PERUTUSAN DR. MOHD BADIE’ MURSYID AM IKHWAN MUSLIMIN
Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah , keluarga dan para sahabat baginda, serta siapa yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari Akhirat.
Tidak syak lagi bahawa dakwah kepada Allah dalam setiap aspeknya berdiri atas beberapa perkara asasi yang diceduk dari kitab Allah dan sunnah RasulNya (s.a.w). Allah mentaklifkan kita dengan dakwah kepadaNya. Allah mentaklifkan tanggungjawab penting ini lalu Dia menegaskan bahawa Dia tidak akan membebankan seseorang itu melainkan apa yang mampu ditanggungnya. Jika begitu, dakwah kepada Allah adalah wajib dalam setiap jenis dan wasailnya yang pelbagai. Firman Allah bermaksud:
“Serulah ke jalan tuhan kamu dengan penuh hikmah, nasihat yang baik dan berdailoglah kamu dengan cara yang terbaik”. (An-Nahl: 125).
Kewajiban dakwah ini wajib dilaksanakan mengikut keupayaan setiap individu sama ada lelaki ataupun perempuan, di mana setiap individu wajib melakukan dan tidak dikecualikan walaupun sesorang itu mempunyai keuzuran. Firman Allah yang maksudnya:
“Tiada menjadi kesalahan kepada orang-orang yang lemah, orang yang sakit dan orang yang tiada apa yang boleh mereka sedekahkan (untuk tidak pergi berjihad di jalan Allah) sekiranya mereka melakukan nasihat kepada Allah dan RasulNya, dan orang Islam tiada mempunyai alasan dari jalan Allah ini, dan Allah Maha Mengampuni dan Penyayang.