EARTH HOUR 2009

Assalamu 'alaikum wrt wb,
Ikhwah dan Akhawat sekalian,

Saya rasa sungguh2 cemburu. Orang lain pula yang mendahului kita SEKALI LAGI, membuat kerja2 pensejahteraan 'alam ini.

Sungguh malang. Sejak pemansukhan sistem "Khilafah" dengan jatuhnya Khilafah Uthmaniah, Ummat Islam umumnya masih tetap jadi pengikut dan bukan penentu arus perdana dunia, walaupun dinegara mereka sendiri sekalipun. Ambil contoh "EARTH HOUR" ini.

Matlamat EARTH HOUR ialah untuk menanamkan budaya penjimatan penggunaan tenaga. Ini amat sejajar dengan perintah Allah (Al-Isra': 27). Sumber bahan bakar fossil berkurangan dengan drastiknya. Ia tidak dapat diganti. Ia memerlukan proses berbilion tahun lagi untuk memperbaharuinya.

Kajian telah dibuat terhadap kesan-kesan negative dari pembakaran tanpa terkawal ini. Diantaranya ialah penjanaan gas-gas beracun (NO-xious gases) yang juga menghakis lapisan ozon, menyebabkan fenomena rumah hijau, dan lain-lain lagi kesan negatif keatas 'alam dan penghuninya.

Penglibatan ummat Islam dan para saintisnya dalam usaha-usaha kajian tidak ketara. Usaha merumuskan manfa'at dari hasi lkajian ini bagi merumuskan strategi mentadbir sumber-sumber alam yang kritikal lagi terhad ini juga kurang dilakukan.

Kita kurang peka bahawa ALLAH telah menjadikan ummat Islam sebagai sebagai "KHAIR UMMAT" dikalangan ma'nusia ini ('Imran: 110).

Ketara kelihatan usaha-usaha, seperti "Earth Hour" ini, dan banyak lagi usaha-usaha melibat pemuliharaan 'alam sekitar contohnya, terus hasil initiatif masyarakat BUKAN-ISLAM. Ummat Islam, walaupun kita yang di Malaysia, yang kononnya yang termaju dikalangan masyarakat Islam seluruh dunia, tetap menjadi pengikut dan pengguna.

Berapa lama lagikah kita Ummat islam di Malaysia khususnya akan menjadi pengguna dan pengikut arus perdana dunia yang sudah lapok dan luntur dari diwarnai olih tamaddun dan budaya Hedonisma Judea-Kristian, yang diasaskan olih kelompok Eropah Yunani-Romawi.

Benar mereka telah menerajui tamaddun dunia sekarang ini. sayugia perlu diingati mereka berada dipersada ini lantaran kealpaan Ummat Islam terdahulu yang tertidur oleh kerana kemewahan dan kekuasaan yang terdampar dikaki-kaki mereka.

Wa ALLAH 'alam.

Abd Ghani Bin Ujang
1hb Rabi' ul Awal 1430
28hb Mac, 2009
27hb Tiga, 4706
(Tahun Sapi, Cina).