Kehebatan Malam Al-Qadr

Artikel ini spt sudah agak lambat utk di'post'..
Walaupun Ramadhan sudah mahu meninggalkan kita dan Syawal kian menjelang,tetapi memandangkan artikel ini amat menarik, penulis teringin utk berkongsi dgn pembaca sekalian. Tidak bermanfat pd hari ini, mungkin bermanfaat pd masa2 akan dtg...
Artikel dibawah ini diambil dari http://www.zaharuddin.net/
Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-
1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;
Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus ( akob73 )
Sumber: http://akob73.blogspot.com
(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)


Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

H1N1 : Konspirasi senjata biologi Amerika / Israel?

Tak tau sejauh mana kebenaran artikel ini...fikir-fikirkanlah...

Konspirasi Wabak Selsema Babi
oleh Ibnuyaacob

Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.
Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Senarai semak amalan-amalan sunnah disepanjang Ramadhan

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2) Mengtakhirkan Besahur di akhir malam .
Nabi SAW bersabda :" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur"

Hadis Riawayat Muslim, 2/770
Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya"

Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim
Waktu yang terbaik untuk makan sahur : adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:

"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat." -

Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.
Peringatan !! : Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW

Persiapan Diri Menghadapi Ramadhan


Oleh : Fakhrul Anuar Zulkawi
Persiapan Mental
Persiapan mental untuk puasa dan ibadah lain yang berkaitan dengannya sangat penting. Apalagi pada saat menjelang hari-hari terakhir, kerana tarikan keluarga yang ingin berbelanja mempersiapkan hari raya, pulang ke kampung dan lain-lain sangat mempengaruhi umat Islam dalam menunaikan kekhusukan ibadah Ramadhan. Kejayaan ibadah Ramadhan seorang muslim dilihat di penghujungnya. Jika akhir Ramadhan diisi dengan iktikaf dan taqarrub yang lainnya, maka insya Allah dia termasuk di kalangan yang berjaya di dalam melaksanakan ibadah Ramadhan.
Persiapan Ruhiyah (spiritual)
Persiapan ruhiyah dapat dilakukan dengan memperbanyak ibadah, seperti memperbanyak membaca Al-Qur’an, puasa sunnah, berzikir, berdoa dan lain-lain. Dalam hal mempersiapkan ruhiyah, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mencontohkan kepada umatnya dengan memperbanyak puasa di bulan Sya’ban, sebagaimana yang diriwayatkan ‘Aisyah r.a. berkata: ”Saya tidak melihat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’ban” (HR Muslim).

Janganlah Menangis, Sayang...!



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut -ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik -pura-pura menangis.

"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;" (Surah An-Najm 53:43)

Air mata yang tiada di tuntut

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
2. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang! Bersedekah buat amalan.
5. Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat, yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah SAW bersabda: Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Wallahua'lam


Nasib Melayu di bumi Melayu

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

SELAMAT PENDEK UMUR!

“Selamat pendek umur,” saya bergurau.

Sahabat saya agak tersentak, namun tetap senyum. Dia faham, saya hanya bergurau.

“Kenapa pula?” tanyanya. Dia kelihatan ceria. Hari ini ulang tahun hari kelahirannya. Saya meraikan dia dengan belanja makan di restoran berhampiran tempat kami bekerja.

“Yalah, bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu.”

“Makna, semakin hari semakin pendeklah umur kita?” tingkahnya penuh pengertian.“Ya, hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian.”


“Pelik, selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup. Tentang kejayaan. Tentang pencapaian. Sekarang kita bercakap tentang kematian pula.”

“Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan ‘mati’,” balas saya.

“Kenapa pula?”

“Hukama berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”

“Untuk apa kita mati?”

“Untuk hidup,” kilas saya lagi, sekadar bermain kata, bersilat bahasa untuk meninggikan makna. Dia diam. Menung dan alam fikirnya telah terusik barangkali.

Kemelut integrasi Uighur - Han

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

BERBANDING Tibet, kemelut etnik di Xinjiang tidak begitu mendapat perhatian media antarabangsa. Meskipun krisis itu sudah berpanjangan kira-kira lima dekad lamanya, namun nasib yang menimpa penduduk Xinjiang seolah-olah terpinggir.

Malah, Beijing sendiri tidak begitu serius dalam menangani permasalahan sebenar yang membelenggu wilayah tersebut. Bagaimanapun rusuhan etnik antara Uighur dan Han yang mengorbankan tidak kurang 180 nyawa di bandar Urumqi, Xinjiang minggu lalu membuka mata banyak pihak.

Agak menarik, Beijing membuka pintu yang luas kepada wartawan asing untuk membuat liputan mengenai konflik tersebut. Keadaan itu sangat berbeza dengan dasar China sebelum ini yang mengenakan kawalan ketat kepada media asing.

2 TANDA MENCINTAI ALLAH

Kalau Cinta, Rindu Untuk Bertemu.

Bagaimana sikap kita dengan janji temu (solat) dengan Allah? Apakah kita datang seawal waktu atau sering menunggu-nunggu masuknya waktu solat? Jika ya, itu petanda yang kita cintakan Allah. Sekiranya setiap kali menjelang waktu solat kita telah siap sedia berwuduk, menunggu di saf hadapan dengan pakaian yang paling bersih, ditambah pula dengan haruman minyak wangi…Alhamdulillah, itu petanda cinta. Jika kesempatan ‘dating’ dengan kekasih ditunggu-tunggu saat dan ketikanya, maka seharusnya lebih-lebih lagi dengan Allah yang kita cintai.

Jika solat lewat (apalagi langsung tidak solat), datang dengan enggan, muka masam, berat tulang dan pakaian berserabut, itu petanda tidak cinta. Tidak fokus. Sambil lewa pula. Solat mahu selesai cepat. Apakah seorang kekasih ingin segera berpisah dalam pertemuannya dengan kekasihnya? Adakah seorang kekasih sampai lewat untuk janji temunya? Atau berpakaian serabut, kusut masai dan berbau ketika menemui kekasihnya? Tidak mungkin. Tetapi jika itulah sikap kita, ertinya kita tidak cinta kepada kekasih itu. Maka begitulah juga ukuran cinta kita kepada Allah. Perlu ada rindu, bukan jeu untuk bertemu.

Kalau Cinta, Suka Apabila Disuruh.


Seorang kekasih sentiasa suka ‘disuruh’ oleh kekasihnya. Kesusahan walau sebesar mana tidak diperkirakan. Asal maksud kekasih dipenuh, tidak kira apa akan ditempuhi (katanya lautan api pun sanggup direnangi). Oleh kerana amat suka disuruh, hati sentiasa menunggu-nunggu bila hendak disuruh. Bila lagi? Apa lagi? Begitulah detik hati selalu. Pantang disuruh, macam lipas kudung, segera dilaksanakan.

Begitulah orang yang cintakan Allah, sentiasa suka apabila diperintah. Bila ada sesuatu disuruh buat, terus dibuat. Tanpa tanya-tanya lagi. Apabila sesuatu diuruh tinggal, terus ditinggalkan. Sami’na wa ato’na – kami dengar dan kami taat. Itulah bukti cinta. Sebarang suruhan daripada Tuhan akan segera dilaksanakan. Malas, letih, susah, sakit, miskin dan lain-lain tidak menjadi halangan. Bagaimana kita?

Mereka ini sentiasa proaktif dan mencari-cari apa lagi suruhan Tuhan yang hendak dilaksanakan. Bila dapat dilaksanakan, alangkah bahagianya dirasakan.

Sekarang, apa respon kita terhadap perintah Allah dan larangannya? Ya, mungkin kita melaksanakannya, namun apakah hati kita suka ketika melakukannya. Contohnya, solat Subuh. Ya, memang kita telah solat Subuh, tetapi apakah kita suka dan ceria ketika melaksanakannya. Cermin muka kita…apakah tersenyum ria setiap kali bagun Subuh? Atau masam mencuka, melangkah ke bilik air dengan langkah malas, lesu dan terpaksa?

Jika ada rasa terpaksa, untuk bangun solat, itu petanda belum cinta. Besar bezanya antara orang yang mengatakan ‘I have to pray (Saya kena solat)’ dengan orang yang berkata, ‘I need to pray (Saya perlu solat).’ Memang kedua-duanya sama-sama sembahyang. Tetapi seorang kerana suka, seorang lagi kerana terpaksa. Yang seorang sudah cinta, yang seorang lagi belum cinta.

* diambil dari buku ‘Tentang Cinta’ karya Pahrol Mohd Juoi