Laporan Program ‘Ini Sejarah Kita’

Pada 13- 14 November 2010 yang lepas, bertempat di Pejabat IKRAM Kuantan telah diadakan satu program pemantapan rekrutmen iaitu ‘Ini Sejarah Kita(ISK)’ yang telah disampaikan oleh Akh Suhaimi dan juga Akh Hartono.

Target peserta untuk program ini ialah semua fasilitator yang terlibat dalam mengendalikan halaqah pelajar IPT. Alhamdulillah, beberapa orang ikhwah daripada IPT sekitar Kuantan juga dapat turut sama hadir untuk membina dan memantapkan lagi kefahaman tentang Islam. Jumlah peserta yang hadir ialah sekitar 20 orang ikhwah.

Program ini merupakan salah satu siri program yang tersenarai dalam Plan Pemantapan Rekrutmen IPT. Program ini bertujuan untuk menjelaskan kembali tujuan dan target hidup seorang insan yang seharusnya dimiliki setiap fasilitator yang mengendalikan halaqah dan juga setiap individu muslim.


Program bermula dengan solat Isya’ berjamaah di Pejabat IKRAM Kuantan. Seterusnya disambung dengan penyampaian tajuk ‘Tuntutan Shahadatain’ oleh Akah Suhaimi. Malam itu ditutup dengan sesi soal jawab tentang kefahaman daripada penyampaian yang telah disampaikan.

Keesokan harinya, di celah dingin malam sekitar jam 5.00 pagi, ikhwah telahpun bangkit untuk menjalankan qiamullail sebagai salah satu cara pemantapan ruh dalam diri da’ie. Usai solat subuh, slot seterusnya diisi oleh Akh Husni dengan tajuk ‘Dakwah sebagai Jalan Menggapai Jannah’.

Slot seterusnya disambung dengan perbincangan ISK bersama Akh Hartono. Sesi interaktif ini dimulakan dengan ta’ruf ringkas dikalangan peserta. Seterusnya, Akh Hartono mengajak semua peserta mengupas satu per satu perkara yang seharusnya jelas dan mengakar di dalam jiwa seorang muslim.

Di sesi tengah hari, peserta berpeluang bermain sebuah game ukhuwwah yang memerlukan setiap peserta mengingati nama sahabat yang lain. Cukup mencabar!

Pada petangnya, pembentangan ringkas tentang sejarah Islam telah disampaikan oleh Akh Hartono. Inputnya membuka mata para peserta betapa tidak mustahil untuk kita kembali kepada zaman kegemilangan Islam yang dulu. Sesi diserikan dengan tayangan video ‘Shift Your Paradigm’ yang begitu menarik dan menaikkan semangat para peserta.

Akhirnya, peserta menyanyikan bersama lagu bingkai kehidupan sebagai penutup ISK kali ini.

Segala puji bagi Allah swt yang memudahkan perjalanan program untuk berjalan lancar. Jazakallah khairan diucapkan kepada semua ikhwah yang terlibat sama, semoga Allah membalasnya dengan antum terus kekal dikhafilah dakwah ini.


p/s: sudah di’ISK’, kini masa untuk bekerja!

No comments: