Ucaptama Sempena Majlis Pelancaran IKRAM

Melaksanakan Misi, Menjayakan Visi

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهديه باحسان الى يوم الدين أما بعد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tuan-tuan, puan-puan serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Sudah lebih 52 tahun kita meninggalkan era penjajahan terhadap negara ini. Berbagai-bagai peristiwa penting telah terjadi; sudah 12 kali pilihan raya berlangsung dan pemimpin silih berganti. Namun keadaan kita hari ini masih tidak menepati sasaran hidup masyarakat Islam yang maju dan berjaya. Kita masih tidak ditadbir oleh kepemimpinan Islam yang berwibawa. Kita masih tidak dinaungi peraturan hidup atau syariah yang adil yang mengatur urusan negara dan kehidupan rakyat sepenuhnya tanpa pengecualian.

LAGU IKRAM

video

IKRAM

Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne
Lagu oleh: Saff One

Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN IKRAM

Alhamdulillah, pada 20hb Jun 2010 yg lalu bersamaan 8 Rejab 1431H, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah berjaya disempurnakan. Majlis pelancaran ini telah diadakan di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Sri Kembangan, Selangor. Lebih 5,000 orang yang terdiri daripada ahli, tetamu khas, petugas media serta para pemerhati dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran ini. Berikut merupakan suasana di sekitar majlis pelancaran IKRAM yang turut dihadiri oleh beberapa ikhwah dari Kuantan.