Engkau bukan ikhwah....

*Pesanan ini ditujukan khas buat para du'at yang masih terus berusaha untuk membaiki diri..kerana anda masih mempunyai akal dan hati.....


Engkau bukan ikhwah...........
Kalau sekadar sibuk pergi usrah dan daurah
Kalau hanya lantang bersuara untuk bertelagah
Kalau tarbiyyah diri pun engkau tak endah
Kalau engkau suka melihat umat Islam berpecah-pecah
Kalau tempat tinggal engkau pun seperti tempat pembuangan sampah
Kalau lepas iftar dan memasak pun dapur bersepah-sepah
Kalau engkau melihat sahabat seagamamu futur pun engkau tak rasa resah
Kalau hanya banyak meeting dan musyawarah

Engkau bukan ikhwah..........

Kalau solat pun duduk saf paling belakang
Kalau riadhah hari-hari sampai lewat petang
Kalau jumpa kawan engkaulah paling garang
Kalau orang bagi nasihat engkau buat muka berang
Kalau orang tegur engkau tunjuk hujung parang
Kalau dengan sisters engkaulah paling riang
Kalau dengan akhowat engkaulah paling siqoh dan matang

Engkau bukan ikhwah...........

Kalau sekadar suka bercakap pasal Islam
Tapi masih boleh berileks-rileks nak kerja sehari semalam

Engkau bukan ikhwah...........
Kalau ujian dunia pun dah nak cerita kat semua orang
Sedangkan engkau sudah ditarbiyyah lebih daripada orang

Engkau bukan ikhwah............

Kalau asyik tidur memanjang
Hingga masih boleh melenggang-lenggang saat azan berkumandang

Engkau bukan ikhwah............

Kalau hanya sekadar rapat dengan ahli se'jemaah'
Tapi mengasingkan diri dengan yang mereka 'bukan ikhwah'

Engkau bukan ikhwah............

Kalau saat orang bagi kerja dakwah engkau menolak dan tak nak buat
Kerana engkau rasa kerja dakwah jemaah engkau lebih penting dan hebat

Engkau bukan ikhwah............

Kalau engkau rasa syurga itu milik mereka yang hanya bekerja untuk jemaah
Kerana engkau lupa taat setia itu hanya pada khalifah

Engkau bukan ikhwah............

Kalau selalu menafikan kerja dakwah orang lain
Sedangkan dengan kerja dakwah engkau pun engkau main-main

Engkau bukan ikhwah...........

Kalau kau hanya berdakwah secara tidak agresif dan lemah
Kerana alasan engkau dakwah itu panjang dan tidak boleh 'ajalah

Engkau bukan ikhwah...........

Saat orang lain bersusah payah di medan perjuangan
Engkau masih bersuka ria menjamu perut di restoran US dan Israel

Ingatlah wahai ikhwati fil iman

Dunia ini hanya persinggahan
Matlamat kita hanya satu tujuan
Mengembalikan dunia kepada kegemilangan Islam dan Iman
Mengajak manusia kepada syurga yang nikmatnya tiada bandingan
Korbankanlah kehendak dan kepuasan nafsumu untuk perjuangan
Jangan suka menjadi ikhwah yang banyak mencari alasan!

Akhukum fil iman........

*sumber: 
Abdul Rahman Fauzi Al-Hafiz

Wahai Ikhwah (khusus untuk para daei)

Kami perlukan pendakwah
Tak semestinya ustaz ustazah
Tak semestinya balik Kaherah
Tak perlu pakai kopiah
Tak perlu kena berjubah
Tak semestinya yang bertauliah
Tak semestinya jurusan shariah
Tak perlu handal berceramah
Tak perlu handal berkhutbah
Tak perlu berlughatul arabiyah
Tak perlu menang musabaqah
Tak semestinya Haji atau Hajjah
Tak semestinya Syed atau Sharifah

Pertama niat ikhlas kerana Allah
Kalau tak ikhlas baik tak payah
Setiap tingkahlaku adalah qudwah
Contohnya solat subuh berjemaah
Walaupun masjid sebelah rumah
Tapi asyik solat subuh gajah
Tahu tak apa tu subuh gajah
Waktu matahari dah naik dah
Kalau dia tau ganjaran berjemaah
Merangkak kat jalan pun dia redah
Jangan bagi alasan tak munasabah
Seperti pulang lewat dari usrah
Bagaimana mahu lakukan islah
Kalau jiwa kita masih lemah

Sebagai pendakwah kena amanah
Tengok setengah ajk qaryah
Orang ramai infaq fisabilillah
Kawan kita pula pecah amanah
Bayar hutang pinjaman rumah
Niat nak pinjam pun ditegah
Duit lalu depan mata maklumlah
Jadi kelabu mata tengok not merah
Tiap-tiap Jumaat orang sedeqah
Tulis besar-besar berapa jumlah
Macam bubu masuk tak keluar dah
Elok guna untuk tujuan daawah
Bukan disimpan kutip faedah
Atau guna bantu orang susah
Atau buat tusyen budak sekolah
Program ilmu dan kuliah-kuliah
Program khusus untuk belia qaryah
Supaya elak dari merempit dan dadah

Masjid merupakan rumah Allah
Pusat pengembangan dakwah
Bukan hanya solat dan aqad nikah
Sebab tu ada perkataan imarah
Memakmurkan rumah Allah
AJK kena quwwah dan amanah
Tak semestinya dari parti pemerintah
Yang hanya mai bila VIP singgah
Bacalah ayat 18 surah at-Taubah
Mereka yang memakmurkan masjid Allah
Solat zakat wa man yakh sha ilalLah
Tidak takut siapa kecuali Allah

Itulah serba sedikit ciri pendakwah
Keluar tajuk sikit cerita masjid Allah
Yang penting akhlak para pendakwah
Akhlak berdasarkan peribadi Rasulullah
Serulah dengan hikmah dan hasanah
Hikmah adalah Quran dan Sunnah
Jangan tinggi suara cepat marah
Bukan suatu jalan yang mudah
Tak ada sapa bentang karpet merah
Banyak rintangan dan mehnah
Banyak kata-kata kesat serta fitnah
Dilemparkan kepada pendakwah
Sabar dan solat mohon pada Allah
Tugas kita sebagai khalifah
Atas muka bumi ini lakukan islah
Mentaliti yughair atau ubah
Ikut junjungan besar Rasulullah
Berdasarkan al-Quran dan Sunnah
Jangan kita pula gugur rebah
Sebab syaitan ada atas dan bawah
Mahu menyesatkan dalalah
Semoga Allah memberi Rahmah.

9 Mei 2011