penerimaan dakwah dan sikap kita terhadap mereka yg menolak dakwah

Salam,
Sy ada 1 persoalan yg mungkin blh diperjelaskan. Apakah yg blh kita lakukan stlh kita selesai berdakwah dgn cara terbaik & objek dakwah tetap tdk menerima. Jika kt tetap bersamanya dgn menyedari hakikat kederhakaannya terhadap tuhan, khuatir hati kita disatukan..Jika kt uzlah dr golongan itu n teruskan berdoa mungkin akn ada kesedaran pd mrk,tetapi blh jd juga kita hilang peluang utk berdakwah lg..Namun amat menyedihkan jg bila menjadi saksi kpd maksiat n tak dpt nk buat apa2..
Tolong berikan pandangan..Blh jadi saudara juga pernah menghadapi situasi ini, jadi apakah tindakan saudara?? Jzkk.

jawapan:

Tahniah buat saudara yg mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah.

Pertamanya kita hendaklah menyedari bahawa dakwah dinilai oleh Allah s.w.t berdasarkan usahanya, bukan kpd sambutan manusia terhadap dakwah tersebut. Hakikat ini boleh diperhatikan melalui dakwah rasul2 yg terdahulu. Ada diantara mereka yg dibangkitkan pada hari kiamat nanti dengan seorang, dua, atau tiga orang pengikut. Begitu juga dengan peristiwa ketika mana nabi diisra’kan. Baginda pernah berjalan melewati seorang nabi dengan sejumlah besar pengikut bersama-sama dengannya, dan seorang nabi yang mempunyai sejumlah kecil pengikutnya dan juga seorang nabi yang tidak mempunyai seorang pengikutpun!!!!( H.R At-tirmizi 4/631)

Hakikat ini merupakan suatu bimbingan daripada Allah s.w.t bahawa tugas kita adalah untuk berdakwah dan menyampaikan risalah Islam dengan segenap kemampuannya, dan bukannya mengharapkan natijah daripadaNya.

firman Allah s.w.t: Maka tidak ada kewajiban atas para rasul, selain dari menyampaikan (amanat Allah) dengan terang. ( An-nahl : 35)

Tugas memberi hidayah pula adalah urusan Allah ‘Azzawajalla.

Daripada sudut kebersamaan dgn mereka diharapkan supaya jgn meninggalkan tuntutan ukhuwwah yg menjadi kekejian besar di dalam Islam. Boleh bersama dengan mereka ketika mereka tidak melakukan dosa dan jauhilah mereka apabila melihat maksiat yg dilakukan setelah cuba menasihati sebaik munkin. (walaupun munkin diejek dan dikasari).

Firman Allah s.w.t:

“dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, Maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), Maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).” Al-an’am:68

Rasulullah s.a.w bersabda:

Seorang mukmin yang bercampur gaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang dirasai daripada mereka adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dan tidak sabar dengan kesakitan yang dirasai daripada mereka (akibat pergaulan itu).

Sentiasalah bersama2 dgn mereka ketika mereka melakukan kebaikan sebagai sokongan trhadap usaha tersebut, ini adalah satu perkara yg jarang kita lakukan. Usaha yg saudara lakukan (tidak jemu2 memberi nasihat dan doa untuk membuka pintu hati) adalah tindakan yg tepat.

uzlah atau pengasingan diri hanya dilakukan ketika manusia betul2 rosak sebagaimana yg berlaku diakhir zaman. sekiranya masyarakat kita betul2 rosak dgn maksiat dan dibimbangi boleh menjejaskan agama kita; tindakan yg boleh saudara lakukan adalah dgn berhijrah ke tempat yg masyarakatnya soleh..

Satu lagi aspek yg perlu kita renungkan sebagai pendakwah adalah aspek Penguasaan atauIsti’ab’ (kemampuan pendakwah untuk menarik objek dakwah (mad’u) dan membentuk mereka dengan segala perbezaan intelektual, kejiwaan, status sosial dan sebagainya.)

Boleh rujuk artikel ini :

http://www.facebook.com/notes/pertubuhan-ikram-malaysia/kekuatan-penguasaan-pendakwah/164401443600179

Dakwah adalah tanggungjawab semua

oleh :Sheikh Salman al-Oadah

Menyeru manusia di jalan Allah adalah tugas yang paling penting bagi semua rasul (semoga Allah merahmati mereka semua). Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t memerintahkan Rasullullah s.a.w dengan firmanNya :

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik".(Yusuf:108)

Rasulullah s.a.w menjalankan tugas ini sepanjang hayatnya. Kemudian tugas ini disambung oleh Para Sahabat dan mereka yang hidup selepasnya. Demikianlah kaum muslimin telah menjalankan tugas ini buat sekian lama waktunya.

Berdakwah adalah salah satu bentuk aktiviti yang terbuka kepada semua kaum muslimin. Ianya tidak terhad kepada mana-mana kumpulan manusia. Ianya juga bukanlah satu disiplin yang hanya boleh diamalkan dalam rangka-kerja yang sempit. Ianya adalah satu bentuk projek sukarelawan yang boleh dilakukan oleh semua muslimin disetiap peringkat masyarakat. Mereka boleh menjalankan dakwah dalam rangka yang menepati syara’.

Ianya adalah tanggungjawab yang juga mesti dilakukan oleh semua kaum muslimin meskipun dia merasakan dirinya adalah pelaku dosa. Setiap manusia pasti akan melakukan dosa. Kita semua adalah manusia dan kita juga pernah melakukan dosa. Jikalau setiap orang yang melakukan dosa menahan dirinya daripada menyeru kepada kebaikan, maka siapakah lagi yang layak mengajak kepada kebaikan selepas daripada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w bersabda, “kesemua anak adam pasti akan melakukan dosa, sebaik-baik pelaku dosa adalah mereka yang bertaubat” [Sunan Abî Dâwûd]

Berdakwah dijalan Allah adalah tugas yang dilakukan secara sukarela disepanjang zaman bukan sahaja oleh pendakwah, ulama’, dan tokoh-tokoh pembaharuan, tetapi juga turut dijalankan oleh mereka yang mengambil-berat tentang islam dan ummatnya, dan mereka yang menginginkan islam supaya berkembang. Pada hari ini, usaha ini turut dilakukan oleh mereka yang inginkan perubahan dalam masyarakat.

Tidak ada “specialist cadre”atau kasta sosial yang mempunyai kuasa eksklusive terhadap dakwah Islamiah. Setiap yang menyeru kepada kebaikan adalah pendakwah didalam Islam. Setiap yang menjalankan khidmat sosial dalam islam juga adalah pendakwah. Setiap yang melakukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan juga adalah pendakwah. Begitu juga halnya dengan mereka yang melakukan kerja-kerja kebajikan, mereka yang menyokong gerakan pembaharuan Islam, mereka yang bekerja untuk keadilan masyarakat, dan juga mereka yang cuba untuk memperbetulkan kesilapan fakta dan pemahaman masyarakat.

Bahkan orang yang menyediakan alternative untuk perkara-perkara yang menyanggahi syara’ juga adalah pendakwah. Hal ini kerana orang yang didakwahi memerlukan satu persekitaran yang kondusif untuk memudahkan mereka menyahut panggilan dakwah. Justeru, setiap usaha untuk membawa manusia kearah jalan kebaikan atau menjauhkan mereka daripada melakukan dosa adalah salah satu langkah untuk menyeru manusia di jalan Allah. Ini adalah usaha yang baik dan bermanfaat; dan kita digalakkan untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda: “setiap salam adalah sedekah. Setiap langkah untuk solat adalah sedekah. Setiap usaha untuk mendamaikan dua orang yang berselisih adalah sedekah. Menanggung kesusahan orang lain adalah sedekah. Membuang halangan dijalanan adalah sedekah.”

Baginda juga bersabda “senyuman kepada saudaramu yang lain adalah sedekah”

Bahkan rasulullah s.a.w pernah bersabda “persetubuhan bersama isteri kamu juga dikira sedekah”

Para sahabat berasa terkejut, lalu bertanya: adakah dengan memenuhi keinginan seseorang juga boleh mendapat balasan pahala daripadanya?”

Rasulullah s.a.w menjawabnya: “jikalau seseorang memenuhi keinginannya dengan sesuatu yang haram, adakah dia mendapat dosa? Begitu juga disebaliknya, sekiranya dia memenuhi keinginan dengan sesuatu yang halal, dia akan mendapat pahala”