KELEBIHAN LAILATULQADAR
Kami sebutkan antara kelebihannya seperti:
- Diturunkan Al-Quran pada malamnya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Al-Qadr: 1),
“bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al-Baqarah: 185).
- Pada malam ini Allah telah melantik para malaikat di Luh Mahfuz sebagai “penulis” tentang segala perkara yang ditakdirkan, dan segala perkara yang mengandungi ketetapan pada tahun-tahun akan datang tentang hidup atau mati, baik atau jahat.
- Malam Lailatul-Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan
“Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr: 3),
“dan sesiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti diharamkan baginya segala rupa kebajikan” (An-Nasai dalam bab puasa),
- Nabi saw telah bersabda (bermaksud):
"Barangsiapa yang bangun mendirikan solat pada malam Lailatul-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka dosa-dosanya yang terdahulu akan diampuni" (Bukhari).
- Firman Allah SWT (bermaksud):
“Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)” (Al-Qadr:4)
Dari segala perkara telah ditakdirkan Allah dan dilaksanakannya pada tahun itu hingga ke tahun akan datang.
“Sesungguhnya para malaikat pada malam itu lebih banyak turun ke bumi daripada jumlah pepasiran." (Ahmad, 2 / 519 dan al-Bayhaqi).
- Malam yg sejahtera. Ini kerana para malaikat mendoakan kesejahteraan kepada penghuni masjid sehingga waktu pagi. Firman Allah SWT (bermaksud):
“Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-Qadr: 5)
- Diampunkan dosa
Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment