IBU MITHALI 2

Sambungan cerita...

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segala-galanya untuk kakak-kakak dan abang-abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!""Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!"Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka.""Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kalidia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong. Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."
"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun."Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukanpetugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu."Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belastahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayahterpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah. Sebelum meninggalkan rumah,biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka." Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun bajusaya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, sayaakan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak.""Mirah!" Ibu merangkul saya." Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah.""Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh,ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain.""Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?""Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang dan kakak-kakak kena lempanglah.""Mak adu semua kepada ibu, ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah."Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak.""Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu.""Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak.""Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu.""Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah.Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah.""Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu.""Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap-harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru.""Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini, saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah."

Bersambung...

IBU MITHALI 1

Buat tatapan semua.. Ambillah iktibar daripada kisah ini. Adakah kita boleh melakukan sepertinya. Sama- samalah kita renungkan...

"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yangbenar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -Imam Umar bin AbdulAziz

IBU MITHALI
Penerima ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satusampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan AfifahRashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan."

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begituke beratan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik kepentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedangmenanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan,sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru mudayang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak. Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku.Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat jugaaku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan-rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, sayaingin memanjatkan rasa syukur ke hadratAllah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan sayakepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" tahun ini."

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.
"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak-anak kandungnya? Mungkin persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pastiakan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman videoyang memaparkankehidupan anak-anak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripadadoktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi." Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.
"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedangberjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan danpuan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abang-abang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan bercakap pelat-pelat seperti budak berumursatu atau, dua tahun." Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dankakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan 30-an. Namun,meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka." "Sewaktusaya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?"Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya.
Bersambung...

EARTH HOUR 2009

Assalamu 'alaikum wrt wb,
Ikhwah dan Akhawat sekalian,

Saya rasa sungguh2 cemburu. Orang lain pula yang mendahului kita SEKALI LAGI, membuat kerja2 pensejahteraan 'alam ini.

Sungguh malang. Sejak pemansukhan sistem "Khilafah" dengan jatuhnya Khilafah Uthmaniah, Ummat Islam umumnya masih tetap jadi pengikut dan bukan penentu arus perdana dunia, walaupun dinegara mereka sendiri sekalipun. Ambil contoh "EARTH HOUR" ini.

Matlamat EARTH HOUR ialah untuk menanamkan budaya penjimatan penggunaan tenaga. Ini amat sejajar dengan perintah Allah (Al-Isra': 27). Sumber bahan bakar fossil berkurangan dengan drastiknya. Ia tidak dapat diganti. Ia memerlukan proses berbilion tahun lagi untuk memperbaharuinya.

Kajian telah dibuat terhadap kesan-kesan negative dari pembakaran tanpa terkawal ini. Diantaranya ialah penjanaan gas-gas beracun (NO-xious gases) yang juga menghakis lapisan ozon, menyebabkan fenomena rumah hijau, dan lain-lain lagi kesan negatif keatas 'alam dan penghuninya.

Penglibatan ummat Islam dan para saintisnya dalam usaha-usaha kajian tidak ketara. Usaha merumuskan manfa'at dari hasi lkajian ini bagi merumuskan strategi mentadbir sumber-sumber alam yang kritikal lagi terhad ini juga kurang dilakukan.

Kita kurang peka bahawa ALLAH telah menjadikan ummat Islam sebagai sebagai "KHAIR UMMAT" dikalangan ma'nusia ini ('Imran: 110).

Ketara kelihatan usaha-usaha, seperti "Earth Hour" ini, dan banyak lagi usaha-usaha melibat pemuliharaan 'alam sekitar contohnya, terus hasil initiatif masyarakat BUKAN-ISLAM. Ummat Islam, walaupun kita yang di Malaysia, yang kononnya yang termaju dikalangan masyarakat Islam seluruh dunia, tetap menjadi pengikut dan pengguna.

Berapa lama lagikah kita Ummat islam di Malaysia khususnya akan menjadi pengguna dan pengikut arus perdana dunia yang sudah lapok dan luntur dari diwarnai olih tamaddun dan budaya Hedonisma Judea-Kristian, yang diasaskan olih kelompok Eropah Yunani-Romawi.

Benar mereka telah menerajui tamaddun dunia sekarang ini. sayugia perlu diingati mereka berada dipersada ini lantaran kealpaan Ummat Islam terdahulu yang tertidur oleh kerana kemewahan dan kekuasaan yang terdampar dikaki-kaki mereka.

Wa ALLAH 'alam.

Abd Ghani Bin Ujang
1hb Rabi' ul Awal 1430
28hb Mac, 2009
27hb Tiga, 4706
(Tahun Sapi, Cina).

BAGAIMANA INGIN MENGUBAH DUNIAMU?

Dunia dan seisinya adalah suatu yang hina melainkan apa yg dicari untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t. Bagaikan mata wang, ianya dianggap bernilai apabila mendapat pengiktirafan daripada bank. Manakala wang yg palsu pula tidak dikira bernilai sekalipun nilainya mencecah jutaan ringgit. Begitulah juga halnya dengan dunia. Ianya dianggap bernilai jikalau ia dicari untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Allah ‘Azzawajalla.

Dari Abu Darda’ r.a daripada Nabi s.a.w bersabda,
“Dunia itu dilaknat dan apa yang ada di dalamnya dilaknat, kecuali apa yang dicari dengan wajah Allah” (diriwayatkan oleh Tabrani, hasan li ghairihi)

Sikap orang yang ikhlas dengan dunianya
Tanda terbesar orang-orang yang ikhlas ialah amal yang mereka kerjakan semata-mata mengharap wajah Allah ‘Azzawajalla. Mereka memburu keikhlasan disetiap amalan dan membayar harga dunia dengan nilai ikhlas tanpa sedikitpun kotoran riya’. Apabila mereka melakukan kebaikan mereka berkata:

Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. (Al-Insan:9)
Mereka tidak menginginkan sedikitpun balasan daripada manusia diatas kebaikan yang di lakukan. Lalu Allah membayar keikhlasan mereka dengan syurgaNya.

Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera. (Al-Insan:11-12)
Sabar dalam keikhlasan
Orang yang ikhlas juga bersikap sabar dalam setiap gerak-kerjanya. Ia mampu mengatur dunianya dengan teliti dan tidak tergopoh-gapah dalam melakukan suatu tindakan kerana yang dicarinya hanyalah keredhaan Allah. Dan keredhaan Allah tidak akan lari daripada mereka yang mengejarnya. Dunia bagi mereka hanyalah sebagai alat bagi mencapai matlamat yang hakiki iaitu Wajah Allah ‘Azzawajalla.

Berbeza pula dengan mereka melakukan sesuatu semata-mata kerana Dunia. Ia akan berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengira kesannya samaada baik atau buruk. Ataupun boleh jadi ia hanya mengambil sikap sambil lewa apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Apa yang penting bagi mereka adalah keuntungan. Lalu akan lahirlah penguasa yang korup, peniaga yang tamak, dan juga pelbagai watak lain yg hina sebagaimana hinanya dunia apabila tidak dicari kerana Wajah Allah.

Buah ikhlas
Disebabkan kesabaran mereka (orang yang ikhlas), Allah memberi mereka pertolongan dan juga kemenangan berupa syurgaNya sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Insan:

Dan dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutera.(Al-Insan:12)

Inilah dia janji Allah kepada hamba-hambaNya yang ikhlas. Cukuplah bagi kita dengan hadith:

Sesungguhnya Allah hanya menolong umat ini kerana orang-orang yang lemah diantara mereka, kerana doa mereka, solat mereka dan kerana keikhlasan mereka. (diriwayatkan oleh An-Nasai (3178) dan disahihkan oleh Al-Albani dalam sahih targhib wa tarhib)
Dan juga hadith:

“Berikan kabar gembira kepada umat ini dengan kemenangan, ketinggian dan juga kejayaan. Barangsiapa diantara mereka yang mengerjakan amalan akhirat untuk dunia, maka di akhirat nanti ia tidak mendapat apa-apa bahagian pun!!!”(Sahih Ibnu Hibban 405, Al-Arnauth mengatakan sanadnya hasan)

Islam tidak menolak dunia
Keikhlasan dan niat yang murni seseorang hamba dapat mengangkat amalan duniawi yang dikerjakannya dan menjadikannya bernilai ketaatan selagi mana ia tidak melanggar syariat.
Hal ini berdasarkan hadith:

“Sesungguhnya di setiap nafkah yang kamu keluarkan demi mengharap wajah Allah, kamu akan mendapatkan pahalanya; bahkan apa yang kamu suapkan ke mulut isterimu (turut mendapat pahala disebabkannya)’(H.R Bukhari)

Didalam menerangkan hadith di atas, Al-Imam An-Nawawi berkata, “Hadith ini membawa keterangan bahawasanya; jika sesuatu yang mubah (harus) itu dilakukan untuk mendapat redha Allah, ianya akan menjadi suatu ketaatan dan juga beroleh pahala disebabkannya ... misalnya,
- makan dengan niat untuk menguatkan badan supaya dapat menunaikan ibadah kepada Allah,
- tidur untuk beristirehat supaya dapat mengerjakan ibadah dengan segar sesudah tidur,
- bersenang-senang dengan isteri supaya dapat menjaga pandangan yang haram dan supaya dapat
melahirkan anak yang soleh.”(syarah Sahih Muslim, An-Nawawi:11/112)

Kerana itu golongan salaf seringkali menghadirkan niat yang baik untuk pelbagai amalan keduniaan selagi mana ia tidak bercanggah dengan syara’. Zubaid Al-Yami berkata, “Berniatlah untuk setiap amalan yang kamu inginkan kebaikan padanya, sekalipun disaat kamu pergi ke tempat pembuangan sampah.”(Jami’ul Ulum Wal Hikam, Ibnu Rajab:1/70)

Sebagaimana ikhlas mengangkat perkara yang mubah ke darjat ketaatan, maka riya’juga menjatuhkan ibadah khususiah dan membalikkannya menjadi kemaksiatan yang nista.
Allah s.w.t berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, Kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (Tidak bertanah). mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.(Al-Baqarah: 264)

Di dalam ayat ini Allah ‘Azzawajalla memberi perumpaan kepada orang yang berbuat riya’dengan batu licin yg di atasnya ada tanah, apabila hujan turun, maka hilanglah tanah itu.

Kata Ibnu Katsir:
Hujan itu menjadikan batu itu licin, tidak ada satu pun yang tinggal di atasnya, kerana semua tanah yang di atasnya telah hilang. Demikianlah halnya dengan amal perbuatan orang yang berbuat riya’, ianya akan hilang dan lenyap di sisi Allah, walaupun amalan tersebut nampak oleh mereka, sebagaimana tanah di atas batu tersebut. (Tafsir Ibnu Katsir)

DOA TAZKIYAH

Sedih dengan berita kematian ahli keluarga beberapa orang sahabat kita. Berikut merupakan doa takziyah yg dipetik daripada kitab Hisnul Muslim:

إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى

Sesungguhnya hak Allah adalah mengambil sesuatu dan memberikan sesuatu. Segala sesuatu yang di sisi-Nya dibatasi dengan ajal yang ditentukan. Oleh karena itu, bersabarlah dan carilah ridha Allah.”( HR. Al-Bukhari 2/80; Muslim 2/636)

أَعْظَمَ اللهُ أَجْرَكَ، وَأَحْسَنَ عَزَاءَكَ وَغَفَرَ لِمَيِّتِكَ
“Semoga Allah memperbanyakkan pahalamu dan menghiburkan hatimu serta mengampuni dosa orang yg meninggalkanmu”. (An-Nawawi, Al-Adzkar, hal. 126)

Bagi mereka yg telah kehilangan org yg tersayang, tabahkanlah hatimu

Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah s.w.t berfirman: “Tidak ada balasan lain melainkan syurga untuk hamba-Ku yg beriman, tatkala aku mengambil sahabat karib (orang yg disayangi) dari dunianya, dia berserah diri kepada-Ku.”(H.R Bukhari)

Sesungguhnya ujian berbentuk kesedihan dan kesusahan adalah merupakan tarbiyah daripada Allah ‘Azzawajalla kepadamu untuk meningkatkan darjatmu.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yg lebih teruk daripada itu melainkan akan dituliskan baginya satu darjat dan dihapuskan darinya satu dosa.”(H.R Muslim)
“Ujian akan terus menimpa seorang hamba sehingga dia berjalan di muka bumi ini tanpa memilki dosa.”

Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam sentiasa membaca doa ini
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.” HR. Al-Bukhari 7/158.

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ.
“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku walaupun sekelip mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.” (HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Menurut pendapat Al-Albani, hadits di atas adalah hasan dalam Shahih Abu Dawud 3/959)

MENGAPA MALAS BERZIKIR?

Mengapa malas berzikir? Sedangkan Allah Ta’ala memerintahkan kita supaya sentiasa mengingatiNya :

“Hai, orang-orang yang beriman, berdzikirlah yang banyak kepada Allah (dengan menyebut namaNya)”. (Al-Ahzaab, 33:42).
Berzikir…inilah amalan yg boleh mendekatkan diri dengan Allah ‘Azzawajalla.
“Karena itu, ingatlah kamu kepadaKu, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberikan rahmat dan pengampunan). Dan bersyukurlah kepadaKu, serta jangan ingkar (pada nikmatKu)”. (Al-Baqarah, 2:152).
“Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang agung”. (Al-Ahzaab, 33:35).

Dimana hati kita ketika mulut sedang berzikir?
Mengapa mulut sahaja yg berzikir?
Kenapa hati kita malas berzikir?

“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (pada siksaanNya), serta tidak mengeraskan suara, di pagi dan petang hari. Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai”. (Al-A’raaf, 7:205).

Kita lebih suka mengeraskan suara supaya dapat memberitahu hati bahawa kita sedang berzikir…sedangkan kita tidak mengingatiNya di dalam hati kita…

Mulut kita hanya melafazkan apa yg hati tidak fahami…Mulut sahaja yg bergerak…tetapi hati?

Mengapa malas berzikir? Sedangkan kedudukan orang yg berzikir adalah jauh berbeza daripada orang yg tidak berzikir…

Rasul Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
Perumpamaan orang yang ingat akan Rabbnya dengan orang yang tidak ingat Rabbnya laksana orang yang hidup dengan orang yang mati. [HR. Al-Bukhari dalam Fathul Bari 11/208]
Mengapa malas berzikir? Adakah kerana amalan berzikir itu terlalu remeh bagi kita?
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Maukah kamu, aku tunjukkan perbuatanmu yang terbaik, paling suci di sisi Rajamu (Allah), dan paling mengangkat darjatmu; lebih baik bagimu dari infaq emas atau perak, dan lebih baik bagimu daripada bertemu dengan musuhmu, lantas kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu?” Para sahabat yang hadir berkata: “Mau (wahai Rasulullah)!” Beliau bersabda: “Dzikir kepada Allah Yang Maha Tinggi”. [HR. At-Tirmidzi 5/459, Ibnu Majah 2/1245]

Mengapa malas berzikir? Tidak mahukah jika Allah mengingati kita di dalam diriNya?
Rasul Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu, Aku bersamanya (dengan ilmu dan rahmat) bila dia ingat Aku. Jika dia mengingatKu dalam dirinya, Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari mereka. Bila dia mendekat kepadaKu sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepadaKu dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat”. [HR. Al-Bukhari 8/171 dan Muslim 4/2061]Mengapa malas berzikir? Adakah kerana susah sangat beramal dengan Islam?
Dari Abdullah bin Busr Radhiallahu’anhu, dia berkata: Bahwa ada seorang lelaki berkata: “Wahai, Rasulullah! Sesungguhnya syari’at Islam telah banyak bagiku, oleh karena itu, beritahulah aku sesuatu buat pegangan”. Beliau bersabda: “Tidak hentinya lidahmu basah karena dzikir kepada Allah (lidahmu selalu mengucapkannya).” [HR. At-Tirmidzi 5/458, Ibnu Majah 2/1246]
Mengapa malas berzikir? Adakah kerana zikir itu pahalanya sedikit berbanding amalan lain?
Rasul Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an, akan mendapatkan satu kebaikan. Sedang satu kebaikan akan dilipatkan sepuluh semisalnya. Aku tidak berkata: Alif laam miim, satu huruf. Akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” [HR. At-Tirmidzi 5/175]
Mengapa malas berzikir di dalam kumpulan yang ramai? Adakah kerana malu?
Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang duduk di suatu tempat, lalu tidak berdzikir kepada Allah di dalamnya, pastilah dia mendapatkan hukuman dari Allah dan barangsiapa yang berbaring dalam suatu tempat lalu tidak berdzikir kepada Allah, pastilah mendapatkan hukuman dari Allah.” [HR. Abu Dawud 4/264; Shahihul Jaami’ 5/342]
“Apabila suatu kaum duduk di majelis, lantas tidak berdzikir kepada Allah dan tidak membaca shalawat kepada Nabinya, pastilah ia menjadi kekurangan dan penyesalan bagi mereka, maka jika Allah menghendaki boleh sahaja Dia menyiksa mereka dan jika menghendaki mengampuni mereka.” [Shahih At-Tirmidzi 3/140]
“Setiap kaum yang berdiri dari suatu majelis, yang mereka tidak berdzikir kepada Allah di dalamnya, maka mereka laksana berdiri dari bangkai keledai dan hal itu menjadi penyesalan mereka (di hari Kiamat).” [HR. Abu Dawud 4/264, Ahmad 2/389 dan Shahihul Jami’ 5/176]

KEMATIAN HATI

Ustz Rahmat Abdullah rahimahullah



Banyak orang tertawa tanpa (mau) menyadari sang maut sedang mengintainya.

Banyak orang cepat datang ke shaf shalat layaknya orang yang amat merindukan kekasih. Sayang ternyata ia datang tergesa-gesa hanya agar dapat segera pergi.

Seperti penagih hutang yang kejam ia perlakukan Tuhannya. Ada yang datang sekedar memenuhi tugas rutin mesin agama. Dingin, kering dan hampa, tanpa penghayatan. Hilang tak dicari, ada tak disyukuri.

Dari jahil engkau disuruh berilmu dan tak ada idzin untuk berhenti hanya pada ilmu. Engkau dituntut beramal dengan ilmu yang ALLAH berikan. Tanpa itu alangkah besar kemurkaan ALLAH atasmu.

Tersanjungkah engkau yang pandai bercakap tentang keheningan senyap ditingkah rintih istighfar, kecupak air wudlu di dingin malam, lapar perut karena shiam atau kedalaman munajat dalam rakaat-rakaat panjang.

Tersanjungkah engkau dengan licin lidahmu bertutur, sementara dalam hatimu tak ada apa-apa. Kau kunyah mitos pemberian masyarakat dan sangka baik orang-orang berhati jernih, bahwa engkau adalah seorang saleh, alim, abid lagi mujahid, lalu puas meyakini itu tanpa rasa ngeri.

Asshiddiq Abu Bakar Ra. selalu gemetar saat dipuji orang. "Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku karena ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidaktahuan mereka", ucapnya lirih.

Ada orang bekerja keras dengan mengorbankan begitu banyak harta dan dana, lalu ia lupakan semua itu dan tak pernah mengenangnya lagi. Ada orang beramal besar dan selalu mengingat-ingatnya, bahkan sebagian menyebut-nyebutnya. Ada orang beramal sedikit dan mengklaim amalnya sangat banyak. Dan ada orang yang sama sekali tak pernah beramal, lalu merasa banyak amal dan menyalahkan orang yang beramal, karena kekurangan atau ketidaksesuaian amal mereka dengan lamunan pribadinya, atau tidak mau kalah dan tertinggal di belakang para pejuang. Mereka telah menukar kerja dengan kata.
Dimana kau letakkan dirimu?
Saat kecil, engkau begitu takut gelap, suara dan segala yang asing. Begitu kerap engkau bergetar dan takut.

Sesudah pengalaman dan ilmu makin bertambah, engkaupun berani tampil di depan seorang kaisar tanpa rasa gentar. Semua sudah jadi biasa, tanpa rasa.
Telah berapa hari engkau hidup dalam lumpur yang membunuh hatimu sehingga getarannya tak terasa lagi saat ma'siat menggodamu dan engkau meni'matinya?

Malam-malam berharga berlalu tanpa satu rakaatpun kau kerjakan. Usia berkurang banyak tanpa jenjang kedewasaan ruhani meninggi. Rasa malu kepada ALLAH, dimana kau kubur dia ?

Di luar sana rasa malu tak punya harga. Mereka jual diri secara terbuka lewat layar kaca, sampul majalah atau bahkan melalui penawaran langsung. Ini potret negerimu : 228.000 remaja mengidap putau. Dari 1500 responden usia SMP & SMU, 25 % mengaku telah berzina dan hampir separohnya setuju remaja berhubungan seks di luar nikah asal jangan dengan perkosaan. Mungkin engkau mulai berfikir "Jamaklah, bila aku main mata dengan aktifis perempuan bila engkau laki-laki atau sebaliknya di celah-celah rapat atau berdialog dalam jarak sangat dekat atau bertelepon dengan menambah waktu yang tak kauperlukan sekedar melepas kejenuhan dengan canda jarak jauh" Betapa jamaknya 'dosa kecil' itu dalam hatimu.

Kemana getarannya yang gelisah dan terluka dulu, saat "TV Thaghut" menyiarkan segala "kesombongan jahiliyah dan maksiat"?

Saat engkau muntah melihat laki-laki (banci) berpakaian perempuan, karena kau sangat mendukung ustadzmu yang mengatakan " Jika ALLAH melaknat laki-laki berbusana perempuan dan perempuan berpakaian laki-laki, apa tertawa riang menonton akting mereka tidak dilaknat ?"
Ataukah taqwa berlaku saat berkumpul bersama, lalu yang berteriak paling lantang "Ini tidak islami" berarti ia paling islami, sesudah itu urusan tinggallah antara engkau dengan dirimu, tak ada ALLAH disana?
Sekarang kau telah jadi kader hebat.
Tidak lagi malu-malu tampil.

Justeru engkau akan dihadang tantangan: sangat malu untuk menahan tanganmu dari jabatan tangan lembut lawan jenismu yang muda dan segar. Hati yang berbunga-bunga didepan ribuan massa.

Semua gerak harus ditakar dan jadilah pertimbanganmu tergadai pada kesukaan atau kebencian orang, walaupun harus mengorbankan nilai terbaik yang kau miliki. Lupakah engkau, jika bidikanmu ke sasaran tembak meleset 1 milimeter, maka pada jarak 300 meter dia tidak melenceng 1 milimeter lagi ? Begitu jauhnya inhiraf di kalangan awam, sedikit banyak karena para elitenya telah salah melangkah lebih dulu.

Siapa yang mau menghormati ummat yang "kiayi"nya membayar beberapa ratus ribu kepada seorang perempuan yang beberapa menit sebelumnya ia setubuhi di sebuah kamar hotel berbintang, lalu dengan enteng mengatakan "Itu maharku, ALLAH waliku dan malaikat itu saksiku" dan sesudah itu segalanya selesai, berlalu tanpa rasa bersalah?

Siapa yang akan memandang ummat yang da'inya berpose lekat dengan seorang perempuan muda artis penyanyi lalu mengatakan "Ini anakku, karena kedudukan guru dalam Islam adalah ayah, bahkan lebih dekat daripada ayah kandung dan ayah mertua" Akankah engkau juga menambah barisan kebingungan ummat lalu mendaftar diri sebagai 'alimullisan (alim di lidah)? Apa kau fikir sesudah semua kedangkalan ini kau masih aman dari kemungkinan jatuh ke lembah yang sama?

Apa beda seorang remaja yang menzinai teman sekolahnya dengan seorang alim yang merayu rekan perempuan dalam aktifitas da'wahnya? Akankah kau andalkan penghormatan masyarakat awam karena statusmu lalu kau serang maksiat mereka yang semakin tersudut oleh retorikamu yang menyihir ? Bila demikian, koruptor macam apa engkau ini? Pernah kau lihat sepasang mami dan papi dengan anak remaja mereka.
Tengoklah langkah mereka di mal. Betapa besar sumbangan mereka kepada modernisasi dengan banyak-banyak mengkonsumsi produk junk food, semata-mata karena nuansa "westernnya" . Engkau akan menjadi faqih pendebat yang tangguh saat engkau tenggak minuman halal itu, dengan perasaan "lihatlah, betapa Amerikanya aku".
Memang, soalnya bukan Amerika atau bukan Amerika, melainkan apakah engkau punya harga diri.
Mahatma Ghandi memimpin perjuangan dengan memakai tenunan bangsa sendiri atau terompah lokal yang tak bermerk. Namun setiap ia menoleh ke kanan, maka 300 juta rakyat India menoleh ke kanan. Bila ia tidur di rel kereta api, maka 300 juta rakyat India akan ikut tidur disana.

Kini datang "pemimpin" ummat, ingin mengatrol harga diri dan gengsi ummat dengan pameran mobil, rumah mewah, "toko emas berjalan" dan segudang asesori. Saat fatwa digenderangkan, telinga ummat telah tuli oleh dentam berita tentang hiruk pikuk pesta dunia yang engkau ikut mabuk disana. "Engkau adalah penyanyi bayaranku dengan uang yang kukumpulkan susah payah. Bila aku bosan aku bisa panggil penyanyi lain yang kicaunya lebih memenuhi seleraku"

QARADAWI CALLS ON ENDING FEMALE CIRCUMCISION, CONSIDERS IT BANNED IN ISLAMIC LAW



President of the International Union for Muslim Scholars Dr. Yusuf Al-Qaradawi affirmed in a fatwa (an Islamic edict) published on his website the absence of any legal evidence in the Islamic religion which obliges female circumcision or makes it a preferable act adding that if a certain action is proven by specialists to cause harmful results stopping this act would be obliged in order to block any route to corruption and to prevent harm. In this case, specialists found that circumcision in its current form harms females physically and psychologically as it negatively affects their marital life, therefore Al-Qaradawi considered the conduction of a circumcision surgery banned according to Islamic law.

On the other hand, Al-Qaradawi supported the stance of Azhar Sheikhs and Scholars concerning organ transplantation affirming that Saudi Arabia which is considered “rigid in Islamic jurisprudence and usually goes with the literal meaning of Islamic text permits organ transplantation,” adding, “Although the human’s body belongs to Allah, Allah has delegated authority over this body to the human to enable him to take care of it and did not prohibit blood donations.”

Al-Qaradawi also permitted organ transplants from living to living beings provided that it be in the form of a donation as a donation is considered a charity and provided that the organ not be single such as the kidney or heart or one which the human can do without. Similarly, the donation of reproductive organs even after the death of a person is not permitted as it continues to carry genetic “codes” while the transplantation of a dead person’s organs is permitted only after the death of the brain’s stem when return to life becomes no longer possible.

SESEORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH ALLAH MELALUIMU, MAKA HAL ITU ADALAH LEBIH BAIK BAGIMU DARIPADA SEEKOR UNTA MERAH

Itulah yang pernah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W kepada Ali bin Abi Thalib R.A ketika baginda menyerahkan bendera kepadanya ketika perang Khaibar. Kemudian Ali berkata :
“Atas dasar apa kita memerangi manusia, adakah kita memerangi mereka sehingga mereka menjadi sama seperti kita (iaitu masuk Islam) ?”.

Rasul s.a.w bersabda :
" على رسلك حتى تنزل بساحتهم ثم ادعهم إلى الإسلام، وأخبرهم بما يجب عليهم، فوالله لأن يهدي الله بك رجلاً واحداً خير لك من حُمُر النَّعم"

Berhati-hatilah sehingga engkau memasuki wilayah mereka, lalu serulah mereka kepada Islam, dan sampaikan kepada mereka akan kewajiban-kewajibannya. Demi Allah seseorang yang mendapat hidayah melaluimu, maka hal itu lebih baik bagimu daripada seekor unta merah”. (Sahih Bukhari 6/111)

Hidayah Allah adalah petunjuk dan tidak ada setelah petunjuk itu melainkan kesesatan. Ketika Allah memberikan petunjukNya kepada seorang da’i maka Allah akan sediakan pula orang yang akan menerima dakwahnya, karena sesungguhnya nilai-nilai penerimaan dakwah itu tersangatlah agung dan mulia. Diantaranya :

1. Berdakwah bererti menyelamatkan seseorang (yang mendapat petunjuk) dari api neraka, melindunginya daripada kepanasan dan gejolaknya, menjauhkan seseorang dari api neraka (disamping nikmat kurniaan Allah dan juga disebabkan oleh kesungguhan da’i dan pertolonganNya) dan menggantikan tempatnya yang kekal di dalam neraka dengan tempat yang kekal di dalam surga.

Hal ini adalah perkara yang tidak boleh dibandingkan dengan segala apa jenis kebaikan sekalipun. Tidak ada yang dapat menyamai tingkatan kebaikan ini walau setinggi apapun tingkatan kebaikan dan kedermawaannya.

Justeru, seorang da’i mempersembahkan syurga sebagai hadiah untuk manusia di sekelilingnya dan juga menunjukkan mereka ketempat yang bahagia.
Oleh itu, apalah pahala yang akan dicatat untuk para da’i di sisi Rabbnya melainkan pahala yang nilainya sesuai dengan keagungan pemberinya.

2. Sesungguhnya setiap gerak dan diamnya seseorang yang mendapat hidayah Allah, tasbih dan takbir yang terucap dari kedua-belah bibirnya, setiap rakaat dan sujud yang dikerjakannya dan juga setiap kebaikan yang digerakan oleh Allah melalui tangannya, hal itu semua adalah disebabkan oleh peranan dan usaha seorang da’i yang telah menunjukan jalan kebaikan kepadanya.
Dan dengan itulah, pahala bagi seorang da’i adalah sama seperti pahala orang yang mengerjakannya.

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w :
" الدال على الخير كفاعله"

“Yang menunjukkan jalan kebaikan adalah sama seperti orang yang mengerjakannya”. (sahih muslim 3/1406)

Nabi s.a.w juga bersabda :
" من سنَّ في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شيء".

“Barang siapa yang merintis kebiasaan yang baik dalam Islam maka baginya pahala dan pahala orang yang mengerjakannya tanpa dikurangi sedikitpun pahalanya”. (HR. Muslim 2/704)

Inilah pintu daripada pahala yang tidak akan tertutup. Ianya akan terus subur dari hari ke hari. Sesungguhnya usaha dakwah Abu Bakar As-siddiq, Bilal, Ammar, Khadijah, Asma’ dan para sahabat dan sahabiyah yang lainnya, adalah modal yang paling utama dalam penerimaan manusia terhadap Allah sehinggalah ke hari kiamat. Dan sesungguhnya, usaha dakwah Nabi Muhammad SAW adalah titik awal daripada setiap usaha yang ditunjukan oleh setiap muslim. Oleh karena itu, Rasulullah SAW adalah puncak kemuliaan bagi setiap orang Islam–setelah Allah SWT- .

3. Sesungguhnya, orang yang mendapat hidayah melalui tangan seorang da’i akan menjadi penolong baginya dalam menunaikan misi dakwahnya. Berpadulah usahanya dengan usaha da’inya. Demikianlah dakwah, ianya tidak akan bertambah melainkan dengan jalan dakwah itu sendiri. Dan ianya tidak akan menjadi semakin kukuh kecuali dengan masuknya unsur-unsur baru yang mengikutinya.

Tidaklah berubah keadaan kaum muslimin daripada keIslaman mereka secara bersembunyi-sembunyi kepada terang-terangan, melainkan setelah masuknya Umar dan Hamzah ke dalam agama Allah ‘Azza wa jalla. Dan tidaklah berubah keadaan mereka daripada berkelompok menjadi masyarakat yang besar melainkan masuknya kaum Ansar ke dalam agama Allah. Kesemuanya itu menunjukkan adanya unsur-unsur pembaharuan.

4. Sesungguhnya, sesiapa saja yang memperoleh hidayah melalui kedua belah tanganmu wahai para da’i, maka hal itu bererti sebuah batu-bata telah dicabut daripada bangunan jahiliyah, lalu diletakkan kepada bangunan Islam. Hal ini di sudut kekufuran dan kesesatan adalah sebuah kekalahan bagi Syaitan dan para pembantunya, dan kemenangan bagi Allah dan para penolongNya. Oleh karena setiap kali ada orang yang mendapat hidayah kerana dakwah, maka runtuhlah satu demi satu tiang-tiang bangunan jahiliyah. Begitulah halnya yang berlaku kepada jahiliyah di kota Mekkah sehingga menjadi satu bahan pembicaraan di kalangan mereka disetiap pagi. Orang-orang kafir berbicara tentang kaum yang mengikuti agama baru(Islam) yang memisahkan diri dan keluar daripada masyarakatnya. Sementara kaum muslimin bergembira dengan semakin banyaknya orang yang mendapat hidayah, seakan-akan bangunan kufur itu berlubang setiap hari dan runtuh sedikit demi sedikit sehinggalah dakwah menjadi lebih terbuka.

FIQH AT-TAGHYIR



Di zaman kita ini, kita mendapati segala kekuatan dan kelompok Islam bersetuju tentang pentingnya taghyir (perubahan) yang menjadi wasilah untuk mengislah ummat dan memajukan mereka. Walaupun mempunyai tujuan yang sama, mereka berselisih pendapat tentang jenis-jenis, aspek-aspek dan juga jalan-jalan melakukan perubahan tersebut.

Ada diantara mereka yang hanya menumpukan kepada perubahan politik dengan cara merubah, mengislah atau mengemaskinikan semula perlembagaan dan undang-undang pilihanraya bagi membolehkan seseorang sampai ke parlimen melalui pilihanraya yang bersih dari sebarang penipuan. Pilihanraya ini menggambarkan hasrat ummat Islam dan jalan yang ditempuhi mereka dalam usaha membangun dan memajukan lagi diri mereka.

Ada diantara mereka yang memberikan tumpuan kepada perubahan ekonomi yang dianggap sebagai nadi kehidupan. Mengislahkan ekonomi ummat pada pandangan mereka memerlukan kepada keelokan polisi pentadbiran kerajaan, keelakan kehidupan sosial dan juga kebudayaan. Ia merupakan titik permulaan dan pengkalan tempat bergerak.
Ada diantara mereka yang menjadikan asas segala Islah ialah perubahan kebudayaan yang merangkumi ilmu pengetahuan, tata susila dan seni dan institusi yang mewakili aspek-aspek ini. Apabila aspek-aspek yang dinyatakan ini berjaya diubah, akan berlakulah perubahan kepada seluruh kehidupan.
Golongan yang memperjuangkan Islam sendiri berselisih pendapat tentang tabiat perubahan yang dikehendaki dan jenisnya. Ada diantara mereka yang menumpukan kepada aspek akidah dan memerangi akidah syirik dan khurafat. Golongan ini lebih banyak menumpukan kepada aspek yang terdapat di zaman dahulu, dari yang terdapat di zaman kini, dan aspek rangka luar dari isi dan intipati.
Ada diantara mereka yang menumpukan kepada aspek tingkah laku dan akhlak dan memerangi akhlak yang keji dan mungkar. Ada diantara mereka yang menumpukan kepada pendidikan, penubuhan sekolah-sekolah Islam dan berdepan dengan system pendidikan barat.

Ada diantara mereka yang menumpukan kepada aspek ekonomi, menubuhkan bank-bank Islam dan memerangi sistem ekonomi riba. Ada diantara mereka yang memberikan tumpuan kepada aspek sosial dan kerja–kerja kebajikan dengan menubuhkan peretubuhan kebajikan dan berdepan dengan pertubuhan-pertubuhan kristianisasi.
Ada diantara mereka yang menumpukan kepada aspek dakwah, pemikiran dan kebudayaan serta menentang pemikiran barat. Ada juga yang memberi penumpuan terhadap aspek politik dan pilihanraya serta menentang parti-parti sekular. (lihat As-Siasah Al-Syar’iyah Fi Dawi’ Nusus Al-Syar’iyah wa Maqasidiha oleh Yusuf Al-Qaradawi)

Perubahan jiwa


Tidak diragui lagi setiap jenis dan tumpuan perubahan yang disebutkan di atas adalah dikehendaki dan tidak ada satupun darinya yang tidak dikehendaki untuk mengadakan perubahan yang menyeluruh selaras dengan yang dicita-citakan.
Tetapi perubahan ini mesti dibina diatas asas yang kukuh yang disebut didalam Al-Quran Al-Karim dalam bentuk undang-undang ilahi dan sunnah-sunnah kemasyarakatannya yang tidak akan berubah dan tidak akan bertukar ganti iaitu perubahan jiwa atau menurut ta’bir Al-Quran, perubahan apa yang ada di dalam jiwa manusia sebagaimana yang disebut di dalam firman Allah s.w.t:

Sesungguhya Allah tidak merubah apa yang ada pada sesuatu kaum selagi mana mereka tidak merubah apa yang ada pada diri mereka. .(Ar-Ra’d:11)

Bagi golongan komunis Marxist, mereka berpendapat perubahan perlu bermula dari sektor ekonomi, barulah akan berlaku perubahan sejarah. Sebaliknya Al-Quran berpendapat : Perubahan itu bermula dari dalam diri ( ubahlah apa yang terdapat dalam diri anda) barulah berlaku perubahan sejarah.
Golongan yang memperjuangkan usaha tajdid sangat mengambil berat tentang kaedah perubahan ini. Mereka sangat mengambil berat tentang sunnah Al-Quran dalam melakukan perubahan. Ini dapat kita perhatikan pada sikap yang diambil oleh tokoh-tokoh tajdid seperti syeikh Rashid Reda, syeikh Hassan Al-Banna, syeikh Ibnu Badis dan lain-lain di Negara Arab, sehinggakan ibnu Badis menjadikan ayat Al-Quran dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 diatas sebagai symbol pertubuhan Islam yang terkenal iaitu Pertubuhan Ulama Al-Jazair dan sebagaimana yang dijadikan simbol oleh perhimpunan pemikiran Islam selepas Al-Jazair mendapat kemerdekaannya. Syiar tersebut ialah:
Sesungguhya Allah tidak merubah apa yang ada pada sesuatu kaum selagi mana mereka tidak merubah apa yang ada pada diri mereka.(Ar-Ra’d:11)
Di Negara-negara Islam yang bukan Arab, kaedah ini mendapat perhatian daripada semua pihak. Misalnya syeikn Badi’uzzaman Said Nursi di Turki, syeikh Abul A’la Al-Maududi di benua kedil India dan lain-lain tokoh reformer dan tajdid.
Kita mempelajari daripada petunjuk Rasulullah s.a.w perkara pertama yang dilakukan baginda ialah merubah apa yang ada di dalam jiwa bangsa Arab. Baginda memimpin mereka daripada penyembahan berhala kepada tauhid, daripada kesesatan kepada petunjuk, hidup dalam serba bebas mengikut hawa nafsu kepada ketaqwaan, hidup tanpa peraturan kepada berperaturan, sikap keakuan kepada mengutamakan kepentingan orang lain, kebinatangan kepada kemannusiaan dan daripada kebendaan kepada rabbaniyah. Dengan kata lain, nabi memimpin mereka daripada jahiliyah kepada Islam. Selama tiga belas tahun berdakwah di mekah, tumpuan Rasulullah s.a.w adalah kepada perubahan jiwa dan pemikiran sebelum melibatkan perubahan aspek-aspek lain. Dar Al-arqam merupakan institusi pendidikan pertama yang membentuk jiwa-jiwa yang bersih. Firman

Allah s.w.t:
Beruntunglah orang membersihkan jiwanya dan rugilah orang yang engotorkan jiwanya(Asy-Syams:9-10)

Dengan cara ini baginda berjaya membina insan mukmin yang mampu melakukan perubahan, memancarkan tenaga-tenaga perlaksana, mewujudkan kehidupan yang baik dan membentuk tamadun yang gemilang. Kejayaan ini dicatatkan berikutan kejayaan baginda s.a.w merubah dalaman insane dan memimpin luarannya. Nabi s.a.w berjaya mengislahkan seketul daging yang berada dalam badan yang mana jika baik daging ini, baiklah seluruh tindakan badan dan jika buruk daging ini maka buruklah seluruh tindakan badan. Daging tersebut adalah hati.
Mengislah ummat dan masyarakat bermula dengan megislah peribadi dan mengislah peribadi bermula dengan mengislah nafsu yang berada dalam dua lambung seseorang. Mengislahkan diri akan sempurna melalui keimanan yang benar dan pembersihan (tazkiyyatun-nafs) yang berterusan. Jika nafsu masih lagi bergelumang dengan kerosakan dan kesesatan, perubahan tidak akan berlaku. Perubahan undang-undang memerlukan kepada perubahan ini. Begitu juga dengan perubahan sistem, akta dan kekuatan polis. Salah seorang hakim di makhamah Britain pernah mengeluarkan kata-kata yang masyur ketika membicarakan satu kes tentang pecah amanah yang terkenal disana: antara lain beliau menyatakan; tanpa undang-undang tidak akan teratur kehidupan umat. Tanpa akhlak tidak akan terkendali undang-undang dan tanpa iman tidak akan muncul akhlak.

Seorang ahli syair Arab pernah menyatakan:

Demi umur anda bukan negara yang tidak dapat menampung penduduknya.
Tetapi akhlak penduduknyalah yang tidak dapat menampung negara.

Perubahan keyakinan dan kefahaman.


Perkara pertama yang melibatkan perubahan diri ialah perubahan akidah yang membentuk pandangan manusia yang menyeluruh terhadap alam wujud ini dan pendiriannya terhadap makhluk dan khalik, benda dan roh, dunia dan akhirat, serta alam ghaib dan alam nyata. Terdapat golongan materaialistik yang menolak kesemua perkara-perkara gahib, malah mereka langsung tidak mempercayai alam lain yang wujud disebalik alam benda ini. Mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan, wahyu, rasul dan juga akhirat.

Terdapat golongan penyembah berhala yang mempercayai kepelbagaian tuhan sehingga mereka mempertuhankan alam tabii, sesetengah haiwan dan lain-lain lagi.

Ada golongan yang beriman dengan sebahagian sahaja isi ajaran Al-Kitab dan beriman dengan sebahagian rasul sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang yahudi yang beriman dengan nabi Musa tetapi mengkufuri nabi Isa dan nabi Muhammad s.a.w. orang Kristian pula beriman kepada nabi Isa tetapi mengkufufuri nabi Muhammad s.a.w. Ada dikalangan orang- orang Islam yang terpengaruh dengan akidah gologan yang menentang Islam dan akidah itu telah memberi kesan dalam merosakkan akidah Islam yang menjadi pegangan mereka.

Sebenarnya seorang reformer Islam mestilah menentang keras segala akidah asing yang dibawa masuk ke dalam akidah tauhid yang murni. Ia hendaklah mengambilakn semua kesucian, kemurniaan, kesyumulan,keseimbangan dan kesempurnaan pada akidah Islam. Untuk itu ia harus mengasaskannya pada tonggak-tongak yang kuat berupa keyakinan akal dan ilmu pengetahuan khususnya ilmu biologi dan matematik yang pernah digunakan untuk memberi khidmat kepada agama. Setakat ini hanya ulama’ merupakan golongan yang paling kuat dalam memerangi penyeru-penyeru fahaman atheis yang menolak ketuhanan yang dimuatkan di dalam buku yang berjudul ‘Ilmu menyeru kepada Iman’ karangan A.Karsi Mourison, ketua akademik Sains di New York dan dalam buku “Allah menjelma di zaman Sains”, karangan tiga puluh orang pakar dari Amerika yang merangkumi pelbagai bidang dalam Sains.

Kekukuhan, kemantapan dan kekuatan Akidah adalah aspek yang paling penting dalam melakukan perubahan Akidah. Sehubungan dengan itu, aspek pertama yang diseru oleh rasul-rasul kepada kaum mereka ialah tauhid. Seruan pertama dalam setiap risalah ialah:


Wahai kaumku sembahlah tuhan kamu Allah dan tidak ada tuhan yang lain selain daripadaNya.
(al-A’raf:65)

Di zaman Mekah, pembetulan Akidah adalah gerak kerja nabi yang pertama. Baginda menanam akidah tauhid ke dalam diri umat Islam, amalan soleh dan juga akhlak yang mulia.

Antara hasil yang muncul dari perubahan akidah ialah perubahan kefahaman dan pemikiran khususnya kefahaman asas tentang manusia, kehidupan sejarah, individu, masyarakat, wanita, lelaki, agama dan juga politik.

Sehubungan dengan itu kita melihat, apabila pihak penjajah masuk ke dalam negara-negara Islam, aspek pertama yang ditumpukan oleh mereka ialah merubah kefahaman dan pemikiran rakyat melalui proses pembelajaran, kebudayaan dan juga informasi. Mereka menanam kedalam pemikiran rakyat bahawa politik tidak ada kena-mengena dengan Islam. Ekonomi tidak ada kena-mengena dengan akhlak. Kebebasan tidak mengenal soal nilai. Kaum wanita sama sahaja dengan kaum lelaki. Soal pemakaian dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya terserah kepada uruf dan budaya masyarakat setempat dan bukannya kepada syarak dan lain-lain. Perkara ini sebenarnya masih berterusan sehingga ke hari ini dan dilakukan pula oleh golongan yang berpegang dengan falsafah yang mengeringkan agama di dalam akal dan hati, lebih-lebih lagi yang dilakukan di institusi pembelajaran, kebudayaan dan reformasi.(rujuk Fi Usul al-Dakwah,Muqtabasatum Min kutub al-Doktor Yusuf al-Qaradawi))