Alhamdulillah, TTI pada bulan November 2010 pada kali ini telah diadakan di Masjid Sultan Ahmad (Masjid Negeri) bermula selepas asar (27/11/2010) sehingga asar (28/11/2010). Dihadiri lebih kurang 100 orang ikhwah dan akhawat, program ini dibahagikan kepada dua bahagian.
Secara ringkasnya, tentatif program adalah seperti berikut;
5.00 pm : Perkongsian umum disampaikan oleh Dr. Melur
8.30 pm : Kumpulan 1 – Syahadatul Haq, Kumpulan 2- Daurah Muntalak
4. 30 am : Qiamulllail.
5.34 am : Solat subuh, ma’thurat, dan tazkirah (akh Suhaimi)- tajuk : Himmah A’liya (cita2 tertinggi)
8.30 am : Sambungan Syahadatul Haq dan Daurah Muntalak
1.00 pm : Rehat dan Solat Zuhur.
2.30 pm : Sambungan Syahadatul Haq dan Daurah Muntalak
4.00 pm : Bersurai
Sebelumya, disampaikan slot Granada di pusat IKRAM Kuantan bermula 8.30 am sehingga 1.00 pm. Slot ini memuatkan sejarah Islam.
Bahagian pertama yang dihadiri oleh lebih 40 orang peserta mengikuti Syahadatul Haq yang disampaikan oleh akh Megat dan ukhti Liana (zaujah Akh Megat). Program ini menekankan kepentingan orang Islam terutama seseorang yang bergelar daie untuk menyampaikan dan menunjukkan sifat-sifat sebenar masyarakat Islam. Berteraskan kepada “Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah”, setiap Muslim wajib menyampaikan kalimah tersebut melalui perkataan dan perbuatan.
Melalui perkataan, hujah-hujah Islam itu disampaikan, diperkenalkan, dan disertakan dengan bukti. Proses untuk menyampaikan kalimah ini memerlukan kerjasama daripada semua umat Islam, dan tidak seharusnya lekang dari mereka. Ini adalah paksi kepada usaha umat Islam untuk mengembalikan semula persepsi negatif umat Islam zaman kini.
Melalui perbuatan, umat Islam perlu menunjukkan bagaimana Islam itu diamalkan dalam kehidupan seharian. Apabila masyarakat bukan Islam melihat betapa indahnya amalan-amalan Islam yang ditunjukkan, barulah mereka akan tertarik kepada Islam. Ia perlu dipraktikkan oleh setiap individu, di setiap rumah, sekolah, dan institusi pengajian. Setiap hasil sastera, karangan, dan perlembagaan juga perlu diterapkan cirri-ciri Islam yang dimaksudkan.
Persoalannya, mengapakah Syahadatul Haq ini penting? Hal ini kerana realiti ummah pada masa sekarang bukan seperti zaman kegemilangan Islam ketika perkembangannya pada zaman Abbasiyah. Umat Islam kini jauh dari landasan Islam yang sebenar, dan mereka sendiri mencemar nama baik Islam. Lihat sahaja bagaimana undang-undang pusaka digubal, fahaman materialisma yang dikaitkan dengan penemuan-penemuan saintifik, dan semangat perkauman yang diagung-agungkan melebihi semangat keislaman. Kesekiannya, umat Islam ditindas, dihalau dari jajahan mereka sendiri, masjid-masjid ditakluk dan dijadikan gereja, dan juga yang paling menyayat hati ; umat Islam dilambangkan kehinaan, kemiskinan, dan kemunduran.
Lantaran itu, umat Islam hanya mempunya DUA pilihan. (1) mendiamkan diri dan kelak akan dipersoal kemana hilangnya tanggungjawab mereka dan (2) menyampaikan syahadah ini supaya menjadi pelepasan di hadapan Allah kelak. Jika umat Islam memilih yang pertama, ternyata mereka mengingkari perintah Allah, dan HANYA pilihan kedua yang terpaksa mereka pilih.
Dengan nikmat Allh yang Maha Penyayang, Allah mengarahkan umat Islam kini supaya berjemaah, taat, hijrah, dan jihad di jalan Allah, bukan sekadar puasa, sembahyang, dan mengaku sebagai Islam (Petikan dari hadith sahih tarmizi).
Pengisian selama dua hari ini cukup menyedarkan para peserta akan kepentingan dakwah. Semakin berat rasanya beban yang diletakkan ke atas bahu ini. Inilah TANGGUNGJAWAB UMAT ISLAM ZAMAN ‘MODEN’. Cara penyampaian daripada dua penyampai ini memang tersusun dan ditambah pula dengan pengalaman mereka ketika menerima dakwah dan menyampaikan dakwah di bumi UK. Sungguh berbeza dengan bumi Malaysia.
Bahagian kedua pula (Daurah Muntalak) dihadiri oleh peserta yang selebihnya dan disampaikan oleh ustaz Zawawi. Program ini berjalan selari dengan Syahadatul Haq. InsyaAllah TTI seterunya akan diadakan pada 25-26/12/2010.
7 comments:
insyaAllah, berhajat utk turut serta jika tiada apa aral melintang dlm TTI yg akan dtg
Assalam.. nk tanya, ada tak daurah yg basic pasal islam..for beginners..yg nak mula tarbiyah for the first time?
yg basic mcam mana ye?daurah fardhu 'ain ke?
kalau yg basic mcm fiqh solat, fiqh sawm & fiqh toharah tu insyaAllah ada
basic mcm asas aqidah..i mean org yg taktahu sangat pasal islam..just practice islam ala qadar..nak bagi dia suntikan untuk mengenal keindahan agama n hikmah syariat..bukan specifically sawm or solat, malah lagi basic pd tu..
i.a ada..kebanyakan bahan2 yg basic (terutamanya akidah)sudah dicover waktu usrah...
selain drp usrah, tajuk2 yg berkaitan akidah, akan dicover melalui ta'lim..
yup, mmg penekanan kita adalah bab akidah, kemudian barulah bab ibadat akhlak dsb...
Post a Comment