AL-FAHMU

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a dari Nabi S.A.W baginda bersabda:

Semoga Allah mengangkat darjat orang yang mendengar ucapanku lalu dia memahaminya. Beberapa banyak pembawa fiqh yang tidak fakih (tidak memahami fiqh). Tiga perkara yang kerananya hati seseorang mukmin tidak akan ditimpa dengki:
1.Mengikhlaskan amal kerana Allah
2.Memberi nasihat kepada para pemimpin kaum muslimin
3.Dan berpegang kepada jemaah mereka, kerana doa mereka mengelilingi mereka dari belakang mereka. (diriwayatkan oleh Al-Bazzar dengan sanadnya yang hasan)

Kefahaman atau kefakihan merupakan nikmat terbesar yang di anugerahkan oleh Allah s.w.t kepada hambanya. Tidaklah seseorang hamba itu dikatakan fakih melainkan ia benar-benar memahami ayat-ayat Allah dan kata-kata daripada rasulNya.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah memperelokkan wajah orang yang mendengar satu hadith daripada kami, lalu beliau menghafalnya sehingga menyampaikannya kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa kefahaman kepada orang yang lebih faham daripadanya dan kemungkinan orang yang membawa kefahaman bukanlah terdiri daripada orang yang faqih (fahim)…(hadith riwayat Abu Daud 3/321 dan at-Tirmizi:5/33 no 2659)

Seseorang itu mungkin boleh bergelar ‘ahli agama’ berdasarkan sijil-sijil yang diperolehinya ataupun boleh dipanggil sebagai ‘ustaz’ berdasarkan pengiktirafan masyarakat terhadapnya, tetapi mana mungkin seseorang itu boleh dianggap fakih disisi tuhannya sedangkan ilmu yang diperolehinya hanya sekadar hafalan yang tidak dihadam menjadi kefahaman.

Kelebihan seseorang hamba di sisi Rabbnya bukannya pada banyaknya penge’TAHU’an, hafalan dan ‘amalannya, tetapi kelebihan dan kemuliaan adalah disebabkan oleh kefahaman yang mendalam dan benar terhadap Al-Quran dan juga As-Sunnah.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya akan dijadikannya fakih(faham) dalam agama. Sesungguhnya aku hanyalah penyampai sedangkan Allah ‘Azzawajalla yang memberi. (Muslim no:1037)

‘Seseorang faqih itu lebih ditakuti oleh syaitan berbanding seribu orang ‘abid’ (hadith riwayat At-Tirmizi:5/46 no:2681)

Seseorang itu mestilah mengutamakan kefahaman daripada penghafalan dan juga mendahulukan ilmu sebelum beramal kerana pintu kepada kefahaman itu adalah ilmu yang benar. Manakala buah kepada kefahaman dengan ilmu yang benar itu tadi adalah amalan yang diterima oleh Allah s.w.t..

Jikalau amalan yang diterima itu merupakan hasil daripada kefahaman terhadap ilmu yang benar, maka bagaimanakah pula dengan ikhlas dan juga ittiba’ (mengikuti petunjuk rasul)? Bukankah itu merupakan syarat diterimanya amalan?
Kita katakan: Bagaimana mungkin seseorang itu boleh dikatakan ikhlas sedangkan dia sendiri tidak memahami hakikat ikhlas dan juga musuhnya iaitu riya’..bagaimanakah pula seseorang itu boleh dikatakan mengikuti petunjuk rasulnya sedangkan ibadahnya pula hanya berlandaskan hawa nafsunya (tidak dengan wahyu)..dia mungkin boleh berkata bahawa Allah dan rasulNya merupakan ikutan tetapi dalam beribadah dia mungkin beramal dengan ibadah yang tidak jelas sumbernya atau diragui keasliaannya disebabkan jahil dengan sunnah Baginda s.a.w..
Justeru, bukankah kefahaman juga diperlukan untuk mengetahui hakikat ikhlas dan merawat kejahilan manusia terhadap As-Sunnah?
Oleh itu, Allah s.w.t telah memilih orang yang ikhlas dengan menjadikannya fakih dalam agamanya.

Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan pada dirinya,nescaya Allah akan menjadikannya fakih(faham) dalam agama.(H.R Bukhari, kitab Al-Ilm, no:71)

Kefahaman itu dapat menyempurnakan keikhlasan dan juga amalan seseorang.

Berbeza pula dengan golongan yang ditutup pintu hati mereka oleh Allah s.w.t dalam memahami agamaNya. Mereka ini kuat beribadah kepada Allah s.w.t namun lemah dari sudut kefahaman. Sejarah juga telah menunjukkan kewujudan golongan ini yang telah banyak menumpahkan darah umat Islam iaitu golongan khawarij. Mereka inilah yang dijelaskan oleh nabi sebagai ‘’sejahat-jahat akhlak dan makhluk’’(H.R muslim 2/751 no:1067). Mereka kuat membaca Al-Quran, tetapi bacaan mereka itu tidak melepasi kerongkong mereka (diriwayatkan oleh Ad-Darimi dengan sanad yang sahih).

Dalam riwayat yang lain;
“Sesungguhnya dia mempunyai pengikut-pengikut yang salah seorang daripada kamu akan memandang hina solatnya kalau dibandingkan dengan solat mereka dan memandang hina puasanya kalau dibandingkan dengan puasa mereka, mereka membaca Al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka.”(Fathul Bari: 6/714 no 3610)

Sesungguhnya mereka ini mempunyai sikap ta’asub terhadap kelompok mereka sedangkan sikap ini tidak layak dimiliki oleh orang yang ikhlas dalam beramal. Mereka juga mencabut ketaatan mereka terhadap pemimpin kaum muslimin. Di dalam hati mereka ada penyakit iaitu nifak…

Tidak faqih juga merupakan tanda-tanda orang munafik. Allah s.w.t telah berfirman:
Dan apabila diturunkan satu surah, sebahagian mereka memandang kepada sebahagian yang lain (sambil berkata): “Adakah, seseorang dari (orang-orang muslim) yang melihat kamu?” sesudah itu mereka pun pergi. Allah telah memalingkan hati mereka disebabkan mereka adalah kaum yang tidak faqih(faham).” (At-Taubah 9:127)

Ibnu Katsir berkata, “Firman Allah s.w.t ini juga memberikan penjelasan tentang karakteristik orang-orang munafik bahawa mereka jika diturunkan satu surat kepada Rasulullah s.a.w, sebahagian mereka memandang pada sebahagian yang lain atau menoleh. Maksudnya berpaling daripada kebenaran.”(Tafsir Ibnu Katsir Jilid 2 hal 347).

Mukmin yang fakih dalam agamanya adalah mereka yang bersih hatinya daripada sifat nifak dan hasad dengki. Kerana itulah mereka ini sentiasa mengikhlaskan amal kerana Allah, sentiasa memberi nasihat kepada para pemimpin kaum muslimin dan selalu berpegang teguh kepada jemaah kaum muslimin.

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang keluar daripada ketaatan (terhadap pemerintah) dan memisahkan diri daripada al-Jama’ah jika dia mati, dia mati dalam keadaan jahiliyah. (Muslim 3/1477)
Daripada ‘Abdullah bin Umar r.a, daripada Nabi S.A.W, sabda baginda: “Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintah melakukan maksiat, maka tidak perlu lagi dengar dan taat.”(riwayat Al-Bukhari jilid6/ no 2612)

Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga perkara dan memurkai kamu dalam tiga perkara. Dia meredhai kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukan-Nya sedikit pun, berpegang teguh pada tali Allah dan menasihati orang yang Allah jadikan sebagai pemerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu jika banyak bercakap (perkara yang tidak berfaedah), membazirkan harta dan banyak bertanya(pertanyaan yang tidak memberi faedah). (riwayat Imam Malik 2/169)

Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangannya(penguasa itu) dan bersendirian dengannya(menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka). Jika diterima, maka dia Berjaya. Jika tidak, dia(penasihat itu) dianggap telah menunaikan kewajipannya (riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam As-Sunnah dengan sanad yang hasan).

Kefahaman yang sahih merupakan cahaya yang dicampakkan oleh Allah s.w.t ke dalam hati hambaNya, menyebabkan dia boleh membezakan di antara yang sahih dan yang fasid, hak dan batil, petunjuk dan kesesatan. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mendapatkan kefahaman yang benar dan mendalam. Kata Muhammad Abdullah Al-Khatib, “Bersungguh-sungguhlah wahai saudaraku dalam mendapatkan kefahaman yang sejahtera dan teliti. Iaitu kefahaman yang menembusi perkara-perkara yang dalam, meletakkan setiap perkara pada tempatnya tanpa cuai dan melampau. Kefahaman yang suci murni dan syumul (Nazarat Fi Risalah Ta’lim).

KEPENTINGAN SYAHADATAIN

Syahadatain yang dimaksudkan ialah syahadat tauhid iaitu persaksian bahawa tiada yang layak mempunyai sifat ketuhanan selain Allah s.w.t dan syahadat risalah iaitu persaksian bahawa Nabi Muhammad ialah utusan Allah

1. Pintu masuk Islam
Syahadah merupakan pintu masuk kepada Islam. Seorang yang ingin memasuki Islam mestilah mengetahui bahawa tidak ada Ilah selain Allah dan menyatakan persaksiannya.

Maka ketahuilah, bahwa Sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, Tuhan) selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.(47;19)

Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(3:18)


Pengakuan ini merupakan satu fitrah kerana manusia itu sudahpun melakukan syahadat sebelum dia lahir ke dunia lagi.

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku Ini Tuhanmu?" mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuban kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap Ini (keesaan Tuhan)",(7:172)

Kepada mereka yang ingkar kepada perkara ini maka sesungguhnya dia telah kafir. Al-Quran telah menceritakan keadaan mereka apabila diseru dengan kalimah tauhid :

Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka: "Laa ilaaha illallah" (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) mereka menyombongkan diri,(37:35)


Dan tidaklah berguna segala amalan mereka walaupun sebaik manapun.

Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan , lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.

Dan Sesungguhnya Telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu. "Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi. (39:64-65)

2. Intisari ajaran Islam

Syahadatain merupakan intisari ajaran Islam. Secara globalnya Islam terdiri atas aqidah dan syari’ah. Bahagian-bahagian Islam yang lainnya terdiri daripada ibadah, akhlak, dan mu’ammalat yang merupakann implementasi kepada syahadatain ini. Syahadat tauhid mengajar kita supaya menjadikan Allah sebagai satu-satunya ilah yang berhak disembah dengan menolak yang selain dariNya. Allah S.W.T telah memerintahkan hamba-hambaNya bukan sahaja supaya percaya kepadaNYa, tetapi juga supaya menyembahNya.

Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang Telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa,(2:21)

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.(51:56)


Hal ini juga merupakan sebab utama diturunkan kesemua para rasul.

Dan kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan aku, Maka sembahlah olehmu sekalian akan aku".(21:25)

Syahadat risalah pula mengajar kita supaya mengikuti Rasulullah S.A.W sebagai rasul yang diutuskan kepada umat akhir zaman untuk menyampai dan menjelaskan ajaranNya. Dengan pengakuan ini setiap muslim wajib menerima dan mematuhi segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullahh s.a.w. dengan penuh keimanan kerana pada diri baginda itu mempunyai contoh teladan yang baik.

Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.(33:21)

Allah s.w.t telah memerintahkan kita supaya mengikuti Rasulullah s.a.w

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(3:31)

Kemudian kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), Maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak Mengetahui.

Dan bahwa (yang kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) , Karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalannya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa.


3. Titik tolak perubahan
Ketika hendak membangunkan masyarakat baru ditengah-tengah suasana jahiliyah, Rasulullah S.A.W tidak mengawal perubahan itu dari sudut politik, ekonomi atau yang sepertinya, tetapi baginda mengawalnya dengan merubah apa yang ada di dalam jiwa iaitu akidah. Dengan syahadatain ini, yang mengajar kita tentang konsep asas aqidah dan asas syari’ah, maka terjadilah perubahan yang besar dalam seluruh aspek kehidupan generasi sahabat. Bangsa yang lemah dan mundur ini akhirnya menjadi satu bangsa yang terbaik yang diutuskan kepada seluruh umat manusia. Mereka berhijrah dari kegelapan jahiliyah menuju kepada sinar Islam yang terang-menderang.

Dan apakah orang yang sudah mati .Kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang Telah mereka kerjakan.(6:122)

4. Hakikat dakwah para rasul

Sesungguhnya Telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan Dia; ketika mereka Berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dari daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan Telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. kecuali perkataan Ibrahim kepada bapaknya : "Sesungguhnya Aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan Aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu (siksaan) Allah". (Ibrahim berkata): "Ya Tuhan kami Hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan Hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan Hanya kepada Engkaulah kami kembali."(60:4)

5. Keutamaan yang besar
Terdapat banyak fadhilah dan keutamaan yang terkandung dalam syahdatain sebagaimana yang terdapat dalam AlQuran dan As-Sunnah.
Ganjaran dapat berupa material ataupun moral. Misalnya kebahagiaan di dunia dan di akhirat, rezeki yang halal dan keutamaan lainnya

Keutamaan ini selalu dikaitkan dengan aplikasi dan implikasi syahadah dalam kehidupan sehari-hari. Semoga dielakkan kita dari segala macam kesakitan dan keseksaan di dunia ataupun di akhirat.

IMAN DAN IKHLAS

Dari Abu Firas

Seorang lelaki menyeru sambil berkata,”Ya Rasulullah,apa itu iman?

Baginda bersabda,’ikhlas’.

Dalam lafaz yang lain

Bertanyalah kepadaku apa yang kalian mau. Lalu seorang lelaki berseru, “Ya Rasulullah! Apa itu Islam? Lalu baginda bersabda, mendirikan solat dan membayar zakat..lelaki itu berkata lagi: apa itu Iman? Baginda menjawab:’ ikhlas’. Apa pula makna yakin itu? Baginda menjawab, “membenarkan”. (diriwayatkan oleh Baihaqi secara mursal dan di sahihkan oleh Al-albani)

Begitulah betapa besarnya kedudukan ikhlas itu sehingga baginda s.a.w mengaitkannya dengan iman..
tidak ada iman bagi orang yang tidak ikhlas..
tidak ada iman bagi orang tidak menjadikan Allah sebagai tujuan hidupnya..
tidak dinamakan orang yang beriman bagi mereka yang mensyirikkan Allah dalam melakukan ibadah kepadanya..

HAASIBU ANFUSAKUM QOBLA AN TUHAASABU

Assalamualaikum,
kepada ikhwah dan akhawat,
satu ayat quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati Karena takut akan (azab) Tuhan mereka,Dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka,Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan dengan Tuhan mereka (sesuatu apapun),Dan orang-orang yang memberikan apa yang Telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) Sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya”
(Surah mukminun ayat 57-61)

Sememangnya manusia itu sering lupa dan alpa...dan orang mukmin itu pula tidak akan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali..
Tidak akan masuk ke dalam lubang yang sama..
Antara ciri orang mukmin seperti yang disebutkan dalam ayat di atas adalah mereka bersegera mengejar kebaikan..
Bagaimanakah kita mahu menghukum diri kita jika kita tidak ada ciri-ciri ini: "yang mengejar kebaikan"?
Tepuk dada tanya iman kita..
Bermuhasabahlah sahabat-sahabatku....
Moga kita menjadi orang yang lebih terkedepan...
insyaALLAH......
salam ukhuwwah
wassalam