DAURAH FIKRAH ISLAM KITA

Mana satu fikrah kita??

Alhamdulillah, program ini telah berjaya diadakan pada 19/12/2010 bersamaan 14 Muharam 1432H bertempat di pejabat Ikram. Seramai lebih kurang 30 ikhwah telah hadir untuk mendengar penyampaian daripada akh Hartono.

Program yang berlangsung secara ala kadar ini bermula pada pukul 2 petang sehingga Asar. Kepenatan itu juga akhirnya dibangkitkan dengan perlawanan futsal di Taman Polo.

Berikut adalah secara ringkas pengisian yang disampaikan;
Fikrah bermaksud ajaran. Fikrah Islam pula bermaksud ajaran Allah, yang lengkap, sempurna, syumul, dan merangkumi seluruh kehidupan mukmin. Tidak ada fikrah lain selain fikrah Islam yang sesuai untuk manusia selaku penciptaan Allah yang Maha Kuasa.

Untuk memenuhi fikrah Islam ini, Allah telah membekalkan Ad-Deen iaitu ajaran Islam. Ia berbeza dengan agama-agama lain seperti Kristian, Yahudi, Buddha, dan Hindu. Dibandingkan dengan agama yang disebutkan, Dienul Islam tidak ditokok-tambah melainkan apa yang diajarkan Allah kepada Rasulullah SAW melalui Jibril. Justeru itu untuk membentuk fikrah Islam yang menyeluruh, manusia tidak boleh menambah atau mengurangkannya, dan tidak boleh pula mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Oleh itu, manusialah yang perlu menyesuaikan diri mereka untuk Dienul Islam.

Dalam  pembentukan Islam ini, manusia perlu bersungguh-sungguh (Jiddiyah) dalam memahami Islam. Pemahaman itu pula perlulah menyeluruh. Di samping pemahaman yang mendalam tentang Islam, perlu juga difahami (bukan diamalkan) perilaku-perilaku jahiliyyah dalam masyarakat. Analoginya, untuk membentuk tembok yang kukuh berdiri, pencipta tembok itu perlu mengetahui unsur-unsur yang boleh merosakkan tembok tersebut. Dalam kata lainnya, dia tidak boleh memasukkan unsur-unsur tersebut, melainkan sekadar mengetahui dan membuat pertahanan yang lain untuk mengekalkan kestabilan tembok yang dibangunkan. Begitu juga dengan pembinaan fikrah Islam. Islam itu akan runtuh sekiranya Jahiliyyah tidak dikenali.

Manusia tidak mampu mendalami ilmu-ilmu Islam secara bersendirian, kerana berjamaah adalah lebih baik. Berseorangan dalam menuntut ilmu boleh membawa kepada salah-faham dan akhirnya merosakkan diri sendiri. Peminum arak tidak akan mengetahui arak itu haram, melainkan ada jamaah yang menegurnya. Begitu juga dengan perilaku-perilaku larangan yang lain. Oleh itu, hendaklah manusia mengenal realiti sebagai umat Islam, dan tidak terpengaruh dengan slogan-slogan yang melemahkan pemahaman Islam seperti pembangunan, demi kemajuan, dan Malam A’mal. Fikrah Islam itu perlu diutamakan.

Mempunyai ilmu pula bukan bermaksud seseorang itu sedar akan ilmu yang dimilikinya, melainkan amalan yang berterusan. Sebagai contoh, si A mengetahui sembahyang itu wajib, tetapi pada masa yang sama dia  tidak melakukannya. Apabila ada orang yang memperlekehkan gerak-geri dalam sembahyang itu, si A tidak akan terasa penghinaan itu kerana dia sendiri tidak melakukannya. Akhirnya, kewajipan sembahyang itu tidak akan terlaksana. Untuk menyedarkan si A akan beratnya tanggungjawab sembahyang itu, dia memerlukan ‘tarbiyyah’. ‘Tarbiyyah ini yang akan melahirkan syakhsiah atau keperibadian muslim sejati.

Peribadi Muslim yg ingin  kita capai

Sekiranya ‘tarbiyyah’ ini diikuti, InsyaAllah Islam itu akan menjadi darah daging dalam diri seseorang itu.
Sebagai kesimpulan, fikrah Islam dapat dibentuk melalui ‘tarbiyyah’ yang akan menekankan;
1- Islam adalah syumul, kamil, dan mutakamil.
2- Jiddiah dalam memahami Islam.
3- Berjamaah agar tidak terperangkap dalam jahiliyyah.
4- Kesedaran Islam disamping ilmu-ilmu yang dimiliki.
5- Islam dimana jua, pada bila-bila masa, dan sentiasa berada dalam diri.

Adakah anda masih ragu-ragu???

2 comments:

Al-faqiru ilallah... said...

Salamullah,ruginya xdapat join antum berdaurah dek kerana ade prog di negeri penyu nih..moga terus jiddiyah dalam beramal ya ikhwah!!!..~ihsan alwi~

Lyana said...

Salam.

Mohon copy.

Jazaakallahu khair.