke bilik air dengan langkah malas, lesu dan terpaksa?

Jika ada rasa terpaksa, untuk bangun solat, itu petanda belum cinta. Besar bezanya antara orang yang mengatakan ‘I have to pray (Saya kena solat)’ dengan orang yang berkata, ‘I need to pray (Saya perlu solat).’ Memang kedua-duanya sama-sama sembahyang. Tetapi seorang kerana suka, seorang lagi kerana terpaksa. Yang seorang sudah cinta, yang seorang lagi belum cinta.

* diambil dari buku ‘Tentang Cinta’ karya Pahrol Mohd Juoi

Seorang Pahlawan dan Seorang Rahib

oleh: Ustz. Mazlee

Seorang Pahlawan yang terkenal amat dihormati dan digeruni di dalam negaranya. Para serdadu bawahan amat menyanjungi dan takutkan akan beliau. Sesiapa sahaja yang mencabar beliau akan pasti dapat dikalahkannya. Maka pada satu hari ketika pahlawan hebat ini berjalan dengan lagak yang sombong dan angkuhnya di pasar, beliau telah ditegur oleh seorang rahib yang sedang duduk memerhatikan gelagat manusia di pasar.

Sang rahib tersenyum menyindir dan menegur. "Wahai anak muda, adakah kau pahlawan yang sering disanjungi itu?". Dengan pandangan yang menyindir melalui lirik anak matanya, beliau segera menjawab "Akulah yang mereka sanjungi itu". Sang rahib masih lagi tersenyum dan berkata, "Sayang sekali, kau masih lemah dan tidak selayaknya disanjungi itu". Pahlawan yang gagah itu pun naik berang dan mula mengangkat suaranya. "Jangan kau mencabar aku wahai rahib, sekali aku tumbuk, aku pasti semua tulang-tulangmu akan patah remuk!". Dengan perasaan marah, si pahlawan meninggalkan sang rahib.

Tidak lama selepas peristiwa tersebut, berlaku peperangan di antara negeri tersebut dengan negeri jiran yang berdekatan. Negeri itu telah kalah teruk, serdadu mereka ramai yang telah terbunuh. Negeri jiran berjaya menawan negeri berkenaan. Di dalam keadaan yang parah dan luka, sang pahlawan yang gagah itu terpaksa mencari perlindungan di hujung kota. Beliau segera terjumpakan sang rahib.

Sang rahib pun bertanya. "Apakah yang telah berlaku kepada dirimu wahai pahlawan yang gagah?". Sang pahlawan dengan malunya berkata, "Benar katamu, aku amat lemah dan tidak segagah yang aku sangkakan wahai rahib". Sang rahib memegang bahu si pahlawan dan berkata,"Kau tersilap, sekarang kau telah menjadi gagah dan menyedari kekuatanmu. Kekuatan seorang pahlawan ialah apabila dia menyedari kelemahan dirinya dan berusaha mengatasinya. Bangkitlah wahai pahlawan, binalah kekuatanmu dan kumpulkan serdadu yang baru untuk bangkit menyerang semula!".

Selepas setahun sang pahlawan berjaya mengumpulkan tenteranya semula dan menyerang negeri jiran tersebut. Mereka telah menang dan berjaya memerdekakan negara tersebut. Pahlawan itu sedar bahawa kekalahan negerinya sebelum itu hanyalah merupkan permulaan untuk kejayaan yang sebenar...

Bagaimanakah pula dengan dirianda?, apakah anda di puncak kelemahan ataupun pada permulaan kekuatan diri?

Ayuh, jangan biarkan rebahnya diri menjadi alasan untuk tidak bangkit semula!

Ya Allah!



Ya Allah!

Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.
(QS. Ar-Rahman: 29)

Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung, dan angin bertiup kencang menerjang, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru: "Ya Allah!"

Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kenderaan menyimpang jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya, mereka akan menyeru: "Ya Allah!"

Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi, mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah!"

Ketika pintu-pintu permintaan telah tertutup, dan tabir-tabir permohonan digeraikan, orang-orang mendesah: "Ya Allah!"

Yg dilakukan apabila mendapat khabar gembira



Rasulullah s.a.w apabila mendapat khabar yg menyenangkan atau sesuatu yg baginda senangi, baginda terus melakukan sujud syukur kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala. (diriwayatkan oleh Ahlus Sunan selain An-Nasa’I, lihat sahih ibnu Majah I/233)
Dalam riwayat yg lain, Rasulullah s.aw apabila mendapat sesuatu yg menyenangkan hati, baginda mengucapkan:
الْحَمْـدُ للهِ الَّذي بِنِـعْمَتِهِ تَتِـمُّ الصّـالِحات
Segala puji bagi Allah yg dengan segala nikmatNya segala kemaslahatan boleh tercapai
Dan apabila menghadapi hal yg menyusahkan, baginda mengucapkan:
الْحَمْـدُ للهِ على كُـلِّ حال.
Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan (lihat Sahih Al-Jamie’ iv/201)
Disini nabi s.aw menyandarkan segala kenikmatan yg diperolehinya kpd Allah ‘Azzawajalla dan tetap memujiNya walaupun berada dalam keadaan susah.
Begitulah sikap yg seharusnya ada pada diri setiap orang yg beriman. Dengan setiap kebaikan yg diperolehinya, tidaklah ia menyandarkan kepada dirinya sahaja, tetapi ia menyandarkan kpd Pemberi Nikmat itu sendiri!!! Manakala kesusahan yg dialaminya tetap tidak menghalang dirinya untuk memuji Allah..

Aku hidup di bawah naungan Al-Quran 2


Hidup di bawah naungan Al-Quran memerlukan cara berinteraksi yang benar apabila berhadapan dengannya. Cara berinteraksi yg benar pula adalah 'belajar untuk beramal’ dengannya. Untuk itu, Generasi salafussoleh adalah contoh terbaik dalam memberikan teladan kepada kita tentang bagaimana mengambil manfaat daripada Al-Quran yg merupakan rujukan tertinggi mereka di dalam lapangan ilmu.
Sufyan bin uyainah (salah seorang ulama’ salaf) berkata:
Ilmu yang paling pertama adalah mendengar, kemudian memahami, kemudian menghafal, kemudian mengamalkannya, kemudian barulah menyebarkannya. (Syu’abul Iman: 2/289)
Al-fudhail bin iyadh (juga merupakan salah seorang ulama’ salaf) berkata:
”Telah sampai berita kepadaku bahawa para ulama’ terdahulu, jika mereka mempelajari ilmu, mereka mengamalkannya, jika telah mengamalkannya mereka sibuk beramal, jika telah asyik beramal, mereka merasa kehilangan ilmu dan jika merasa kehilangan, mereka mencari ilmu lagi dan jika mencari, mereka mencarinya bersungguh-sungguh. (Al-Madkhal, Al-Baihaqi)
Begitulah petunjuk yg harus dilakukan bagi mereka yg ingin hidup di bawah naungan Al-Quran iaitu menjadikannya sebagai rujukan yg tertinggi dan kemudian berusaha sedaya-upaya untuk memahami lalu mengamalkannya.

KEHARMONIAN KAUM DAN SIFAT SALING MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN MELALUI USAHA DAKWAH KEPADA BUKAN ISLAM.

Karnival Harmoni 2009 bertujuan menyemarakkan lagi agenda keharmonian masyarakat Malaysia yang berbagai kaum, bangsa dan agama. Karnival Harmoni 2009 cuba mewujudkan suasana dakwah dan kefahaman asas-asas Islam secara meriah, kreatif, interaktif, santai dalam kepelbagaian kaum dibawah satu bumbung pada masa yang sama yang mudah difahami oleh orang ramai terutamanya masyarakat bukan Islam.Corak perjalanan Karnival ini akan menimbulkan kefahaman yang jelas dan menyerlah. Segala bentuk tanggapan negatif , konservatif dan salah faham terhadap Islam akan dapat dihapuskan .Kejernihan serta keunggulan Islam agama sejagat akan direalisasikan dalam karnival ini melalui program dan aturcara yang telah disusun rapi .Harapan dan matlamat kami agar usaha dakwah ini akan diberkati Allah dan berjaya mencapai objektifnya.

Kami dengan ini mengajak semua pihak termasuk pihak media agar bersama-sama JIM-Hidayah Centre memainkan peranan menyeru menjayakan dan memeriahkan lagi program Karnival Harmoni 2009 ini. Kami mengalu-alukan segenap lapisan masyarakat terutamanya masyarakat bukan Islam di sekitar Lembah kelang, bersama ahli keluarga,rakan taulan dan jiran tetangga, beramai-ramai datang mengunjungi Karnival Harmoni 2009 ini.

Sedikit maklumat mengenai program tersebut:

Tarikh Program Karnival Harmoni : 22 – 24 Mei 2009 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)

Waktu: 10 pagi – 10 malam setiap hari

Tempat : Aras G, Concourse Summit USJ Subang Jaya

Masuk adalah Percuma

Program-Program menarik:

Pameran dan Jualan,persembahan tarian singa, pertunjukan seni mempertahankan diri silambam, gendang masyarakat India,tarian pelbagai bangsa Arab, nasyid, forum, pertandingan melukis kanak-kanak, cabutan bertuah dan banyak lagi. Agenda penuh disertakan bersama.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

* Pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669
* Tuan Haji Muhamad Sylvester, Pengerusi Hidayah Centre ( 019 3335549)
* En Nashiruddin Mohd Tahir, Pengarah Karnival Harmoni 2009 (019-3850732)

Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh.

NASHIRUDDIN MOHD TAHIR
Pengarah Program
Karnival harmoni 2009.

A message to the world: The apartheid wall will collapse one day


Palestinian youths, and foreign activists have decided to send a unique message to the entire people of the world, objecting the racist, separation wall that the Israeli occupation authorities had built in the West Bank, and telling them that the "oppression" wall would, one day, collapse.

The message is composed of 2000 words, and written on the apartheid wall, stretching three kilometers along it, and carrying one meaning that the racist wall wouldn’t stay forever, and that it would fall one day, the activists confirmed.

Farid Ishak, the veteran South African human rights activist, was the one who wrote the message after he saw for himself the miserable living conditions of the Palestinian people, and the level of oppression that the wall had inflicted on them amidst unexplainable silence on the part of the international community.

Ishak, who was once jailed along with Nelson Mandela played an active role in the South African government that was born after the apartheid system in that country collapsed once and for all.

For her part, Jennifer, an American citizen, came to the West Bank to know more about the wall, and she was shocked by the adverse repercussions it had wreaked on the lives of the Palestinian people.

She decided to join and participate in writing the message, asserting, "I don’t think the Americans know a lot about this wall… I was shocked when I first came here and saw the facts on the ground that prompted me to join this group of youths in writing a message to the world".

Efforts of the Palestinian youths in this regard weren’t isolated as Palestinians artists still writing and drawing on the wall hundreds of phrases and drawings supporting the Palestinian cause, and going against the racist discrimination that the wall represents.

The Palestinian people had and still are rejecting the construction of the wall on their lands as they hold weekly demonstrations against it every Friday, in which, a number of them got killed, and tens others were wounded.

In 2004, the International Court of Justice ruled that the wall was illegal and violates international laws, and that it must be demolished.

Tiada yang boleh memberikan mudarat melainkan Allah

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang dengan namaNya, tidak ada suatupun yg dapat memberikan kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Dibaca tiga kali).

Ini merupakan salah satu zikir pagi dan petang yg diajar oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. Baginda s.a.w bersabda:

“Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang boleh membahayakan dirinya.” (HR. Abu Dawud 4/323, Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332, Al-Allamah Ibnu Baaz berpendapat, isnad hadits tersebut hasan)

1. Amatlah wajar bagi sesiapa yg mengamalkan wirid ini supaya memerhatikan kandungan akidah yg terdapat didalamnya. Ianya bukanlah sekadar kata-kata yg dibaca tanpa difahami maknanya tetapi ianya adalah zikir yg dapat meneguhkan jiwa jikalau direnungi dengan mendalam kalimahnya.

2. Kandungan zikir yg ringkas ini menegaskan bahawasanya tidak ada suatu kuasapun yg boleh mendatangkan kemudaratan melainkan Allah s.w.t. Kandungan zikir ini turut diperkuatkan dengan hadith lain yg diriwayat Ibnu Abbas:

Jagalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Jagalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa jikalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).
(Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih)

Menjaga Allah disini bermaksud menjaga hak-hakNya dengan melaksanakan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang. Ianya tidaklah bermaksud bahawa Allah s.wt berhajat dengan penjagaan makhlukNya (Maha suci Allah drpd sifat yg sedemikian) bahkan makhluklah yg memerlukan penjagaan daripada Allah Rabbul Jalil. Segala perbuatan yg dilakukan hambaNya samaada baik atau buruk tidak pernah menjejaskan sedikitpun kedudukan Allah ‘Azzawajalla.

3. Sesiapa yg meyakini penjagaan Allah keatasnya daripada sebarang kemudaratan hendaklah sentiasa menjaga syariatNya dan juga mematuhi sunnatullah. Menjaga syariatNya adalah dengan cara mematuhi hukum-hakam yg telah ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Mematuhi sunnatullah pula adalah dengan cara menjauhkan diri daripada sebarang kemudaratan dan mengelakkan diri drpd terjerumus kedalamnya. (cthnya seperti berenang didalam kolam yg dipenuhi dengan buaya yg kelaparan).

4. Jikalau seorang mukmin itu meyakini perlindungan Allah daripada sebarang bencana, maka dia pasti akan menjadikan Allah sebagai satu-satunya tempat untuk berdoa dan bertawakal . Tawakal dan doa kepada makhluk pula adalah perbuatan yg tercela yg hanya dilakukan oleh org yg tidak berakal. Kerana sifat asal makhluk itu ialah tidak boleh mendatangkan kemudaratan dan menfaat melainkan dengan izin Allah.

5. Jikalau keburukan menimpanya, dia pasti akan bersabar dan redha disebabkan keyakinannya bahawa semuanya itu datang dari Allah ‘Azzawajalla.

Allah s.w.t berfirman:

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu. QS 64:11

Al-Qamah berkata daripada Abdullah. Iaitu maksud:‘dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya dia akan memberi petunjuk kepada hatinya’ ia adalah seorang lelaki yg jika tertimpa musibah, ia redha dengannya dan ia tahu semua itu berasal daripada Allah.(Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, surat At-taghabun, setelah hadith no.4907)

Oleh itu, seorang yg membaca zikir “Dengan nama Allah yang dengan namaNya, tidak ada suatupun yg dapat memberikan kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” hendaklah mengimani kandungan akidah yg terdapat di dalamnya. Secara keseluruhannya, ia memberi gambaran kpd kita tentang kekuasaan Allah yg mutlak tanpa ada sesiapun yg mampu menandingiNya. Jadi, apakah alasan bagi kita untuk bergantung harap kepada selain drpdNYa? Apakah alasan bagi kita untuk berdoa dengan meminta kepada nabi-nabi dan para wali? Sedangkan mereka juga adalah hambaNya.. Apakah alasan bagi kita untuk bertawakkal dan menyerahkan nasib kita kepada golongan kuffar, Amerika dan kuncu-kuncunya.. sedangkan manusia tidak berkuasa untuk memberikan sebarang manfaat ataupun mudharat, walaupun seluruh manusia dan jin berhimpun untuk bergotong royong melakukannya.

Fiqh ikhtilaf

Fiqh ikhtilaf merupakan salah satu cabang fiqh yg menjadi satu tuntutan kepada umat ini. Fiqh ini bukan sahaja dianjurkan, bahkan diwajibkan bagi mereka untuk memikirkannya. Untuk membangunkan satu fiqh yang memberikan bimbingan kepada umat dalam menyingkapi suatu perbezaan pendapat, kita wajib menyediakan asasnya yg syar’I, kukuh dan mantap, sehingga bangunan fiqh ini ditegakkan di atas tiang-tiang dan kaedah-kaedah yang tertancap kuat, bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah serta apa yg telah disepakati oleh para ulama’ yg muktabar dari umat ini. Diantara beberapa prinsip-prinsip asas dalam fiqh ikhtilaf ialah sebagaimana yg diterangkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam bukunya Kaifa nata’amalu ma’a at-turath wa at-tamzahab wal ikhtilaf:

1. Perbezaan didalam cabang fiqh merupakan suatu hal yg tidak dapat dihindari

2. Perbezaan didalam cabang fiqh merupakan rahmat dan kemudahan bagi umat

3. Perbezaan didalam cabang fiqh merupakan kekayaan dalam wacana syariat umat ini

4. Usaha yg dilakukan untuk menghilangkan perbezaan pendapat dan membawa umat ini kepada satu pendapat yg sama tidak mungkin dilakukan sekaligus kerana ianya tidak efektif

5. Kadang-kadang, kebenaran itu munkin ada pada pendapat yang berlawanan dengan pendapat yg selama ini diterima

6. Kepelbagaian kebenaran boleh terjadi

7. Orang yg salah dalam berijtihad (selama ia termasuk dalam orang yg ahli) dimaafkan, bahkan memperoleh pahala

8. Tidak boleh ada pengingkaran dalam masalah khilafiyah.

9. Bersikap adil terhadap orang yg berbeza pendapat dan mengakui kebaikan yang ada pada diri orang tersebut

10. Bersikap adil terhadap orang yg sefaham dan berani memberikan kritikan kepadanya dengan benar

11. Melakukan kerja sama berkaitan dengan hal-hal yang telah disepakati bersama-sama

12. Toleransi dalam memperdebatkan hal yang diperselisihkan

13. Tuntutan dialog dalam memperdebatkan hal yang diperselisihkan

14. Toleransi antara kedua belah pihak yg berselisih, dimana satu pihak bersedia solat dibelakang yg lain

15. Menganggap semua mazhab adalah baik dan berada dalam jalan petunjuk

16. Bersikap bijak dan menerima terhadap perbezaan yg beragam, bukan perbezaan yg saling bermusuhan

17. Menghindari perpecahan, dan kewajipan menjaga adab di hadapan para ulama’

18. Menjaga adab terhadap para ulama’ yg muktabar

19. Menghindarkan diri daripada menuduh orang lain sebagai zalim, dosa, dan kafir.

(Kaifa nata’amalu ma’a at-turath wa at-tamzahab wal ikhtilaf, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi)

Aku hidup di bawah naungan Al-Quran

Saya tertarik dengan kata-kata sayed quthub rahimahullah di dalam muqaddimah Fi zilalil Quran ketika beliau mengambarkan tentang betapa indahnya hidup di bawah naungan Al-Quran dan betapa hairannya beliau terhadap mereka-mereka yg memilih jalan selain daripada itu. Kata syed Quthub:

"Aku hidup di bawah naungan Al-Quran. Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni’matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu keni’matan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nimat yang tidak pemah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku. Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab süci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?

Islam's Stand on Early Marriages

Dear scholars, As-Salamu `alaykum. Is early marriage allowed in Islam? Jazakum Allah khayran.

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.

Early marriages are originally recommended for Muslims; it is healthy and helps for chastity. Delay of marriages is very helpful for the Shaytan. Almighty Allah says: "And marry such of you as are solitary and the pious of your slaves and maid servants. If they be poor; Allah will enrich them of His bounty. Allah is of ample means, Aware." (An-Nur: 32)

The father of a girl must not delay marriage of his daughter if a proposal is received from a compatible man of equal status who is of sound religion and character. The Prophet (peace and blessings be upon him) said: "Three matters should not be delayed: prayer when its time comes, burial when the funeral has arrived, and the marriage of a single woman when a well-suited man has proposed." (Reported by at-Tirmidhi)

The Prophet (peace and blessings be upon him) addressed the youths encouraging them to get married as soon as they are capable of shouldering the responsipility of marriage saying: “O youth! Whoever amongst you is able to marry, let him marry, because it helps him keep his eyes away from lustful looks and preserve his chastity. And whoever is not able to marry, let him observe fasting, as it is a shield for him (i.e. protection from lapsing in fornication).”

Early marriage doesn't mean that the spouses could be not mature and responsible, the Qur'an hints saying: "If you find them of sound judgement." (An-Nisa': 6) That means puberty or marriageable age is not enough to be qualified for marriage. If a son is capable to run a household life and he is able to maitain mentally, psychologically and financially and everything of his wife, then early marriage is the only way to keep our children away from haram.

In this context, Dr. Muhammad Sa`eed Hawwa, professor of Shari`ah at the University of Mu’tah, Jordan, states:

"Early marriage is recommended as long as the requirements of marriage are met including the ability of each of the spouses to fulfill his marital duties and protect his/her partner against temptation. The husband should also be able to shoulder the financial responsibilities at the sufficiency level. There is no specific age for marriage according to Shari`ah but the criterion is the capability of both spouses."

Among the benefits of early marriages is that "Married couples perform better at school or university and are more emotionally stable than singles. Also, living together with one's wife will cost one much less than if each one of them lived separately. The benefits of early marriage are extreme and it is highly encouraged in Islam if both of spouses are mature and responsible, and if the husband can support the family on the financial side."

Excerpted, with modifications, from: www.islamicity.com

Hikmah Memahami Asma’ wa Shifat Allah (Nama-nama & Sifat-sifat Allah)

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
Oleh:
Syaikh ‘Abdurrazzaq bin ‘Abdil Muhsin al-‘Abbad al-Badr



Sesungguhnya mengenali (mempelajari) Nama-Nama Allah dan Sifat-sifat-Nya yang terdapat di dalam al-Kitab (al-Qur’an) dan as-Sunnah, yang menunjukkan kesempurnaan Allah secara mutlak dari pelbagai segi, merupakan pintu ilmu yang paling utama yang mana dengannya dapat menambah keimanan. Menyibukkan diri dengan mempelajarinya, memahaminya, dan mengetahuinya secara sempurna memiliki hikmah dan faedah yang tinggi dan agung. Di antaranya adalah sebagaimana berikut:

1) - Ilmu tauhid Asmaa’ wash-Shifat merupakan ilmu yang paling mulia dan paling agung secara mutlak. Menyibukkan diri dengan memahami dan mempelajarinya menunjukkan erti menyibukkan diri di dalam mencari sesuatu yang paling mulia. Dan mendapatkannya merupakan pemberian yang paling mulia.

2) - Ma’rifatullaah (mengenali Allah) menimbulkan kecintaan (hubb), rasa takut (khauf), pengharapan (roja’), dan keikhlasan beramal kepada-Nya. Inilah sebuah hakikat erti kebahagiaan seseorang hamba. Tidak ada jalan lain untuk mengenali Allah melainkan dengan mengenali Nama-Nama Allah dan Sifat-Sifat-Nya serta memahami makna-maknanya.

3) - Tujuan Allah menciptakan makhluk adalah supaya mereka mengenal dan dapat beribadah hanya kepada-Nya. Menyibukkan diri dengannya bererti menyibukkan diri dengan tujuan penciptaan para hamba. Meninggalkannya dan mengabaikannya bererti meremehkan tujuan untuk apa kita diciptakan.

Adalah sungguh buruk bagi seseorang hamba yang tidak mengenali Tuhan-nya dan enggan mengetahui-Nya, padahal nikmat Allah sentiasa dilimpahkan kepadanya terus-menerus, begitu pula dengan kurnian-Nya yang sangat melimpah dari pelbagai segi.

4) - Salah satu dari rukun iman, bahkan yang paling utama dan asas adalah beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Iman bukan hanya mengatakan, “Aku beriman kepada Allah”, sedangkan dia tidak mengenali Tuhan-nya dengan sebenarnya. Hakikat sebenar dari sebuah keimanan adalah mengetahui apa yang diimani dan berusaha keras untuk mengenali Nama-Nama-Nya juga Sifat-Sifat-Nya sehingga mencapai darjat yakin. Darjat keimanan seseorang ditentukan oleh sejauh mana ia mengenali Tuhan-nya. Semakin kenal kepada Tuhan-nya, semakin bertambah pula keimanannya. Setiap kali berkurang, maka berkurang pula keimanannya. Jalan yang paling dekat untuk sampai kepada ma’rifatullaah (mengenali Allah) adalah dengan merenungi Sifat-Sifat dan Nama-Nama-Nya Subhanahu wa Ta’ala.

5) - Mengenali Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah asas kepada segala sesuatu. Mereka yang benar-benar mengenali Allah akan menjadikan sifat-sifat dan perbuatan-Nya yang ia yakini sebagai landasan ke atas segala apa yang ia lakukan dan laksanakan sebagai hukum dalam kehidupannya. Mereka tidak akan melakukan sesuatu melainkan yang bersesuaian dengan tuntutan makna yang terkandung di dalam Nama dan Sifat-Sifat-Nya. Perbuatan orang itu tidak akan menyimpang dari keadilan, keutamaan, dan hikmah. Ini adalah sebagaimana halnya Allah yang tidak akan menetapkan sebuah hukum pun, melainkan bersesuaian dengan makna puji yang dimiliki-Nya, hikmah-Nya, keutamaan-Nya dan keadilan-Nya. Semua berita dari-Nya adalah haq dan benar, dan semua perintah serta larangan-Nya adalah keadilan yang penuh dengan hikmah. (Lihat: Tafsir Ibni Sa’di (1/24-26), dan ringkasan tafsirnya (hal. 15))

Berpandukan dari faidah-faidah dan pelbagai hikmah ini (dapat kita nyatakan) bahawa mengetahui Nama-Nama Allah yang indah dan Sifat-Sifat-Nya yang agung akan melahirkan hasil berupa penghambaan (‘ubudiyah) dan ketundukan kepada-Nya. Setiap sifat penghambaan yang muncul dalam diri seseorang hamba adalah kesan dari mengenali Nama dan Sifat-Nya, mengetahuinya, dan hasil dari ma’rifat (mengenali) kepada-Nya. Semua sifat penghambaan ini mencakupi segala bentuk ‘ubudiyah (peribadahan/penghambaan) yang dilakukan sama ada dengan hati atau yang dilakukan dengan anggota badan.

Beberapa contoh yang lahir hasil keyakinan terhadap Asma’ al-Husna

Seseorang hamba, jika meyakini bahawa hanya Allah-lah yang dapat memberikan mudharat dan manfaat, yang mampu memberi dan menahan, yang menciptakan dan yang memberi rezeki, yang menghidupkan dan memerhatikan, maka keyakinan itu akan membuahkan hasil zahir atau pun batin. Di dalam batin iaitu sikap penghambaan (‘ubudiyah) berupa tawakkal (berserah) kepada-Nya. Adapun dalam zahirnya (yang nampak) adalah kesan tawakkal tersebut serta hasilnya.

Mengetahui Asma’ al-Husna harus diiringi dengan pengamalannya

Dan jika dia meyakini sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui, tidak ada yang samar bagi-Nya seberat zarrah pun di langit dan di bumi, dan sesungguhnya Dia mengetahui yang tersembunyi bahkan yang lebih tersembunyi, mengetahui khianatnya mata dan apa-apa yang disembunyikan di dalam hati, maka keyakinan ini akan membuahkan hasil berupa sikap menjaga lisan, anggota badan dan gerakan-gerakan hati dari segala perkara yang tidak diredhai oleh Allah. Ia akan menjadikan semua anggota badan ini terikat semata-mata kepada segala perkara yang dicintai dan juga diredhai oleh Allah.

Dan jika ia meyakini sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Mulia, Maha Pengasih, dan luas kebaikan-Nya, maka keyakinan ini akan menimbulkan sikap pengharapan yang kuat. Sedangkan pengharapan akan melahirkan pelbagai jenis peribadahan secara zahir (nampak) atau pun batin kerana terdapat kecintaan di dalam mengenali dan mengetahui-Nya.

Dan jika ia meyakini kesempurnaan Allah dan keindahan-Nya, maka perkara ini menimbulkan cinta secara khusus, dan kerinduan yang lebih besar untuk berjumpa dengan Allah, dan perkara ini akan mengarahkan kita kepada pelbagai jenis ibadah.

Dengan meyakini perkara ini, dapatlah diketahui bahawa semua bentuk ‘ubudiyah (peribadahan) kembali kepada makna-makna yang terkandung di dalam Nama-Nama juga Sifat-Sifat Allah. (Lihat kitab Miftaah Daaris Sa’aadah, karya Ibnul Qayyim (hal. 424, 425), dan lihat yang semisalnya lebih luas lagi dalam kitab al-Fawaa-id, karya beliau (hal. 128-13 1))

Seorang hamba akan diberi taufik dengan memperoleh penyebab utama yang akan menambah keimanannya, apabila ia mengenali Tuhannya dengan pengenalan yang hakiki lagi selamat dari penyimpangan orang-orang yang sesat di dalam mengenali Allah. Dia selamat dari jalan orang-orang yang mengubah Nama-Nama dan Sifat-Sifat-Nya (ahlut tahriif), jalan orang-orang yang menta’thilnya (menolak), menggambarkannya (tamtsil), atau menyerupakannya (tasybih) dengan makhluk. Maka dia pun selamat dari manhaj ahli kalam (ahli falsafah/pemikiran) yang bathil seperti ini, yang pada dasarnya merupakan penghalang paling besar bagi seorang hamba untuk mengenali Tuhannya dan yang paling berpengaruh di dalam mengurangi keimanan lagi melemahkannya. Dia pun mengenali Tuhannya dengan Nama-Nama-Nya yang indah juga Sifat-Sifat-Nya yang agung, yang dengannya Allah memperkenalkan Dzat-Nya kepada para makhluk, yang diungkap di dalam al-Kitab (al-Qur’an) dan as-Sunnah berpandukan kefahaman Salafush Soleh (generasi awal dari para sahabat Rasulullah).

Dan telah sahih diriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, Sebuah berita bahawa Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama (yang terdapat dalam al-Qur-an dan hadis-hadis), sesiapa yang menghafalnya, maka perkara itu berupaya menjadi faktor masuknya seseorang itu ke dalam Syurga.
Diriwayatkan dalam ash-Shahihain dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata. “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bersabda:

“Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu. Sesiapa yang menghafalnya, maka dia akan masuk ke dalam Syurga.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 5/354, 10/214, 12/377 - Fathul Baari, dan Muslim 4/2O63)

Yang dimaksudkan dengan menghafal, bukan hanya sekadar menghafal. Kerana, orang yang fasiq pun adakalanya mampu menghafalnya. Maka, dengan ini maksudnya adalah mengamalkannya. (Fathul Baari, 10/226. Ini adalah ungkapan al-Ashili)

Kita wajib memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat-Nya, juga mengetahui makna yang terkandung di dalamnya sehingga mudah untuk mengambil manfaat secara sempurna darinya.

Abu ‘Umar ath-Thalamanki rahimahullah berkata, “Di antara kesempurnaan di dalam mengenali Nama-Nama Allah dan Sifat-Sifat-Nya, di mana orang yang berdoa dan menghafalnya berhak mendapat pahala sebagaimana yang diungkapkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam iaitu apabila dia mengenali Nama-Nama Allah dan Sifat-sifat-Nya dengan disertai kefahaman faidah-faidah yang terkandung di dalamnya serta hakikat yang ditunjukinya. Sesiapa yang tidak mengetahui perkara tersebut, maka dia bukanlah orang yang mengetahui makna dan Nama-Nama Allah. Dia tidak akan dapat mengambil manfaat yang tepat dari makna-makna yang terkandung di dalamnya jika hanya dengan menyebutkannya.” (Fathul Baari (6/226))

Ibnul Qayyim rahimahullah telah menyebutkan tiga tingkatan bagi mereka yang menghafal (Nama-Nama Allah):

Tingkatan pertama: Menghafal lafaz dan bilangannya.

Tingkatan kedua: Memahami maknanya dan perkara-perkara yang ditunjuki olehnya.

Tingkatan ketiga: Berdoa kepada Allah dengan menggunakan nama-nama tersebut.

Hakikat ini mencakupi doa ibadah atau pun doa ketika memohon sesuatu. (Badaai’ul Fawaa’id (1/164))

Ibnu Sa’di berkata ketika menjelaskan makna hadis Abu Hurairah terdahulu, “Makna al-ihshaa’ (menghitung/menghafal) adalah barangsiapa menghafalnya, memahami makna-maknanya, meyakininya dan beribadah kepada Allah dengannya, maka dia akan masuk ke dalam Syurga. Kerana, Syurga tidak akan dimasuki melainkan oleh orang-orang yang beriman. Al-ihshaa’ itu merupakan sumber dari perkara yang paling besar di dalam menghasilkan keimanan, kekuatan dan ketetapannya. Mengetahui Nama-Nama Allah yang indah adalah asas-asas di dalam keimanan di mana kualiti keimanan akan kembali (merujuk) kepadanya.” (at-Taudhiih wal Bayaan (hal. 26))

Barangsiapa mengenali Allah dengan pengenalan seperti ini, maka dia akan menjadi manusia yang paling kuat keimanannya, paling banyak ibadahnya dan paling banyak melakukan ketaatan, dan akan menjadi orang yang paling takut serta selalu merasa diawasi oleh Allah Ta’ala.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“... Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama (orang yang berilmu) ...” (Surah Faathir, 35: 28)

Ibnu Jarir ath-Thabari rahimahullah dalam menafsirkan ayat ini berkata, “Allah Ta’ala berfirman yang maknanya, “Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah sehingga dia menjaga diri dari siksa-Nya dengan taat kepada-Nya hanyalah para ulama. Mereka takut terhadap kekuasaan yang meliputi segala sesuatu yang dia kehendaki kerana Allah melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. Orang yang mengetahui kekuasaan Allah, tentu akan meyakini adanya siksa Allah terhadap kemaksiatan yang dilakukan kepada-Nya sehingga orang tersebut benar-benar takut kepada-Nya jika Allah menyiksanya.” (Tafsir ath-Thabari (12/132))

Ibnu Katsir berkata, “Maknanya adalah Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah dengan sebenar-benar rasa takut adalah para ulama yang benar-benar mengenali-Nya, bahawa Dia Maha Agung, Maha Tahu, dan disifati dengan Sifat-Sifat kesempurnaan, dan disifati dengan Nama-Nama yang indah. Setiap kali pengenalan itu lebih mantap dan pengetahuannya lebih sempurna, maka rasa takut kepada-Nya pun akan lebih besar dan lebih banyak.” (Tafsiir Ibni Katsir (3/553))

Makna ungkapan ini telah disimpulkan oleh salah seorang ulama Salaf di dalam sebuah ungkapan yang ringkas. Beliau berkata, “sesiapa yang lebih mengenali Allah, maka dia akan lebih merasa takut kepada-Nya.” (ar-Risaalah al-Qusyairiyyah, karya Abul Qasim al-Qusyairi (hal. 141), dan yang mengatakannya adalah Abu ‘Abdillah Ahmad bin ‘Ashim al-Anthaki. Lihat biografinya dalam as-Siyar A’lam an-Nubala’ (11/409))

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Tidak ada keperluan (kebergantungan) rohani yang lebih besar daripada mengenali terhadap Tuhan-nya, Penciptanya, keperluan akan rasa cinta kepada-Nya, menyebut-Nya, merasa gembira dengan-Nya, meminta wasilah (perantara) kepada-Nya, dan kedekatan di sisi-Nya. Tiada jalan untuk mendapatkan semua keperluan ini melainkan dengan mengenali Sifat-Sifat-Nya, dan Nama-Nama-Nya. Setiap kali seseorang lebih mengetahui semua itu (Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah), maka dia akan lebih mengenal Allah, lebih memohon kepada-Nya dan lebih dekat. Dan setiap kali dia ingkar terhadap semua itu (Nama dan Sifat-Sifat Allah), maka dia akan lebih bodoh dengan tidak mengetahui Allah, ertinya dia pun akan lebih membenci-Nya dan lebih jauh dari-Nya. Seseorang hamba ditempatkan oleh Allah di sisi-Nya sebesar kadar ia mengingati Allah di dalam dirinya.” (al-Kafiyatusy Syaafiyah (hal. 3, 4))

Dengan mengenali Allah, ia dapat memperkuat rasa takut dan selalu diawasi, memperbesar harapan kepada-Nya, menambah keimanan seseorang hamba, dan dapat melahirkan ingin melaksanakan pelbagai jenis ibadah. Tidak ada jalan untuk meraih semua ini (mengenali Allah) melainkan dengan merenungi Kitabullaah dan juga dengan pengenalan yang Allah lakukan kepada para hamba-Nya melalui lisan-lisan para Rasul-Nya berupa Nama-Nama-Nya, Sifat-Sifat-Nya juga perbuatan-Nya. Demikian pula segala perkara yang dibersihkan dari-Nya berupa sesuatu yang tidak layak untuk-Nya Subhanahu wa Ta’ala, dan sebagaimana Dia mengatur hari-hari-Nya, juga perbuatan-Nya terhadap para kekasih-Nya dan musuh-musuh-Nya. Semua itu telah diceritakan kepada para hamba-Nya dengan persaksian dari-Nya supaya mereka menjadikannya sebagai dalil bahawa Dia adalah Tuhan mereka yang haq lagi jelas, yang tidak sepatutnya beribadah melainkan kepada-Nya. Dan agar mereka menjadikannya sebagai dalil bahawa sesungguhnya Dia Maha Kuasa ke atas segala sesuatu, Maha Tahu atas segala sesuatu, sangat pedih siksaan-Nya, Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Agung, Maha Bijaksana, serta melakukan apa saja yang dikehendaki oleh-Nya. Dia-lah yang memberi rahmat dan pengetahuan-Nya mencakupi segala sesuatu. Segala perbuatan-Nya meliputi segala aspek hikmah, kasih sayang, keadilan juga kemaslahatan, tidak akan terkeluar darinya sedikit pun. Hasil ma’rifatullah (mengenali Allah) tidak akan diperolehi melainkan dengan mentadabburi (menghayati) firman-Nya dan merenungi kesan-kesan dari segala perbuatan-Nya.” (Lihat Miftaah Daaris Sa’aadah, karya Ibnul Qayyim (hal. 202))

Disunting bahasa dan perkataannya oleh:
Nawawi Subandi, dari sebuah buku berjudul “Duduklah Sejenak Bersama Kami...” Oleh penulis. Terjemahan asal dan terbitan oleh Pustaka Ibnu Katsir.

A call for Jerusalem

Muhammaad Mahdy Akef, IkhwanWeb - Egypt

Allah said,” Glory be to Him Who made His servant to go on a night journey from the Sacred Mosque to the remote mosque of which We have blessed the precincts, so that We may show to him some of Our signs; surely He is the Hearing, the Seeing.” (Al-Israa:1)

The blessed land calls for Muslim everyday to take a stand and ask oneself a question, what have I done to save Jerusalem and Palestine? What have I done to save this blessed mosque that calls for every Muslim and cries for help?

If we follow back the history of this land we would realize that it is not the first time Jerusalem is occupied, the most famous incident was the crusades’ attacks that lasted for two hundred years until the Kurdish Muslim leader Saladin came and freed the mosque on the 27th of Rajab 582 A.H.

If all the super powers are using false claims wither, historical, religious or political claims to pursue their economic and strategic interests we don’t care because the conspiracy is now so clear and Arab and Muslim nations should wake up from their slumber and gain back our freedom and dignity.

Arab nations and Muslim Ummah’s unity is the key to stop the Zionist attacks and stop the attempts to Judize Jerusalem and the destruction of Al-Aqsa Mosque.

6 Arab Prime ministers gathered few days ago in the Jordanian capital Amman to discuss King Abdullah the second’s visit to the United state to meet up with Obama administration.

What was the outcome of their meeting? They kept holding fast to the Arab peace initiative that was refused by the Zionist enemy.

Still until this day Arab leaders are holding on to an initiative that cannot be applied by no means and that is because they have no other option and they can’t stand up for the conspiracy waved around Palestine, Jerusalem and the resistance.

O Arabs...O Muslim,

Palestine is calling for you and Al-Aqsa mosque is crying for your help. People in Jerusalem are calling for you to support them, why don’t you make a fundraising institute to support them when their houses are abolished and help stop the attempts of displacing them.

Why don’t you boycott all business men who allay with our enemy for personal interests and gains over the public welfare and interest?

Where as you my fellow brothers, you have a very big responsibility in such serious circumstances.

1. You have to rise above all the difficulties and start changing yourself and then the community around you for Allah said in the Qur`an. “surely Allah does not change the condition of a people until they change their own condition.” (Ar-Ra’d: 11).

2. You have to get your power from the power of your faith and belief in Allah.

3. You have to follow Palestine’s news and issue from all sides, historical, political, and economical and know the news of the resistance so you would be able to raise people’s awareness on the matter and clear all the misconceptions you might have or people around you may have.

4. You have to support Palestine cause and resistance through all means, because Palestine had been captured 43 years ago and you are the only one that will set it free, dear reader.

Allah is our aim and He is the guidance.

Cairo 20th Rabi’ Al-Akhar 1430 A.H/ 16th April 2009 A.D.