Jaulah ke Pekan

Alhamdulillah, pada 16 Januari 2011 yg lalu, ikhwah Kuantan telah mengadakan satu program “Jaulah ke Pekan”. Jaulah ini disertai oleh 13 org ikhwah dgn menaiki 3 buah kereta. Jazakumullahu khairon kathiron kepada tuan empunye kereta kerana sudi meminjamkam kereta antum. Antara objektif jaulah ini ialah untuk mengukuhkan ukhuwat dan mengeratkan silaturrahim, menyedarkan kepentingan membahagi masa antara tarbiyah dan studi, menyedari bahawa yang hujung minggu terluang bukan untuk kita berehat sahaja atau pun balik ke rumah. Tetapi, waktu-waktu terluang yg ada harus dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti tarbiyyah.

Perjalanan dimulakan dengan berkumpulnya semua ikhwah di musolla mahallah IM2. Walaubagaimanapun, masa bertolak ialah pada pukul 9.15 pagi kerana menunggu kehadiran penuh semua peserta walaupun telah dimaklumkan untuk berkumpul pada pukul 8.30 pagi. Nampaknya muawasofat “harisun ‘ala waqtihi” atau pun menepati waktu masih belum dapat dipenuhi. Harus ada pembaikan terhadap muwasofat ini.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam, melalui jalan-jalan kampung yang mengasyikkan. Sementara dalam perjalanan, masing-masing bertafakur alam. Destinasi pertama jaulah ini ialah ke rumah akh Hartono di Kampung Jambu. Di sana, selepas berta’aruf serba sedikit dan mengisi perut serba sedikit dgn juadah yg disediakan, kami dijamu pula dgn pengisian fikrah bertajuk “Ijazah & Risalah” oleh tuan rumah beretnik Melanau itu. Walaupun begitu pengisian yg disampaikan adalah dalam Bahasa Melayu.


Pengisian ini berlangsung lebih kurang satu jam setengah. Alhamdulillah, kami semua mendapat ‘jeez’ daripada pengisian tersebut. Antara intipati yg diperoleh daripada pengisian tersebut ialah mindset kita perlu diubah daripada hanya mahu mendapat degree semata-mata kepada mahu menyebarkan risalah. Ini kerana kepentingan risalah itu untuk menyedarkan manusia dan membawa mereka mengenali Islam yg syumul. Selain itu, risalah ini juga penting sebagai bekalan kehidupan kita yang infiniti di akhirat sana. Walaubagaimanapun, studi dan dakwah kita haruslah selari kerana pada akhirnya nanti, kita tetap mahu menggunakan kelebihan ijazah yang dimiliki kelak untuk menyebarkan risalah.

Taujih ini selesai bertepatan dgn masuknya waktu Zohor. Jadi, kami beramai-ramai ke surau berdekatan utk mengerjakan solat Zohor secara berjemaah. Selepas solat, kami kembali ke rumah akh Hartono utk santapan tengah hari. Alhamdulillah, terasa ukhuwahnya apabila makan secara berjama’ie.

Selesai makan tengah hari, akh Hartono membawa kami melawat tempat-tempat menarik yg terdapat di sekitar Pekan. Mulanya, kami dibawa ke Istana Abu Bakar. Di sana kami saling bertukar pendapat mengenai peranan sultan di dalam Islam, tentang pemerintahan yg adil dan juga berkaitan ketaatan yg dianjurkan di dalam Islam. Kemudiannya, kami bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.

Seterusnya, kami dibawa ke Royal Pahang Polo Club iaitu kawasan bermain polo. Seperti biasa, kami saling berkongsi dan bertukar pandangan dan pendapat. Alhamdulillah, ada ibrah-ibrah yg boleh diambil daripada perkongsian tersebut.

Seterusnya kami dibawa ke masjid Sultan Abu Bakar. Bersebelahan dengan masjid tersebut, terdapat makam diraja. Jadi, peluang yang ada tidak dipersia-siakan. Kami menggunakan kesempatan yg ada untuk ziarah kubur. Di sini, sedikit peringatan berkaitan kematian disampaikan oleh akh Saifuddin. Antara intipati yg kami perolehi melalui tazkirah itu ialah kematian akan menimpa sesiapa sahaja. Justeru, kita perlu berbuat baik dan sentisa bermuhasabah dgn amal-amal kita. Akh Saifuddin turut menerangkan tentang adab-adab di atas kubur.

Kemudian, kami menuju ke kedai yg menjual murtabak mengkasar; murtabak yg popular di kawasan Pekan ini. Sambil menunggu, pesanan diterima, kami saling beramah mesra dan berbincang masalah-masalah yg berkaitan dakwah & tarbiyah, dan juga isu-isu semasa.

Selesai makan, kami menuju ke masjid utk solat Asar. Selepas solat, kami berkumpul sebentar utk sesi muhasabah. Banyak komen dan pandangan yg diutarakan oleh para peserta jaulah kali ini utk pembaikan pada masa-masa mendatang. Selesai doa dan salam wida’, kami pun bersurai. InsyaAllah, program jaulah ini akan dibuat lagi pada masa akan datang kerana program ini merupakan salah satu sarana tarbiyah utk kejelasan dan pemahaman fikrah.


1 comment: