Sekitar Program "Ini Sejarah Kita"

Berikut merupakan serba sedikit suasana sepanjang perjalanan program "Ini sejarah Kita" yg diadakan di Pejabat IKRAM Kuantan.

Sesi penerangan oleh Pakcik Husni


Para peserta kusyuk mendengar penyampaian


Ukhuwah game...let us strengthen our brotherhood. "Ukhuwah Teras Kegemilangan"


Sesi penyampaian oleh Akh Hartono


Para peserta menyanyikan lagu IKRAM
~~Demi redha Allah, Kita menjulang dakwah~~

Dialog: aspek yang sangat penting dalam dakwah


oleh: Dr. Muhammad b. Lutfî al-Sabbâgh

Rasulullah s.a.w sentiasa mencari peluang untuk berdialog sebagai salah satu cara untuk menyatakan kebenaran Islam. Dialog merupakan langkah yang sangat penting buat baginda bagi mengajak manusia supaya beriman. Baginda juga memahami bahawa dialog adalah cara yang terbaik untuk meyakini manusia dengan kebenaran.

Kebolehan untuk berdialog merupakan unsur yang penting bagi pendakwah untuk digilap. Bahkan, didalam Al-Quran kita boleh berjumpa dengan arahan Allah berkenaan ‘skill’ ini.

Sebagai contoh, banyak tempat didalam Al-Quran dimana Allah s.w.t memberi perhatian kepada kita (dengan sifat pengasihNYa) dengan mengarahkan Rasulullah s.a.w untuk bertanya tentang beberapa persoalan. Allah kemudiannya memberi jawapan yang tepat terhadap persoalan tersebut dan menjadikannya dalam bentuk galakan yang menggerakkan seseorang.

Allah berfirman:

Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?" mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka Apakah kamu tidak ingat?" Katakanlah: "Siapakah yang Empunya langit yang tujuh dan yang Empunya 'Arsy yang besar?"mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka Apakah kamu tidak bertakwa?" [Sûrah al-Mu'minûn: 84-87]

Kita juga mengetahui bahawa Allah menyuruh kita berdebat dengan orang yahudi dan nasrani dengan cara yang terbaik.

“dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan Katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada Kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan Kami dan Tuhanmu adalah satu; dan Kami hanya kepada-Nya berserah diri". Al-ankabut:46.

Allah berfirman:serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An-nahl:125)

Dialog sekiranya dilakukan secara Ikhlas oleh semua pihak sebagai satu cara untuk mencari kebenaran dan kepersefahaman sebenarnya boleh menghasilkan rasa kasih-sayang diantara mereka (yang terlibat dengan dialog tersebut). Walaubagaimanapun, adalah penting bagi mereka yang terlibat dengan usaha dialog untuk bebas daripada keinginan untuk mengalahkan pihak yang bertentangan dengannya. Kemenangan peribadi bukanlah matlamat. Adalah penting untuk mengekalkan niat yang ikhlas sepanjang masa dalam dialog bagi tujuan mencari kebenaran.

Imam As-syafii berkata: “ Aku tidak pernah berdebat dengan seseorang melainkan aku berharap semoga Allah menzahirkan kebenaran diatas lidahnya”

Inilah semangat yang menyebabkan kata-kata seseorang itu boleh diterima oleh pihak lawannya. Apabila seseorang itu tidak bertujuan untuk mengalahkan lawannya melalui debat, tetapi lebih cenderung untuk mencari kebenaran, maka natijahnya apabila dia mempunyai hujah yang kuat,pihak yang lain pula bersedia untuk mengalah dan mengakui hujahnya yang salah.

Satu lagi aspek yang perlu dititikberatkan ialah : jangan cuba memerangkap seseorang dengan kata-katanya sendiri. Antara adab dalam berdialog ialah cuba memahami pandangan pihak yang lain sebaik munkin dan memetik kata-katanya dengan maksud asal penuturnya. Hal ini bertujuan untuk membolehkan pihak yang lain untuk kembali menilai pegangannya daripada menyebabkan pihak tersebut berasa tercabar.

Adalah penting bagi seseorang untuk sentiasa

  1. tenang dan bersikap objektif
  2. menjaga nada suaranya dengan tidak tergopoh-gapah dan emosional

Janganlah kita mempunyai sikap syak-wasangka dan sikap yang tidak beradab untuk mempromosikan diri sendiri. Bahkan kita sepatutnya cuba melupakan dan memaafkan kekasaran yang dilakukan oleh pihak yang lain dengan sebaik munkin.

Allah s.w.t berfirman :

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, Maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara Dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.” [Sûrah Fussilat: 34]

Firman Allah s.w.t lagi : “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” [SûrahAl`Imrân:133-134]

Allah merakamkan kata-kata Luqman: “Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu Termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” [Sûrah Luqmân: 17]

Justeru, Pendakwah di jalan Allah hendaklah dikenali sebagai orang yang berakhlak mulia. Rasulullah s.a.w menyuruh kita supaya berlembut dalam tindakan. Sabda baginda : “Apabila kebaikan memasuki sesuatu, maka ia mencantikkanya. Apabila kebaikan itu hilang, maka ia akan rosak.” [Sahîh Muslim (2594)]

Rasulullah s.a.w bersabda, " Sesungguhnya Allah Maha Pelembut dan menyukai sikap lemah lembut,Dia memberi terhadap kelembutan apa yang tidak diberi terhadap kekasaran dan tidak memberi apa jua (terhadap sikap yang menyelisihi kelembutan) Sahîh Muslim (2165)”.

Apabila kita terlibat dengan dialog, kita mestilah tepat dan berjaga-jaga dengan kata-kata kita. Kita mestilah adil pada setiap masa dengan mereka yang sama pandangan dengan kita dan yang tidak sependapat dengan kita.

Allah berfirman : “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu Jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk Berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Sûrah al-Mâ'idah: 8]

Apa yang lebih penting sekiranya kita ingin pihak yang tidak sependapat menerima pandangan kita, adalah dengan menilai tahap pemahaman mereka. Kita mestilah peka dengan perasaan mereka dan mengambilkira apa yang memotivasikan mereka serta apa yang menyentuh sensitiviti mereka.

Sekiranya kita mengaplikasikan adab-adab ini dalam berdakwah, nescaya kita boleh menyampaikan maklumat kita dengan jelas dan dengan cara yang boleh menggalakkan pemahaman, toleransi dan penerimaan terhadap dakwah tersebut (insya-Allah).

penerimaan dakwah dan sikap kita terhadap mereka yg menolak dakwah

Salam,
Sy ada 1 persoalan yg mungkin blh diperjelaskan. Apakah yg blh kita lakukan stlh kita selesai berdakwah dgn cara terbaik & objek dakwah tetap tdk menerima. Jika kt tetap bersamanya dgn menyedari hakikat kederhakaannya terhadap tuhan, khuatir hati kita disatukan..Jika kt uzlah dr golongan itu n teruskan berdoa mungkin akn ada kesedaran pd mrk,tetapi blh jd juga kita hilang peluang utk berdakwah lg..Namun amat menyedihkan jg bila menjadi saksi kpd maksiat n tak dpt nk buat apa2..
Tolong berikan pandangan..Blh jadi saudara juga pernah menghadapi situasi ini, jadi apakah tindakan saudara?? Jzkk.

jawapan:

Tahniah buat saudara yg mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab dakwah.

Pertamanya kita hendaklah menyedari bahawa dakwah dinilai oleh Allah s.w.t berdasarkan usahanya, bukan kpd sambutan manusia terhadap dakwah tersebut. Hakikat ini boleh diperhatikan melalui dakwah rasul2 yg terdahulu. Ada diantara mereka yg dibangkitkan pada hari kiamat nanti dengan seorang, dua, atau tiga orang pengikut. Begitu juga dengan peristiwa ketika mana nabi diisra’kan. Baginda pernah berjalan melewati seorang nabi dengan sejumlah besar pengikut bersama-sama dengannya, dan seorang nabi yang mempunyai sejumlah kecil pengikutnya dan juga seorang nabi yang tidak mempunyai seorang pengikutpun!!!!( H.R At-tirmizi 4/631)

Hakikat ini merupakan suatu bimbingan daripada Allah s.w.t bahawa tugas kita adalah untuk berdakwah dan menyampaikan risalah Islam dengan segenap kemampuannya, dan bukannya mengharapkan natijah daripadaNya.

firman Allah s.w.t: Maka tidak ada kewajiban atas para rasul, selain dari menyampaikan (amanat Allah) dengan terang. ( An-nahl : 35)

Tugas memberi hidayah pula adalah urusan Allah ‘Azzawajalla.

Daripada sudut kebersamaan dgn mereka diharapkan supaya jgn meninggalkan tuntutan ukhuwwah yg menjadi kekejian besar di dalam Islam. Boleh bersama dengan mereka ketika mereka tidak melakukan dosa dan jauhilah mereka apabila melihat maksiat yg dilakukan setelah cuba menasihati sebaik munkin. (walaupun munkin diejek dan dikasari).

Firman Allah s.w.t:

“dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, Maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), Maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).” Al-an’am:68

Rasulullah s.a.w bersabda:

Seorang mukmin yang bercampur gaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang dirasai daripada mereka adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dan tidak sabar dengan kesakitan yang dirasai daripada mereka (akibat pergaulan itu).

Sentiasalah bersama2 dgn mereka ketika mereka melakukan kebaikan sebagai sokongan trhadap usaha tersebut, ini adalah satu perkara yg jarang kita lakukan. Usaha yg saudara lakukan (tidak jemu2 memberi nasihat dan doa untuk membuka pintu hati) adalah tindakan yg tepat.

uzlah atau pengasingan diri hanya dilakukan ketika manusia betul2 rosak sebagaimana yg berlaku diakhir zaman. sekiranya masyarakat kita betul2 rosak dgn maksiat dan dibimbangi boleh menjejaskan agama kita; tindakan yg boleh saudara lakukan adalah dgn berhijrah ke tempat yg masyarakatnya soleh..

Satu lagi aspek yg perlu kita renungkan sebagai pendakwah adalah aspek Penguasaan atauIsti’ab’ (kemampuan pendakwah untuk menarik objek dakwah (mad’u) dan membentuk mereka dengan segala perbezaan intelektual, kejiwaan, status sosial dan sebagainya.)

Boleh rujuk artikel ini :

http://www.facebook.com/notes/pertubuhan-ikram-malaysia/kekuatan-penguasaan-pendakwah/164401443600179

Dakwah adalah tanggungjawab semua

oleh :Sheikh Salman al-Oadah

Menyeru manusia di jalan Allah adalah tugas yang paling penting bagi semua rasul (semoga Allah merahmati mereka semua). Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t memerintahkan Rasullullah s.a.w dengan firmanNya :

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik".(Yusuf:108)

Rasulullah s.a.w menjalankan tugas ini sepanjang hayatnya. Kemudian tugas ini disambung oleh Para Sahabat dan mereka yang hidup selepasnya. Demikianlah kaum muslimin telah menjalankan tugas ini buat sekian lama waktunya.

Berdakwah adalah salah satu bentuk aktiviti yang terbuka kepada semua kaum muslimin. Ianya tidak terhad kepada mana-mana kumpulan manusia. Ianya juga bukanlah satu disiplin yang hanya boleh diamalkan dalam rangka-kerja yang sempit. Ianya adalah satu bentuk projek sukarelawan yang boleh dilakukan oleh semua muslimin disetiap peringkat masyarakat. Mereka boleh menjalankan dakwah dalam rangka yang menepati syara’.

Ianya adalah tanggungjawab yang juga mesti dilakukan oleh semua kaum muslimin meskipun dia merasakan dirinya adalah pelaku dosa. Setiap manusia pasti akan melakukan dosa. Kita semua adalah manusia dan kita juga pernah melakukan dosa. Jikalau setiap orang yang melakukan dosa menahan dirinya daripada menyeru kepada kebaikan, maka siapakah lagi yang layak mengajak kepada kebaikan selepas daripada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w bersabda, “kesemua anak adam pasti akan melakukan dosa, sebaik-baik pelaku dosa adalah mereka yang bertaubat” [Sunan Abî Dâwûd]

Berdakwah dijalan Allah adalah tugas yang dilakukan secara sukarela disepanjang zaman bukan sahaja oleh pendakwah, ulama’, dan tokoh-tokoh pembaharuan, tetapi juga turut dijalankan oleh mereka yang mengambil-berat tentang islam dan ummatnya, dan mereka yang menginginkan islam supaya berkembang. Pada hari ini, usaha ini turut dilakukan oleh mereka yang inginkan perubahan dalam masyarakat.

Tidak ada “specialist cadre”atau kasta sosial yang mempunyai kuasa eksklusive terhadap dakwah Islamiah. Setiap yang menyeru kepada kebaikan adalah pendakwah didalam Islam. Setiap yang menjalankan khidmat sosial dalam islam juga adalah pendakwah. Setiap yang melakukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan juga adalah pendakwah. Begitu juga halnya dengan mereka yang melakukan kerja-kerja kebajikan, mereka yang menyokong gerakan pembaharuan Islam, mereka yang bekerja untuk keadilan masyarakat, dan juga mereka yang cuba untuk memperbetulkan kesilapan fakta dan pemahaman masyarakat.

Bahkan orang yang menyediakan alternative untuk perkara-perkara yang menyanggahi syara’ juga adalah pendakwah. Hal ini kerana orang yang didakwahi memerlukan satu persekitaran yang kondusif untuk memudahkan mereka menyahut panggilan dakwah. Justeru, setiap usaha untuk membawa manusia kearah jalan kebaikan atau menjauhkan mereka daripada melakukan dosa adalah salah satu langkah untuk menyeru manusia di jalan Allah. Ini adalah usaha yang baik dan bermanfaat; dan kita digalakkan untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda: “setiap salam adalah sedekah. Setiap langkah untuk solat adalah sedekah. Setiap usaha untuk mendamaikan dua orang yang berselisih adalah sedekah. Menanggung kesusahan orang lain adalah sedekah. Membuang halangan dijalanan adalah sedekah.”

Baginda juga bersabda “senyuman kepada saudaramu yang lain adalah sedekah”

Bahkan rasulullah s.a.w pernah bersabda “persetubuhan bersama isteri kamu juga dikira sedekah”

Para sahabat berasa terkejut, lalu bertanya: adakah dengan memenuhi keinginan seseorang juga boleh mendapat balasan pahala daripadanya?”

Rasulullah s.a.w menjawabnya: “jikalau seseorang memenuhi keinginannya dengan sesuatu yang haram, adakah dia mendapat dosa? Begitu juga disebaliknya, sekiranya dia memenuhi keinginan dengan sesuatu yang halal, dia akan mendapat pahala”

Laporan Program ‘Ini Sejarah Kita’

Pada 13- 14 November 2010 yang lepas, bertempat di Pejabat IKRAM Kuantan telah diadakan satu program pemantapan rekrutmen iaitu ‘Ini Sejarah Kita(ISK)’ yang telah disampaikan oleh Akh Suhaimi dan juga Akh Hartono.

Target peserta untuk program ini ialah semua fasilitator yang terlibat dalam mengendalikan halaqah pelajar IPT. Alhamdulillah, beberapa orang ikhwah daripada IPT sekitar Kuantan juga dapat turut sama hadir untuk membina dan memantapkan lagi kefahaman tentang Islam. Jumlah peserta yang hadir ialah sekitar 20 orang ikhwah.

Program ini merupakan salah satu siri program yang tersenarai dalam Plan Pemantapan Rekrutmen IPT. Program ini bertujuan untuk menjelaskan kembali tujuan dan target hidup seorang insan yang seharusnya dimiliki setiap fasilitator yang mengendalikan halaqah dan juga setiap individu muslim.

Mewarisi Syariat Qurban

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Syariat berqurban merupakan warisan ibadah yang paling tua.

Ianya mula diperintahkan ketika Nabi Adam `alaihis salam tidak menemui cara yang paling adil dalam mengahwinkan anak-anaknya yang kembar.

Meskipun sudah diputuskan perkahwinan secara silang namun akhirnya Allah swt mewahyukan agar kedua anak Nabi Adam, Habil dan Qabil melaksanakan qurban untuk membuktikan amal siapakah yang diterima.

Habil berqurban dengan ternakannya iaitu unta dan Qabil berqurban dengan tanamannya iaitu gandum.

Sampai di sini, Allah swt sebenarnya ingin menguji hamba-hambaNya, siapa yang dengan sukarela menerima perintahnya dan siapa yang menentangnya.

Habil dengan ikhlas mempersembahkan korbannya dan oleh kerananya qurbannya diterima sedangkan Qabil, oleh kerana tidak tulus dan ikhlas dalam menjalankan perintah berqurban, maka tidak diterima darinya sehingga dengan nekad ia membunuh saudaranya. Inilah peristiwa pembunuhan pertama dalam sejarah umat manusia.

Menegah kemungkaran satu tanggugjawab; Adakah pendosa dikecualikan?


Adalah tanggugjawab setiap Muslim untuk beramar makruf nahi mungkar (mengajak ke arah kebaikan dan menegah kemungkaran) secara berhikmah, dalam batasan kemampuan masing-masing. Nabi Muhammad (saw) menjelaskan perkara ini dalam sabdanya:
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)

Kita harus menegah kemungkaran secara berhikmah iaitu menegur sewajarnya agar manfaatnya mengatasi mudaratnya sekaligus memastikan agar diri kita sendiri tidak terlibat dalam kesalahan yang lebih besar (cth: ujub, menghina & mengherdik sesama saudara dsb)

Persoalannya, adakah seorang pendosa dikecualikan dari tanggugjawab untuk menegah kemungkaran?
Adakah wajar sindiran masyarakat yang berbunyi, 'Seorang yang buta manakan dapat memimpin seorang buta yang lain'

Musliman Muslimat sekalian,
Hakikatnya, menegah kemungkaran adalah satu kewajiban agama ke atas setiap satu dari kita tidak kira samada kita melakukan dosa mahupun tidak.

Bayangan Gaza Dalam Al Qur'an



Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Sekatan dan kepungan yang dikenakan terhadap saudara kita, kaum Muslimin di Genting Gaza memiliki banyak persamaan dengan apa yang diceritakan oleh Allah swt di dalam surah Al-Buruj iaitu kisah kepungan terhadap kaum Muslimin di salah satu perkampungan di Yaman di mana mereka dihancurkan dengan cara dibakar.

Allah swt berfirman :
"Demi langit yang mempunyai gugusan bintang. Dan hari yang dijanjikan. Dan yang menyaksikan dan yang disaksikan. Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit (iaitu pembesar-pembesar Najran di Yaman). Yang berapi (dinyalakan dengan) kayu api. Ketika mereka duduk di sekitarnya. Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu." (QS Al-Buruj : 1-9) 

Jika pembakaran dalam peristiwa Ashabul Ukhdud dilakukan dengan kayu api, maka pembantaian di zaman ini dilakukan dengan berbagai cara seperti :
1. Bom. 
2. Pesawat Terbang. 
3. Granet. 
4. Senjata-senjata terlarang seperti `Fosforus'.

Jika sekatan dan kepungan terhadap kaum Mukminin dalam kisah Ashabul Ukhdud didalangi oleh segerombolan orang Kafir yang zalim, maka sekarang, ianya dipimpin oleh orang-orang yang terkeji (Yahudi-Zionis) dari kalangan manusia, yang sangat memerangi kaum Mukminin.

Mereka juga berkonspirasi dengan orang-orang Musyrik untuk memerangi kaum Muslimin, tetapi Allah swt telah terlebih dahulu menunjukkan kezaliman mereka dalam Al Qur'an.