Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya.
Anak-anakku
muda mudi tercinta,
Ketahuilah
bahawa kamu adalah harapan umat, lengan-lengannya yang gagah, mindanya yang
cerah, masa depannya yang gemilang, harapannya yang bersinar dan kekuatannya
yang terpendam. Kamu adalah unsur kebangkitan umat, kemajuan serta
kegemelingannya yang paling penting. Itulah kedudukan kamu, itulah nilai kamu.
Itulah tanggungjawab kamu dan amanah kamu di hadapan Allah, di hadapan umat dan
di hadapan diri kamu sendiri. Sesungguhnya kamu adalah bekalan untuk masa
depan, tempat bergantungnya harapan untuk kebangkitan umat kamu.
Dan
kami, ketika kami berkata demikian bukan kerana hendak mengampu atau mengambil
hati kamu. Sebaliknya kami menegaskan sesuatu yang memang menjadi reality dan
mengiktiraf sesuatu yang benar. Itulah juga yang dipesan oleh kekasih kita yang
terpilih, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. (maksudnya): “Hendaklah kamu saling berpesan agar memelihara para pemuda dengan baik
kerana sesungguhnya mereka itu memiliki hati yang paling lembut.”
Bertitik
tolak dari sini, maka terdapat beberapa perkara yang wajib ke atas kamu
terhadap semua aspek yang melingkungi kamu dan yang berkaitan dengan diri kamu.