Rasulullah s.a.w apabila mendapat khabar yg menyenangkan atau sesuatu yg baginda senangi, baginda terus melakukan sujud syukur kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala. (diriwayatkan oleh Ahlus Sunan selain An-Nasa’I, lihat sahih ibnu Majah I/233)
Dalam riwayat yg lain, Rasulullah s.aw apabila mendapat sesuatu yg menyenangkan hati, baginda mengucapkan:
الْحَمْـدُ للهِ الَّذي بِنِـعْمَتِهِ تَتِـمُّ الصّـالِحات
Segala puji bagi Allah yg dengan segala nikmatNya segala kemaslahatan boleh tercapai
Dan apabila menghadapi hal yg menyusahkan, baginda mengucapkan:
الْحَمْـدُ للهِ على كُـلِّ حال.
Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan (lihat Sahih Al-Jamie’ iv/201)
Disini nabi s.aw menyandarkan segala kenikmatan yg diperolehinya kpd Allah ‘Azzawajalla dan tetap memujiNya walaupun berada dalam keadaan susah.
Begitulah sikap yg seharusnya ada pada diri setiap orang yg beriman. Dengan setiap kebaikan yg diperolehinya, tidaklah ia menyandarkan kepada dirinya sahaja, tetapi ia menyandarkan kpd Pemberi Nikmat itu sendiri!!! Manakala kesusahan yg dialaminya tetap tidak menghalang dirinya untuk memuji Allah..
“Sungguh menakjubkan urusan org mukmin. Semua hal adalah baik baginya, dan hal itu tidak akan terjadi kpd org yg beriman. Jika ia mendapat kelapangan ia bersyukur, dan hal itu adalah baik baginya. Jika mendapat kesulitan ia bersabar, hal itu juga adalah baik baginya.”(hadith riwayat Imam Muslim/2999)
Syukur merupakan tanda2 bagi orang yg mempunyai iman di dalam hatinya baik dlm keadaan senang mahupun susah.
Al-Imam ibnu Al-Qayyim rahimahullah berkata:
Syukur adalah terlihatnya tanda2 nikmat Allah pada lidah hambaNya dalam bentuk pujian, di hatinya dlm bentuk cinta kepadaNya, dan pada tubuh badannya dalam bentuk taat dan tunduk. (Madarij As-salikin/384)
Syukur bukanlah difahami dengan ungkapanpujian kpd Allah s.w.t semata2 (sebagaimana yg difahami oleh segelintir umat Islam), tetapi ia juga memerlukan pengamalan anggota badan dengan beriltizam dgn syariatNya dan juga amalan hati dengan sentiasa tunduk dgn perintahnya.
Oleh itu, marilah bersama2 kita bersyukur kepada Allah diatas kebaikan dan kejayaan yg dianugerahkan kpd kita dengan sentiasa melakukan ketaatan kepadaNya dan mengelakkan diri daripada perkara2 yg boleh mengundang kemurkaan daripadaNya. Gunakanlah masa lapang yg ada untuk beramal soleh dan mempelajari agama Allah. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment