Dr Mohamed Morsi calon Presiden Mesir
Dalam
fasa yang kritikal dalam sejarah kita, kumpulan dan gerakan
pro-revolusi yang popular, yang telah bertekad untuk mencapai matlamat
revolusi ini – terutama penyerahan kuasa kepada institusi perlembagaan
yang terpilih dan penyempurnaan proses transformasi yang demokrasi,
sedang melawan kuasa-kuasa rejim yang lalu yang berusaha untuk
mengembalikan kuasa dengan cengkaman, korupsi dan kezaliman.
Rakyat
Mesir telah melancarkan suatu revolusi yang diberkati pada Januari 2011
untuk memperoleh kebebasan yang berdaulat dan bermaruah, untuk
meletakkan kebenaran dan keadilan, untuk memperbaiki taraf kehidupan,
dan menaikkan taraf negara mereka ke peringkat yang selayaknya di
kalangan negara-negara lain, di peringkat serantau dan antarabangsa; dan
mereka telah menyerahkan pentadbiran negara kepada Supreme Council of
the Armed Forces (SCAF) dalam tempoh peralihan tidak melebihi dari enam
bulan.
Ini
bermakna peranan utama SCAF ialah untuk memelihara revolusi dan
menyediakan suasana yang sesuai agar rakyat dapat memilih perwakilan
mereka dalam institusi-institusi berperlembagaan, membentuk sidang dewan
melalui proses pilihan raya untuk diamanahkan kepada Dewan Rakyat dan
Majlis Syura bagi menggubal perlembagaan baru, memilih Presiden Republik
dan membentuk suatu kerajaan yang berdaulat yang mencerminkan kehendak
rakyat.
Rakyat
telah memilih perwakilan-perwakilan mereka untuk kedua-dua sidang
Parlimen – Dewan Rakyat dan Majlis Syura – melalui pilihanraya yang
jelas, bebas dan adil. Mereka telah memberi majoriti kepada parti Ikhwan
Muslimin iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP).
Walaubagaimanpun,
semasa Parlimen bersegera untuk melaksanakan tugas untuk membentuk
semula negara dan memenuhi permintaan rakyat, ia telah dicabar oleh
kerajaan yang sengaja meletakkan halangan-halangan dan menimbulkan
beberapa krisis.
Kemudian,
apabila Parlimen meminta SCAF untuk membubar kerajaan dan menugaskan
majoriti untuk membina kerajaan campuran, ia enggan dan meneruskan kuasa
Kabinet yang telah gagal.
Seterusnya,
Ikhwan dan FJP berusaha meyakinkan beberapa personaliti terkemuka untuk
bertanding untuk menjadi Presiden tetapi semuanya menolak dengan alasan
dan sebab masing-masing.
Maka,
Ikhwan Muslimin dan FJP membuat keputusan untuk mengemukakan seorang
calon Presiden. Majlis Syura Ikhwan dan Jawatankuasa Kebangsaan FJP
mengarahkan Khairat Al-Shater untuk bertanding untuk jawatan Presiden.
Suruhanjaya
Tinggi Pemilihan Presiden (Supreme Presidential Electoral Commission
–SPEC ) memutuskan untuk menggugurkan Khairat Al-Shater, walaupun beliau
berkelayakan dan berupaya menolak, mengikut undang-undang, sebab-sebab
yang membawa kepada pengguguran beliau.
Anehnya,
SPEC mengabaikan semua pembelaan undang-undang dan dokumen pembuktian
dari mahkamah tentera. Oleh itu, Ikhwan Muslimun dan FJP memutuskan
untuk meneruskan pertandingan untuk jawatan Presiden dengan mengemukakan
seorang calon lain.
Seterusnya,
Dr Mohamed Morsi, Pengerusi FJP diberi mandat untuk bertanding. Sudah
tentu Ikhwan dan FJP meletakkan sokongan sepenuhnya kepada calon
Presiden mereka.
Sedang
berlaku serangan yang dahsyat terhadap Ikhwan Muslimun dan semua
golongan Islamis di Mesir, demi untuk mengecualikan mereka dari
jawatan-jawatan eksekutif – Presiden and Kabinet, dan berusaha
menggugurkan mereka dari menggubal Perlembagaan, walaupun secara amnya
Islam adalah arus yang popular di Mesir.
Dalam
serangan yang ganas ini, penentang-penentang projek Islami ini
menggunakan semua media cetak dan penyiaran untuk berkempen berterusan
di mana mereka sanggup kehilangan semua profesionalisme and integriti.
Jelas
sekali, pertentangan kepada golongan Islamis dan projek Islami secara
keseluruhannya adalah berdasarkan fitnah yang terang-terangan, kepalsuan
dan pembohongan yang nyata dan mengancam prinsip-prinsip nilai hakikat
dan kejujuran, kebenaran dan kebijaksanaan, kesaksamaan dan etika
profesional.
Ikhwan Muslimun dan FJP menyeru semua rakyat Mesir, tanpa mengira warna dan kaum, untuk:
1. Bersatu untuk menyempurnakan proses demokrasi yang aman.
2.
Menegaskan kehendak rakyat untuk pemindahan kuasa sert amerta kepada
penguasa yang dipilih sebelum 30 Jun seperti dijanjikan oleh SCAF.
3. Menyempurnakan pemilihan Presiden, memelihara integriti dan keadilan.
4.
Menyeru kepada SCAF untuk melaksanakan kehendak rakyat dan Parlimen
dengan membubarkan kerajaan dan menugaskan majoriti Parlimen yang
dipilih oleh rakyat untuk membentuk kerajaan campuran.
5. Berdiri teguh untuk Projek Pembaharuan yang disediakan oleh IM dan FJP.
6.
Menyokong Dr Mohamed Morsi, calon IM dan FJP dalam pemilihan Presiden
yang akan datang; dan memberi kerjasama dengan beliau untuk mencapai
pembaharuan sebenar bagi Mesir.
7.
Menyertai perarakan jutaan manusia pada Jumaat 20 April bagi mendengar
tuntutan rakyat untuk memelihara revolusi Mesir dan kesempurnaan
daripada manfaatnya.
8.
Mengelakkan tindak balas kepada provokasi mana-mana golongan, agar
tidak terpesong dari jalan keamanan yang telah dirintis oleh rakyat
Mesir yang mulia pada 25 Januari 2011 dan telah mengagumkan seluruh
dunia.
Meskipun
apa jua percubaan untuk menggagalkan atau merendahkan revolusi ini, dan
cubaan-cubaan untuk menidakkan kehendak rakyat serta harapan dan
aspirasi mereka, kami yakin bahawa kemenangan yang terakhirnya adalah
untuk revolusi ini.
Kami seterusnya yakin bahawa rakyat kita yang hebat tidak akan meninggalkan revolusi ini walaupun apa
jua harga tebusannya.
Ikhwan Muslimun
Kaherah - 18 April 2012.
sumber: IKRAM
No comments:
Post a Comment