Menanti Ramadhan dengan penuh
kegembiraan
Menanti
ketibaan Ramadhan dgn penuh kegembiraan serta mengharapkan agar dpt
melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain sepanjang ramadhan kali ini
dgn baik dan diterima oleh Allah SWT.
Mengulangkaji ilmu berkaitan dgn puasa
Meneliti
semula rukun, syarat, sunnah, adab-adab dan hikmah-hikmah ibadah puasa supaya
ibadah ini dpt dilakukan dgn sempurna.
Menguatkan azam
Menguatkan keazaman dan kesungguhan utk
melaksanakan ibadah puasa sesempurna mungkin. Ramadhan adalah bulan utk kita
memperbanyakkan amalan, membersihkan diri dari segala noda dan dosa serta
menghiasi diri dgn segala sifat yg mulia.
Banyak berdoa
Memperbanyakkan
doa kpd Allah swt agar dikurniakan kekuatan utk melaksanakan ibadah puasa dgn
hati yg penuh ikhlas, jujur dan tawadhu’.
Berazam menghapuskan adat
kebiasaan yg bertentangan dgn Islam
Berazam
menghapuskan adat kebiasaan yg bertentangan dgn Islam spt membazir dalam
membeli juadah berbuka, lalai dgn aktiviti yg sia-sia dan sebagainya.
Meningkatkan kesungguhan
beramal secara berterusan
Bertekad
supaya dpt menjaga dan memelihara benih-benih amalan yg telah kita semai dan
suburkan pada bulan Ramadhan supaya tidak cacat dan rosak dan terus diamalkan
pada bulan berikutnya.
No comments:
Post a Comment