Jaulah ke Pekan
Jahiliyah Yang Membarah, Cegah Sebelum Parah!!!
Kaedah Dakwah ilallah (antara Syeikh Hammam Saeed dan Syeikh Juma’ah Amin)
Berikut merupakan senarai kaedah dakwah yg telah dijelaskan oleh kedua-dua tokoh ini didalam karya mereka..(semoga Allah melimpahkan rahmatNya kpd mereka berdua).
kaedah-kaedah ini bertujuan untuk memudahkan gerak-kerja para du'at dalam menjalankan dakwah ilallah.
Dr. Hammam Abd. Rahim Saeed di dalam bukunya ( Qawaid Dakwah ilallah ) menulis dengan pendekatan motivasi dan memberikan dorongan semangat agar para da’ie sentiasa optimistik dalam memberikan sumbangan dakwah.Kaedah-kaedah ini digali dari asas-asas syarak dan seerah nabawiyah, kisah para sahabat dan salafussolih. Antara kaedah-kaedah yang dinyatakan di dalam bukunya :
Kaedah 1 : Dakwah di jalan allah adalah jalan keselamatan di dunia dan akhirat
Kaedah 2 : Semoga dengan usaha kamu seseorang memperolehi hidayah lebih baik dari unta merah
Kaedah 3 : Pahala diperolehi semata-mata dengan berdakwah dan tidak dikira dengan penerimaan manusia
Kaedah 4: Daie hendaklah menjadi sebagai mubaligh ( penyampai dakwah) dan berusaha mencapai
al-balagh. ( kepetahan & kefasihan dalam berdakwah )
Kaedah 5 : Da’ie memberikan segala usaha dakwah demi menuntut ganjaran rabbani
Kaedah 6 : Dai’e adalah cermin bagi dakwah dan modelnya.
Kaedah 7 : Berbicaralah dengan manusia menurut kadar pemikiran mereka
Kaedah 8 : Ujian adalah sunnatullah
Kaedah 9 : Lapangan dakwah adalah luas , hendaklah dai’e memilih yang sesuai untuk dakwahnya
Kaedah 10 : Masa adalah unsur penting dan kejayaan dakwah
Kaedah 11 : Dakwah adalah seni dan kepemimpinan, perancangan dan pemantauan.
Kaedah 12 : Dakwah merupakan satu tasawwur besar Jihad dari segi matlamat dan kesan
Kaedah 13: Dakwah adalah perniagaan mulia ,tidak boleh dijual dengan habuan dunia, habuan dunia merosakkan maruah sang Dai’e .
Kaedah 14 : Mengenalai mad’u faktor utama mempengaruhinya
Kaedah 15 : Komtemporari, memahami kondisi umum adalah sebab-sebab kejayaan dakwah.
Kaedah 16 : Perpecahan, fitnah, uzlah dan jamaah..halangan di jalan dakwah
Kaedah 17 : Kefahaman yang betul adalah jalan amal yang betul
Kaedah 18 : Kefahaman yang memandu dan kefahaman yang wajib
Kaedah 19 : Menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkuran merupakan kefardhuan umat
Kaedah 20 : Menyalahi maksud dan tujuan al-Quran lebih bahaya dari meninggal dan mengabaikan al-Quran
Kaedah 21 : Amal umum adalah asas amal khusus sebagai penarik dokongan dakwah.
Antara 10 kaedah fiqh dakwah Syeikh Juma’ah Amin pula ialah :
Kaedah 1 ; Al-qudwah qabla dakwah ( menjadi qudwah sebelum berdakwah )
Kaedah 2 : Ar-Ta’lif qabla ta’rif ( menjinak dan mengikat hati sebelum memperkenalkan )
Kaedah 3 : At-ta’rif qabla taklif (memperkenalkan sebelum member tugas )
Kaedah 4 : At-tadarruj fi taklif ( bertahap dalam memberikan tugasan )
Kaedah 5 : At-taisir la ta’sir ( memudah bukan memayah)
Kaedah 6 : Al-Usul qabla furu’ ( memulakan yang pokok sebelum cabang )
Kaedah 7 : At-targhib qabla tarhib ( member harapan bukan ancaman)
Kaedah 8 : At-tafhim la al-talqin ( memberi kefahaman bukan menyampaikan semata-mata)
Kaedah 9 : at-tarbiyah la at-ta’riyah ( pendidikan bukan menelanjangi keburukan)
Kaedah 10 : Tilmizu imam la tilmiz kitab ( murid kepada guru bukan murid kepada buku)