Saya tertarik dengan kata-kata sayed quthub rahimahullah di dalam muqaddimah Fi zilalil Quran ketika beliau mengambarkan tentang betapa indahnya hidup di bawah naungan Al-Quran dan betapa hairannya beliau terhadap mereka-mereka yg memilih jalan selain daripada itu. Kata syed Quthub:
"Aku hidup di bawah naungan Al-Quran. Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni’matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu keni’matan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nimat yang tidak pemah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku. Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab süci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?
Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanakkanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?
Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku dapat meni’mati kefahaman yang sempurna dan meliputi, tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, terhadap matlamat seluruh alam alwujud dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri. Kemudian aku bandingkan dengan kefahaman-kefahaman dan tanggapan jahiiyah yang dihayati oleh umat manusia di Timur dan di Barat, di Utara dan di Selatan. Kemudian aku bertanya: Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang-padang yang bersih, tempat-tempat yang tinggi dan cahaya yang terang benderang?”
Beliau mengambarkan bahawasanya hidup di bawah Al-Quran adalah merupakan merupakan puncak kenikmatan yg tiada tolok bandingannya. Begitulah sikap yg seharusnya ada pada setiap orang Islam dan dengannya mereka akan hidup di bawah petunjuk ilahi ini. Dengan hidup di bawah naungan Al-Quran, tidak munkin umat ini akan tersesat dan mundur sebagaimana yg kita lihat pada hari ini.
Persoalannya, mengapa umat masih mundur sedangkan kebanyakan daripada mereka membaca Al-Quran? Kita melihat banyak institusi pengajian Al-Quran tumbuh dengan subur dengan bertambahnya bilangan pelajarnya. Begitu juga dengan institusi tahfiz, begitu giat menghasilkan para huffaz. Ibu-bapa pula begitu mengambil berat jikalau anak-anak mereka tidak pandai membaca Al-Quran. Bahkan program-program untuk membudayakan pembacaan Al-Quran begitu giat dijalankan di negara ini. Tetapi malangnya umat yg kita lihat hari ini seolah2 bukanlah umat yg dicetak dengan manhaj Al-Quran sebagaimana yg kita lihat terhadap umat yg terdahulu daripada kita dikalangn para sahabat. Mereka lebih suka dengan gaya hidup jahiliyah hasil daripada didikan media hiburan barat.
Persoalan ini turut dijawab oleh sayed Quthub di dalam sebuah lagi karyanya yg agung iaitu Ma’alim fi At-thariq. Beliau menjelaskan bahawa terdapatnya perbezaan diantara cara pengajaran antara generasi para sahabat Rasulullah SAW dengan generasi-generasi kemudiannya. Para sahabat Rasulullah di dalam generasi pertama itu tidak mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan semata-mata, bukan juga dengan tujuan mencari hiburan dan penglipur lara. Bahkan mereka mempelajari Al-Quran itu dengan maksud hendak belajar bagaimanakah arahan dan perintah Allah dalam urusan hidup peribadi mereka dan juga hidup bermasyarakat, juga urusan hidup mereka sendiri dari hidup masyarakat mereka. Mereka belajar untuk dilaksanakan serta merta, seperti seorang perajurit menerima, “arahan harian” atau “surat pekeliling” bagi dilaksanakan serta merta!
Inilah tarbiyah rasulullah s.a.w terhadap sahabatnya yg menyebabkan mereka menjadi umat yg terbaik yg mampu menguasai dunia ini. Inilah juga tarbiyah yang perlu diperhatikan oleh para pendakwah supaya mereka dapat menggunakan formula yg sama dalam menerapkan cara pengajaran ini kepada masyarakat Islam terutamanya kepada generasi muda sehingga mereka mampu beramal dengan Al-Quran.
Dalam mengamalkan Al-Quran dan mengikuti petunjuknya dengan baik adalah amat penting bagi kita untuk memahami dengan jelas apa yang dikehendaki oleh Allah di dalam kitab sucinya itu. Dan hal ini sangat bergantung kepada baiknya kefahaman kita terhadap Al-Quran, kebenaran kita dalam menafsirkan ayat-ayat dan hukumnya, sehingga kita tidak mengada-adakan satu perkataan yang tidak dikatakan olehnya, tidak memberat-beratkan maknanya, tidak menambah atau mengurangkan sesuatu yg telah ada padanya, dan tidak mengakhirkan mana yang patut di dahulukan ataupun mendahulukan mana yang patut diakhirkan.
Oleh itu, para pendakwah perlulah menitik-beratkan kefahaman mad’unya terhadap Al-Quran dengan sentiasa menyeru mereka supaya sentiasa merenung dengan mendalam terhadap ayat-ayat suci Al-Quran.
Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. (As-shaad:29)
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran atau hati mereka terkunci? (Muhammad:24)
No comments:
Post a Comment