DOA, SOLAT DAN KEIKHLASAN

Antara faktor-faktor yang memberi kekuatan kepada seorang mukmin adalah keikhlasan, solat dan juga doa mereka. Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah hanya menolong umat ini kerana orang-orang yang lemah diantara mereka, kerana doa mereka, solat mereka dan kerana keikhlasan mereka. (diriwayatkan oleh An-Nasai dan disahihkan oleh Al-Albani dalam sahih targhib wa tarhib)

Keikhlasan adalah merupakan penguat jiwa seorang mukmin jika ia meyakini hanya Allah sahajalah yg kekal abadi..riya’ pula adalah kekotoran yang sentiasa menghalangi manusia daripada mengingati hakikat ini.

Kita mungkin boleh berniat melakukan sesuatu kerja utk mendapatkan nama supaya manusia boleh mengenali kita, ataupun mengejar pangkat yg diidam-idamkan oleh ramai manusia. Tetapi adakah semua itu merupakan sesuatu yang kekal? NAMA, PANGKAT dan HARTA adalah sesuatu yg akan luput ditelan zaman. Manusia akan bersedih dan merasai kekecewaan yg amat sangat apabila apa yg diniatkan itu gagal dicapainya.

Namun tidak ada kekecewaan dan kesedihan bagi mereka yg mengharapkn wajah Allah dalam melakukan amal. Kerana Wajah Allah itulah yg kekal abadi…

Biarlah manusia itu tidak mengenali kita kerana amal yg kita lakukan..kerana sudah mencukupi jika Allah ‘Azzawajalla mengenali kita sebagai seorang hamba yg BERAMAL!!

Hati yang ikhlas sentiasa berharap kepada Ilah-nya. Rasa pengharapan itu dimanifestasikan pula oleh doa. Hati, lisan dan anggota badannya turut sama berdoa tanda pengharapan kepada Rabb-nya.. Wahai insan, adakah selama ini hanya tangan kamu sahaja yg berdoa? Di mana pula hatimu?

Doa itulah merupakan senjata-mu. Ketika kamu berada dalam keadaan lemah maka bacalah:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.” (HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam senantiasa membaca doa ini, lihat kitab Fathul Baari 11/173)

Ketika kita diancam oleh musuh bacalah:

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ.
”Cukuplah Allah bagi kami. Dan Dia-lah, Tuhan yang paling tepat dipasrahi (dalam menghadapi segala urusan).” (HR. Al-Bukhari 5/172.)
Itulah merupakan diantaraa doa-doa yang diajar oleh Rasulmu ketika berada dalam keadaan yang lemah…
Rasulmu itu juga turut mengajarkanmu solat supaya ia boleh menjadi penolongmu..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
[Surat al-Baqarah ayat 153]

Sesungguhnya keikhlasan, solat dan juga doa sentiasa bersama mukmin yang tunduk kepada Allah ‘Azzawajalla. Mukmin yang tunduk sentiasa berasa dirinya lemah dan perlu memperbaiki dirinya. Di saat itu, ia meyakini janji Allah yang sentiasa menolong hambaNya yang lemah.