FIQH AT-TAGHYIR



Di zaman kita ini, kita mendapati segala kekuatan dan kelompok Islam bersetuju tentang pentingnya taghyir (perubahan) yang menjadi wasilah untuk mengislah ummat dan memajukan mereka. Walaupun mempunyai tujuan yang sama, mereka berselisih pendapat tentang jenis-jenis, aspek-aspek dan juga jalan-jalan melakukan perubahan tersebut.

Ada diantara mereka yang hanya menumpukan kepada perubahan politik dengan cara merubah, mengislah atau mengemaskinikan semula perlembagaan dan undang-undang pilihanraya bagi membolehkan seseorang sampai ke parlimen melalui pilihanraya yang bersih dari sebarang penipuan. Pilihanraya ini menggambarkan hasrat ummat Islam dan jalan yang ditempuhi mereka dalam usaha membangun dan memajukan lagi diri mereka.

Ada diantara mereka yang memberikan tumpuan kepada perubahan ekonomi yang dianggap sebagai nadi kehidupan. Mengislahkan ekonomi ummat pada pandangan mereka memerlukan kepada keelokan polisi pentadbiran kerajaan, keelakan kehidupan sosial dan juga kebudayaan. Ia merupakan titik permulaan dan pengkalan tempat bergerak.
Ada diantara mereka yang menjadikan asas segala Islah ialah perubahan kebudayaan yang merangkumi ilmu pengetahuan, tata susila dan seni dan institusi yang mewakili aspek-aspek ini. Apabila aspek-aspek yang dinyatakan ini berjaya diubah, akan berlakulah perubahan kepada seluruh kehidupan.
Golongan yang memperjuangkan Islam sendiri berselisih pendapat tentang tabiat perubahan yang dikehendaki dan jenisnya. Ada diantara mereka yang menumpukan kepada aspek akidah dan memerangi akidah syirik dan khurafat. Golongan ini lebih banyak menumpukan kepada aspek yang terdapat di zaman dahulu, dari yang terdapat di zaman kini, dan aspek rangka luar dari isi dan intipati.
Ada diantara mereka yang menumpukan kepada aspek tingkah laku dan akhlak dan memerangi akhlak yang keji dan mungkar. Ada diantara mereka yang menumpukan kepada pendidikan, penubuhan sekolah-sekolah Islam dan berdepan dengan system pendidikan barat.

Ada diantara mereka yang menumpukan kepada aspek ekonomi, menubuhkan bank-bank Islam dan memerangi sistem ekonomi riba. Ada diantara mereka yang memberikan tumpuan kepada aspek sosial dan kerja–kerja kebajikan dengan menubuhkan peretubuhan kebajikan dan berdepan dengan pertubuhan-pertubuhan kristianisasi.
Ada diantara mereka yang menumpukan kepada aspek dakwah, pemikiran dan kebudayaan serta menentang pemikiran barat. Ada juga yang memberi penumpuan terhadap aspek politik dan pilihanraya serta menentang parti-parti sekular. (lihat As-Siasah Al-Syar’iyah Fi Dawi’ Nusus Al-Syar’iyah wa Maqasidiha oleh Yusuf Al-Qaradawi)

Perubahan jiwa


Tidak diragui lagi setiap jenis dan tumpuan perubahan yang disebutkan di atas adalah dikehendaki dan tidak ada satupun darinya yang tidak dikehendaki untuk mengadakan perubahan yang menyeluruh selaras dengan yang dicita-citakan.
Tetapi perubahan ini mesti dibina diatas asas yang kukuh yang disebut didalam Al-Quran Al-Karim dalam bentuk undang-undang ilahi dan sunnah-sunnah kemasyarakatannya yang tidak akan berubah dan tidak akan bertukar ganti iaitu perubahan jiwa atau menurut ta’bir Al-Quran, perubahan apa yang ada di dalam jiwa manusia sebagaimana yang disebut di dalam firman Allah s.w.t:

Sesungguhya Allah tidak merubah apa yang ada pada sesuatu kaum selagi mana mereka tidak merubah apa yang ada pada diri mereka. .(Ar-Ra’d:11)

Bagi golongan komunis Marxist, mereka berpendapat perubahan perlu bermula dari sektor ekonomi, barulah akan berlaku perubahan sejarah. Sebaliknya Al-Quran berpendapat : Perubahan itu bermula dari dalam diri ( ubahlah apa yang terdapat dalam diri anda) barulah berlaku perubahan sejarah.
Golongan yang memperjuangkan usaha tajdid sangat mengambil berat tentang kaedah perubahan ini. Mereka sangat mengambil berat tentang sunnah Al-Quran dalam melakukan perubahan. Ini dapat kita perhatikan pada sikap yang diambil oleh tokoh-tokoh tajdid seperti syeikh Rashid Reda, syeikh Hassan Al-Banna, syeikh Ibnu Badis dan lain-lain di Negara Arab, sehinggakan ibnu Badis menjadikan ayat Al-Quran dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 diatas sebagai symbol pertubuhan Islam yang terkenal iaitu Pertubuhan Ulama Al-Jazair dan sebagaimana yang dijadikan simbol oleh perhimpunan pemikiran Islam selepas Al-Jazair mendapat kemerdekaannya. Syiar tersebut ialah:
Sesungguhya Allah tidak merubah apa yang ada pada sesuatu kaum selagi mana mereka tidak merubah apa yang ada pada diri mereka.(Ar-Ra’d:11)
Di Negara-negara Islam yang bukan Arab, kaedah ini mendapat perhatian daripada semua pihak. Misalnya syeikn Badi’uzzaman Said Nursi di Turki, syeikh Abul A’la Al-Maududi di benua kedil India dan lain-lain tokoh reformer dan tajdid.
Kita mempelajari daripada petunjuk Rasulullah s.a.w perkara pertama yang dilakukan baginda ialah merubah apa yang ada di dalam jiwa bangsa Arab. Baginda memimpin mereka daripada penyembahan berhala kepada tauhid, daripada kesesatan kepada petunjuk, hidup dalam serba bebas mengikut hawa nafsu kepada ketaqwaan, hidup tanpa peraturan kepada berperaturan, sikap keakuan kepada mengutamakan kepentingan orang lain, kebinatangan kepada kemannusiaan dan daripada kebendaan kepada rabbaniyah. Dengan kata lain, nabi memimpin mereka daripada jahiliyah kepada Islam. Selama tiga belas tahun berdakwah di mekah, tumpuan Rasulullah s.a.w adalah kepada perubahan jiwa dan pemikiran sebelum melibatkan perubahan aspek-aspek lain. Dar Al-arqam merupakan institusi pendidikan pertama yang membentuk jiwa-jiwa yang bersih. Firman

Allah s.w.t:
Beruntunglah orang membersihkan jiwanya dan rugilah orang yang engotorkan jiwanya(Asy-Syams:9-10)

Dengan cara ini baginda berjaya membina insan mukmin yang mampu melakukan perubahan, memancarkan tenaga-tenaga perlaksana, mewujudkan kehidupan yang baik dan membentuk tamadun yang gemilang. Kejayaan ini dicatatkan berikutan kejayaan baginda s.a.w merubah dalaman insane dan memimpin luarannya. Nabi s.a.w berjaya mengislahkan seketul daging yang berada dalam badan yang mana jika baik daging ini, baiklah seluruh tindakan badan dan jika buruk daging ini maka buruklah seluruh tindakan badan. Daging tersebut adalah hati.
Mengislah ummat dan masyarakat bermula dengan megislah peribadi dan mengislah peribadi bermula dengan mengislah nafsu yang berada dalam dua lambung seseorang. Mengislahkan diri akan sempurna melalui keimanan yang benar dan pembersihan (tazkiyyatun-nafs) yang berterusan. Jika nafsu masih lagi bergelumang dengan kerosakan dan kesesatan, perubahan tidak akan berlaku. Perubahan undang-undang memerlukan kepada perubahan ini. Begitu juga dengan perubahan sistem, akta dan kekuatan polis. Salah seorang hakim di makhamah Britain pernah mengeluarkan kata-kata yang masyur ketika membicarakan satu kes tentang pecah amanah yang terkenal disana: antara lain beliau menyatakan; tanpa undang-undang tidak akan teratur kehidupan umat. Tanpa akhlak tidak akan terkendali undang-undang dan tanpa iman tidak akan muncul akhlak.

Seorang ahli syair Arab pernah menyatakan:

Demi umur anda bukan negara yang tidak dapat menampung penduduknya.
Tetapi akhlak penduduknyalah yang tidak dapat menampung negara.

Perubahan keyakinan dan kefahaman.


Perkara pertama yang melibatkan perubahan diri ialah perubahan akidah yang membentuk pandangan manusia yang menyeluruh terhadap alam wujud ini dan pendiriannya terhadap makhluk dan khalik, benda dan roh, dunia dan akhirat, serta alam ghaib dan alam nyata. Terdapat golongan materaialistik yang menolak kesemua perkara-perkara gahib, malah mereka langsung tidak mempercayai alam lain yang wujud disebalik alam benda ini. Mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan, wahyu, rasul dan juga akhirat.

Terdapat golongan penyembah berhala yang mempercayai kepelbagaian tuhan sehingga mereka mempertuhankan alam tabii, sesetengah haiwan dan lain-lain lagi.

Ada golongan yang beriman dengan sebahagian sahaja isi ajaran Al-Kitab dan beriman dengan sebahagian rasul sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang yahudi yang beriman dengan nabi Musa tetapi mengkufuri nabi Isa dan nabi Muhammad s.a.w. orang Kristian pula beriman kepada nabi Isa tetapi mengkufufuri nabi Muhammad s.a.w. Ada dikalangan orang- orang Islam yang terpengaruh dengan akidah gologan yang menentang Islam dan akidah itu telah memberi kesan dalam merosakkan akidah Islam yang menjadi pegangan mereka.

Sebenarnya seorang reformer Islam mestilah menentang keras segala akidah asing yang dibawa masuk ke dalam akidah tauhid yang murni. Ia hendaklah mengambilakn semua kesucian, kemurniaan, kesyumulan,keseimbangan dan kesempurnaan pada akidah Islam. Untuk itu ia harus mengasaskannya pada tonggak-tongak yang kuat berupa keyakinan akal dan ilmu pengetahuan khususnya ilmu biologi dan matematik yang pernah digunakan untuk memberi khidmat kepada agama. Setakat ini hanya ulama’ merupakan golongan yang paling kuat dalam memerangi penyeru-penyeru fahaman atheis yang menolak ketuhanan yang dimuatkan di dalam buku yang berjudul ‘Ilmu menyeru kepada Iman’ karangan A.Karsi Mourison, ketua akademik Sains di New York dan dalam buku “Allah menjelma di zaman Sains”, karangan tiga puluh orang pakar dari Amerika yang merangkumi pelbagai bidang dalam Sains.

Kekukuhan, kemantapan dan kekuatan Akidah adalah aspek yang paling penting dalam melakukan perubahan Akidah. Sehubungan dengan itu, aspek pertama yang diseru oleh rasul-rasul kepada kaum mereka ialah tauhid. Seruan pertama dalam setiap risalah ialah:


Wahai kaumku sembahlah tuhan kamu Allah dan tidak ada tuhan yang lain selain daripadaNya.
(al-A’raf:65)

Di zaman Mekah, pembetulan Akidah adalah gerak kerja nabi yang pertama. Baginda menanam akidah tauhid ke dalam diri umat Islam, amalan soleh dan juga akhlak yang mulia.

Antara hasil yang muncul dari perubahan akidah ialah perubahan kefahaman dan pemikiran khususnya kefahaman asas tentang manusia, kehidupan sejarah, individu, masyarakat, wanita, lelaki, agama dan juga politik.

Sehubungan dengan itu kita melihat, apabila pihak penjajah masuk ke dalam negara-negara Islam, aspek pertama yang ditumpukan oleh mereka ialah merubah kefahaman dan pemikiran rakyat melalui proses pembelajaran, kebudayaan dan juga informasi. Mereka menanam kedalam pemikiran rakyat bahawa politik tidak ada kena-mengena dengan Islam. Ekonomi tidak ada kena-mengena dengan akhlak. Kebebasan tidak mengenal soal nilai. Kaum wanita sama sahaja dengan kaum lelaki. Soal pemakaian dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya terserah kepada uruf dan budaya masyarakat setempat dan bukannya kepada syarak dan lain-lain. Perkara ini sebenarnya masih berterusan sehingga ke hari ini dan dilakukan pula oleh golongan yang berpegang dengan falsafah yang mengeringkan agama di dalam akal dan hati, lebih-lebih lagi yang dilakukan di institusi pembelajaran, kebudayaan dan reformasi.(rujuk Fi Usul al-Dakwah,Muqtabasatum Min kutub al-Doktor Yusuf al-Qaradawi))

No comments: