Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya.
Anak-anakku
muda mudi tercinta,
Ketahuilah
bahawa kamu adalah harapan umat, lengan-lengannya yang gagah, mindanya yang
cerah, masa depannya yang gemilang, harapannya yang bersinar dan kekuatannya
yang terpendam. Kamu adalah unsur kebangkitan umat, kemajuan serta
kegemelingannya yang paling penting. Itulah kedudukan kamu, itulah nilai kamu.
Itulah tanggungjawab kamu dan amanah kamu di hadapan Allah, di hadapan umat dan
di hadapan diri kamu sendiri. Sesungguhnya kamu adalah bekalan untuk masa
depan, tempat bergantungnya harapan untuk kebangkitan umat kamu.
Dan
kami, ketika kami berkata demikian bukan kerana hendak mengampu atau mengambil
hati kamu. Sebaliknya kami menegaskan sesuatu yang memang menjadi reality dan
mengiktiraf sesuatu yang benar. Itulah juga yang dipesan oleh kekasih kita yang
terpilih, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. (maksudnya): “Hendaklah kamu saling berpesan agar memelihara para pemuda dengan baik
kerana sesungguhnya mereka itu memiliki hati yang paling lembut.”
Bertitik
tolak dari sini, maka terdapat beberapa perkara yang wajib ke atas kamu
terhadap semua aspek yang melingkungi kamu dan yang berkaitan dengan diri kamu.
1. Kewajipan terhadap diri sendiri
Sesungguhnya
kamu kini berada pada peringkat usia paling subur dan paling kuat. Maka wajib
ke atas kamu memelihara kekuatan ini dan menunaikan hak-haknya. Yang aku
maksudkan dengan kekuatan di sini ialah semua jenis dan semua anasirnya, iaitu
kekuatan lahiriah, maknawiah, ruhiah, jasadiah dan sebagainya. Kamu kini berada
pada peringkat kuat di antara dua peringkat lemah sebagaimana dinyatakan di
dalam firman Allah yang bermaksud: “Allah
yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah
itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta
tua beruban…” Ar-Rum:54
Dan
kamu akan ditanya pada Hari Qiamat nanti tentang peringkat ini sebagaimana
ditegaskan oleh Nabi s.a.w. di dalam Hadis yang bermaksud: “Tidak akan berganjak dua tapak kaki seseorang hamba sebelum dia
ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya, ke mana ia dihabiskan? Tentang
usia mudanya, untuk apa ia digunakan?…” Lihat, meskipun muda itu sudah
termasuk dalam usia keseluruhannya, namun baginda sebut secara khusus
tentangnya memandangkan kepentingan usia peringkat ini.
Kita
perhatikan di dalam Hadis tersebut, Nabi s.a.w. mengibaratkan usia muda itu
laksana pakaian yang kita pakai untuk satu tempoh tertentu, kemudian kita
menaggalkannya. Maka wajar bagi kita mengambil peluang menggunakan usia muda
dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya masa muda adalah satu nikmat paling besar
sepanjang usia keseluruhannya dan ia adalah salah satu nikmat yang tidak
disedari oleh kebanyakan manusia, kesihatan dan masa lapang.
Justeru,
hendaklah kamu mempertingkatkan diri kamu dari aspek keimanan, keruhanian,
ibadah, ilmu, pembelajaran, sukan dan pelbagai bidang agar kamu menjadi insan
yang berguna kepada agama, tanah air, umat dan diri kamu. Sejauh mana besarnya
dan beratnya tanggungjawab kamu, maka sekadar itulah persiapan yang kamu harus
lakukan untuk memikul tanggugjawab itu. Setinggi mana matalamat yang hendak
dicapai, setinggi itulah usaha yang mesti dicurahkan untuk merealisasikannya,
dan pastinya ganjarannya juga besar dengan izin Allah.
Maka
hendaklah kamu mengelokkan hubungan kamu dengan Allah sama ada ketika rahsia
dan terbuka. Jangan kamu lakukan perkara yang mendatangkan kemurkaanNya.
Hendaklah kamu memohon pertolongan dan bantuanNya. Dialah sebaik-baik Pelindung
dan sebaik-baik Penolong.
Putera
puteriku yang disayangi,
Jangan
kamu memandang remeh terhadap diri kamu, usaha kamu dan tenaga kamu. Sikap itu
tidak boleh dikira sebagai warak langsung. Sesungguhnya sungai-sungai di dalam
dunia ini terbentuk daripada titisan air hujan jika air hujan itu dukumpulkan
pada satu aliran dan pada waktu yang sama. Namun awas! Jangan pula kamu sombong
dan terpedaya kerana sifat sombong walaupun sebesar zarah membuatkan kita haram
masuk syurga. Maka hendaklah kamu yakin pada diri kamu, potensi kamu dan
keupayaan kamu. Hendaklah kamu belajar dari mereka yang terdahulu daripada
kamu. Sesungguhnya hikmah itu pencarian mukmin. Di mana saja dia menemuinya,
dialah yang paling berhak mengambilnya.
Realisasikan
pada diri kamu 10 sifat individu muslim yang telah digariskan oleh Imam
asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah. Jadikan ia manhaj yang praktikal bagi
kamu sedaya mampu kamu. 10 sifat itu ialah: jasad yang kuat, akhlak yang
mantap, fikiran yang bermaklumat, mampu bekerja, aqidah yang sejahtera, ibadah
yang sahih, bermujahadah melawan nafsu, sangat menjaga waktu, urusannya
tersusun, berguna untuk orang lain.” Sifat-sifat inilah yang menjadi tonggak
pembentukan sahsiah mutakamilah yang mampu memikul beban dalam perjalanan
membina umat yang maju, cemerlang dan gemilang.
Jadikan
diri kamu sebagai qudwah solehah bagi orang sekeliling kamu, sama ada orang
yang committed dengan Islam atau tidak, bahkan bagi orang Islam dan bukan
Islam. Aku mengingatkan kamu agar berlaku ihsan dalam semua bidang, dalam
bidang akdemik, akhlak, kelakuan, berbakti kepada kedua ibu bapa, dakwah kepada
Allah, berkhidmat kepada manusia, taat kepada Allah, cintakan tanah air,
keluarga dan warganegara seluruhnya.
Jadilah
kamu orang yang berenovatif dan kreatif. Keluarkan seluruh keupayaan kamu,
gunakan ia untuk berkhidmat kepada tanahair kamu supaya seluruh alam berbangga
dengan kamu. Hendaklah kamu jadi orang yang pakar dan mahir dalam pelbagai
bidang dan pelbagai jurusan. Semua ini tidak akan terlaksana melainkan dengan
ilmu, amal, sabar dan gigih.
Berhati-hatilah
kamu dari penyakit hati dan hawa nafsunya. Ketahuilah bahawa orang yang mampu
menguasai dirinya, maka dia akan mampu menguasai orang lain. Maka ikhlaskan
diri kamu kepada Allah dan taatilah Dia. Perelokkan amal kamu, curahkan tenaga
kamu, nescaya Allah redha kepada kamu, umat kamu akan maju dan terlaksanalah
matlamat kamu.
Pastikan
kamu bersahabat dengan orang yang baik dan orang yang dapat membantu kamu dalam
mentaati Allah dan memajukan diri kamu dalam segenap lapangan. Ketahuilah bahawa
sebaik-baik sahabat itu ialah orang yang apabila kamu ingat kepada Allah, dia
membantu kamu dan apabila kamu lupa, dia mengingatkan kamu.
Putera
puteriku yang dikasihi,
Jangan
kamu memandang rendah kepada diri kamu dan usia kamu. Berapa ramai sudah pemuda
yang telah mengubah wajah sejarah. Di dalam sirah dan sejarah lama dan baru
terdapat fakta yang menyokong kata-kataku ini. Maka jadilah kamu pemuda jenis
ini, yang sirahnya ditulis dengan huruf-huruf daripada cahaya dan dengan tinta
daripada emas.
Maka
tanggungjawab kamu sangat besar, lebih-lebih lagi selepas revolusi Arab yang
hebat. Dan para pemuda telah memainkan peranan yang sangat cemerlang dalam
menjayakan revolusi tersebut. Mereka bekerjasama dengan semua golongan rakyat
dan menyatukan seluruh kekuatan yang ada. Ketahuilah bahawa revolusi belum lagi
berakhir sehingga terlaksana matlamat kita sepenuhnya. Inilah yang menuntut
kita mencurahkan tenaga, menambahkan sumbangan lagi dan lagi sehingga revolusi
ini masak ranum dan Negara kita terangkat maju ke hadapan.
2.
Kewajipan terhadap kedua ibu bapa
Ingatlah
Allah dan ingatlah pesanan Allah mengenai ibu bapa kamu. Mereka adalah jalan
kamu menuju ke syurga. Maka berbaktilah kepada mereka, taatilah mereka,
dekatkan diri dengan mereka, berusahalah untuk menunaikan hajat mereka dan
berendah dirilah dengan mereka. Elakkan diri kamu dari perkara yang menimbulkan
kemarahan mereka atau melanggar suruhan mereka dalam perkara yang makruf.
Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu
telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa…” Al-Isra’:23
Di
dalam mentafsir firman Allah yang bermaksud “maka janganlah engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan
janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”, sebahagian ulamak berkata,
hendaklah kamu bercakap dengan lembut, mengandungi perasaan belas kasihan,
manarik hati mereka, sesuai dengan kehendak dan kecenderungan mereka sedaya
mampu kamu, lebih-lebih lagi ketika mereka telah tua.
Aku
suka menarik perhatian kamu kepada sabda Nabi s.a.w. yang cukup padat dan penuh
hikmah (maksudnya): “Keredhaan Tuhan
terletak pada keredhaan ibu bapa, dan kemurkaan Tuhan terletak pada kemurkaan
ibu bapa.” Dan sabdanya (bermaksud): “Celakalah dan kecewalah!” Mereka
bertanya, “Siapakah yang celaka itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Orang
yang sempat bersama ibu bapa atau salah seorang daripada keduanya ketika tua,
kemudian dia tidak tidak masuk syurga.” Ketahuilah bahawa datuk nenek kamu
adalah akar bagi pokok keluarga, ayah dan ibu kamu adalah batangnya dan kamu
adalah daun-daun, bunga-bunga dan buah-buahnya. Kalaulah tidak adanya mereka,
tidak adalah kamu.
3.
Kewajipan kamu terhadap tanahair
Sesungguhnya
tanahair kamu sangat berhajat kepada tenaga kamu yang ikhlas untuk bangkit,
lebih-lebih lagi selepas apa yang telah menimpanya selama ini. Ia telah lama
diperas, dizalimi dan dirosakkan. Warganya, potensinya, kekayaannya hampir
musnah kesemuanya. Maka hendaklah kamu tolong menolong dengan semua pihak,
bersatu padu dengan semua golongan, bekerjasama dengan semua pertubuhan untuk
membina tanahair kamu. Ruang dan peluang untuk bekerjasama amat luas demi
kebaikan tanahair kita. Kita berkerjasama dalam perkara yang kita sepakati dan
kita menerima keuzuran dalam perkara yang kita tidak sepakati.
Hendaklah
kamu gariskan matlamat kamu dengan jelas dan tepat agat tenaga kamu tidak
terbuang sia-sia, kamu tidak keliru antara hadaf dengan wasilah, tidak
memperbesarkan perkara kecil dan memperkecilkan perkara yang besar. Pelajarilah
fiqh aulawiyyat dan beransur-ansurlah menyusun langkah. Dengan jelasnya
matlamat dalam fikiran kamu, akan teranglah jalan kamu, tenaga dan kesukaran
jakan kamu dapat diminimumkan, dan matlamat akan tercapai dengan lebih cepat.
Utamakan aspek beramal daripada berteori supaya manusia dapat melihat daripada
kamu amal yang hebat, bukan semata-mata cakap. Keadaan seorang lelaki dalam
seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki kepada seorang
lelaki.
Hendaklah
kamu beramal bersungguh-sungguh untuk mencari alternative yang lebih baik yang
dapat membantu kamu memanfaatkan waktu kamu. Berhati-hati dengan masa lapang.
Sesungguhnya masa lapang itu musuh kamu yang paling ketat. Masa lapanglah yang
mendorong pemuda terjerumus ke lembah kesesatan dan keruntuhan akhlak. Kamu
juga perlu mengikhlaskan niat, menggunakan semua kebolehan serta bakat dan
manfaatkan setiap detik waktu. Itulah rahsia kejayaan dengan izin Allah.
Hendaklah kamu menggabungkan diri dengan pusat-pusat aktiviti pemuda, kesatuan
sukan, badan kerajaan, majlis tempatan, pertubuhan sukarela, pertubuhan social,
badan kebajikan dan sebagainya. Bangunkan, kembangkan, susun program keilmuan
dan kemahiran yang berguna. Ikut serta dalam pelbagai kegiatan amal sehingga
mereka sedar akan nilai kamu dan risalah kamu dalam kehidupan serta sumbangan
kamu yang berguna kepada tanahair kamu.
Hendaklah
kamu mengambil berat tentang masyarakat kamu dan permasalahannya dan memainkan
peranan yang positif dalam membantunya. Aktifkan minda kamu mencari
penyelesaian masalah masyarakat. Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan mereka, “Sesungguhnya
Allah mempunyai hamba-hamba yang dikhususkan untuk menunaikan hajat manusia.
Digemarkan mereka kepada kebaikan dan digemarkan kebaikan kepada mereka. Mereka
akan mendapat keamanan pada hari manusia dalam ketakutan (Hari Qiamat).”
4.
Kewajipan terhadap umat
Hendaklah
kamu mengambil berat tentang umat kamu dan isu-isunya. Serapkan dalam diri kamu
dan berusaha menolongnya. Jangan kamu menyisihkan diri dari permasalahannya
kerana siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan kaum muslimin, maka dia
bukan dari kalangan mereka. Kamu menjauhkan diri dari permasalahan umat kamu
merupakan permulaan kepada perpecahan dan pertelingkahan. Dan itu akan membawa
kepada kerugian serta menunjukkan kamu tidak berintima’ kepada umat kamu, umat
Arab dan umat Islam.
Putera
puteriku yang dikasihi,
Sesungguhnya
Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah telah menggariskan di dalam
risalahnya “Ilasy-Syabab” rukun-rukun kejayaan. Dia berkata: “Sesungguhnya
fikrah akan berjaya apabila keimanan kepadanya kuat, keikhlasan yang sempurna
dalam merealisasikannya, semangat (hamasah) yang membuak-buak dalam memikulnya,
serta wujud kesediaan untuk berkorban dan beramal demi menegakkannya.” Dari
kata-kata ini kita dapati rukun kejayaan itu empat perkara: iman, ikhlas,
hamasah dan amal. Rukun-rukun ini merangkumi aspek ruh dan aqidah (iman dan
ikhlas) di samping aspek amal dan pelaksaan (hamasah dan amal). Ini merupakan
gabungan yang sungguh cantik, semangat (hamasah) pemuda, pengarahan yang baik,
kemantapan fahaman, mendahulukan aspek aqidah daripada yang lain.
Di
tempat lain beliau berkata: “Dan setiap orang yang beramal dengan benar dari
kalangan kamu akan mendapati di medan Islam apa yang selari dengan kehendaknya
dan memenuhi aktivismanya jika dia terdiri daripada orang yang benar.” Tabiat
pemuda adalah hamasah. Jika tidak dikekang mungkin akan terlajak. Lantaran itu
Imam al-Banna menasihatkan: “Kekanglah runtunan emosi dengan pandangan akal.
Sinarilah pandangan akal dengan nyalaan emosi.” Maka di sini Imam al-Banna
mengekang dan mengawal semangat serta menghalakannya ke jalan yang betul dan
lurus, jalan iman, ikhlas dan benar.
Maka
berpegang teguhlah dengan empat rukun ini. Realisasikan di dalam diri kamu dan
serulah orang lain daripada kamu. Beramallah dengannya dan tukarkan ia menjadi
reality yang bergerak bersama kamu di setiap medan kehidupan kamu.
Putera
puteriku yang dikasihi,
Imam
al-Banna juga telah menyebut di dalam risalahnya yang ditujukan kepada kamu
thawabit (perkara yang tetap) jamaah yang terpenting, iaitu: rabbaniah,
tadarruj, tabiah, syumuliah. Maka jadikan thawabit ini sentiasa berada di
hadapan mata kamu. Berpeganglah dengannya dan beramallah mengikut tuntannya.
Dengan itu akan menjamin keselamatan jalan, kebenaran hadaf dan terlaksana
natijah yang paling baik dengan izin Allah.
Rabbaniah
bermaksud: menuju hadaf yang diletakkan Allah untuk kita, bukan hadaf yang kita
letakkan untuk diri kita. Dan kita akan sampai dengan izin Allah dan
pertolonganNya. Dan Allah enggan kecuali Dia akan sempurnakan cahayaNya
walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”
Tadarruj
dan tarbiah bermaksud: “Kita akan didik diri kita semoga kita menjadi individu
muslim, kita akan didik rumah kita supaya menjadi rumah muslim, kita akan didik
bangsa kita sehingga menjadi bangsa muslim di kalangan bangsa-bangsa yang
muslim, dan kita akan tetap teruskan langkah kita sehingga sempurna semua
pusingan.”
Syumul
bermaksud: “Ikhwan beriman bahawa Islam itu aqidah dan ibadah, tanahair dan
bangsa, akhlak dan kebendaan, ilmu dan undang-undang, toleransi dan kekuatan.
Mereka yakin dan berpegang teguh bahawa Islam adalah system yang lengkap dan
merealisasikannya pada diri dalam semua aspek kehidupan, menyusun urusan dunia
sebagaimana menyusun urusan akhirat. Mereka beriktiqad Islam adalah system
amali dan ruhi secara seiring. Maka Isalam di sisi Ikhwan adalah din dan daulah,
mushaf dan saif (pedang). “Sesungguhnya
mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi
mereka dengan hidayah petunjuk.” Al-Kahf:13
Dan
akhirnya,
Kamu
adalah harapan dengan izin Allah. Kami mengetahui bahawa pada kamu ada kebaikan
yang besar. Maka rasailah sentiasa wahai pemuda reality yang dialami umat kamu,
reality yang cukup masam, pahit, menyedihkan dan tidak ada seorangpun dari
kalangan kita yang redha dengannya. Rasailah bahawa di tangan kamu dan dengan
usaha kamu akan merobah keadaan umat kamu dan memenangkannya jika terlaksana
pada diri kamu dan reality kamu syarat-syarat kemenangan, “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah
nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak
pendirian kamu.” Muhammad:7
Maka
hendaklah kamu mengelokkan iman kamu dengan Allah dan ikuti sunnah Rasulullah
s.a.w., amal berterusan, tajarrud sepenuhnya, curah tenaga tanpa henti,
berkorban apa saja, jujur dengan Allah, dengan diri dan dengan manusia, gunakan
tenaga untuk bekerja bersungguh-sungguh kerana diri kita ini jika tidak
digunakan untuk perkara yang benar, dia akan sibukkan kita dengan perkara yang
batil. Apabila terlaksana semua ini, akan terlaksanalah kemanangan sebagaimana
yang telah dicapai sebelum ini, dan ia tidak sukar bagi Allah. “dan sesungguhnya Allah akan menolong
sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat,
lagi Maha Kuasa;” Al-Hajj:40
Selawat
dan salam ke atas Nabi Muhammad, keluargannya dan sahabat-sahabatnya.
Allah
Maha Besar dan segala puji bagi Allah.
Muktamar
Tullab Ikhwan Muslimin pertama selepas revolusi,
Cairo,
Sabtu 26 Syawal 1432H bersamaan 24 September 2011 M
sumber: Ustaz Suhaimi
1 comment:
salam. semoga kebaikan dilimpahkan pada kalian yang meletakkan kata2 semangat ni. moga2, apa yang dikatakn di sini,menjadi benih untuk meningkatkan usaha dakwah
Post a Comment