ADAKAH KITA KAUM YANG BERAMAL?

muwajjih sedang menyampaikan taujihatnya

Alhamdulillah, pada 24 September yang lepas, suatu daurah yg bertajuk "Nahnu Qaumun 'Amaliyyun" telah diadakan. Daurah ini adalah sebahagian daripada agenda dalam program Temasya Tarbiyah IKRAM (TTI) Pahang untuk bulan September. Daurah ini dikupas dan disampaikan oleh Syeikh Mohamad Hamed Elewa. Memandangkan penyampaian adalah dalam Bahasa Arab, justeru, ustaz Muhaimin dijemput sebagai penterjemah. Kedua-dua mereka menyampaikan taujih dengan penuh bersemangat. Maka, para peserta daurah juga sungguh bersemangat untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu yang disampaikan. Pengisian juga tidak membosankan kerana diselangi dengan LDK yang dapat menguji dan menambah kefahaman para peserta.

antara peserta yg hadir

Daurah ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang. Kehadiran adalah sangat memberangsangkan di kalangan ikhwah dan akhawat sekitar Pahang. Alhamdulillah, pengisian daurah ini sangat bermanfaat dan mampu memberi kefahaman kepada para peserta yang hadir.

Terdapat sepuluh ciri-ciri kaum yang beramal. Sepuluh ciri-ciri tersebut ialah:
  1. Ikhlas keran Allah. 
  2. Baik akhlak / hubungan dengan Allah. 
  3. Memantapkan ukhuwwah. 
  4. Thiqah terhadap diri sendiri, manhaj dan qiyadah. Thiqah pada Allah bahawa Dia yang akan menolong jalan dakwah ini. 
  5. Menjadikan dakwah ini unsur yang terpenting dalam kehidupan kita. Dakwah menjadi darah daging, mengalir dalam aliran darah. 
  6. Bersedia untuk berkorban. Bekerja / bergerak untuk dakwah. 
  7. Iltizam dengan program-program dakwah sama ada program khusus atau pun umum. 
  8. Melaksanakan dengan segera, sempurna dan teliti tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah. 
  9. Melakukan tiga langkah iaitu ta’arif, takwin dan tanfiz dengan serentak. 
  10. Tawazun / perkembangan yang seimbang.
Semoga kita dapat bermuhasabah dan beramal dengan sepuluh ciri-ciri ini agar kita tergolong dalam golongan yang beramal, insyaAllah.

bergambar kenang-kenangan dgn muwajjih