Jom riadah

Tarbiyah dalam pandangan Imam Hasan Al-Banna memiliki dua kriteria yg khusus iaitu:

1. Saling menyempurnakan (At-takaamul) dan
2. Seimbang (at-tawazun)

Maksud at-takaamul adalah; tarbiyah yg dilakukan haruslah komprehensif dan menyeluruh tanpa mengabaikan satu bahagian dengan bahagian yg lain. Tarbiyah harus dilakukan dengan memerhatikan aspek rohani dan jasad, akal dan perasaan, jiwa dan hati, dan keseluruhannya berjalan dalam membentuk kepribadian muslim yg sempurna.(Tarbiyah politik Hassan Al-Banna, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi)

Jikalau aspek rohani diberikan perhatian didalam tarbiyah, aspek jasadi juga turut mendapat perhatian yg sama dalam membentuk pribadi muslim yg sejati. Hal ini kerana syariat Islam adalah syariat yg seimbang dan pertengahan. Islam adalah agama yg menitik-beratkan kekuatan fizikal disamping menekankan kekuatan rohani.
Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang mukmin yg kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yg lemah. Dan pada keduanya terdapat kebaikan.”(diriwayatkan oleh Imam Muslim)

























No comments: