Assalamualaikum
Tepat 12 Februari 2012, rakyat Mesir bergembira merayakan ulangtahun
pertama kejatuhan salah seorang dari pemerintah yang dikategorikan dalam
“Mulkan Jabriyyan” iaitu penguasa yang memaksakan kehendak mereka yang
bertentangan dengan hukum Allah yang Maha Adil.
Namun, 63
tahun yang lepas iaitu pada tanggal 12 Februari 1949 adalah hari di mana
Imam Hasan Al Banna menemui Tuhannya di bumi yang sama, bergelimang
darah serta syahid di atas jalan yang ia lalui untuk menegakkan syariat
Allah dan menghancurkan sembahan selainNya.
PERIBADI YANG DIBERI ILHAM
Nama "Hasan Al-Banna" sentiasa melekat dengan jamaah Al-Ikhwan
Al-Muslimun kerana beliau adalah pengasas dan menjadi Mursyid `Am
pertama jamaah tersebut.
Musuh-musuh Islam mengira bahwa
setelah mereka membunuh pendiri, mursyid dan pemimpin jamaah ini, mereka
juga telah meruntuhkan Ikhwanul Muslimin, mencabut akar kekuatannya,
menghentikan langkahnya dan menghancurkan gerakan pembaharuan Islam yang
telah membangunkan hati rakyat dan kaum muslimin secara keseluruhan.