Dr Mohamed Morsi calon Presiden Mesir: Kenyataan bersama IM dan FJP
SIBUK KITA vs SIBUK RASULULLAH
- Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
- Bermunajat kepada Allah setiap malam
- Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
- Berperang di jalan Allah
- Melayani isteri-isteri
- Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya
- Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
- Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
- Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin
- Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)
- Assignment, assignment dan assignment
- berFacebook, Youtube
- Dating dengan kekasih
- menziarahi Tesco, Jusco
- tengok drama korea, movie marathon dan lain-lain..
ASY-SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA
Assalamualaikum
Tepat 12 Februari 2012, rakyat Mesir bergembira merayakan ulangtahun
pertama kejatuhan salah seorang dari pemerintah yang dikategorikan dalam
“Mulkan Jabriyyan” iaitu penguasa yang memaksakan kehendak mereka yang
bertentangan dengan hukum Allah yang Maha Adil.
Namun, 63
tahun yang lepas iaitu pada tanggal 12 Februari 1949 adalah hari di mana
Imam Hasan Al Banna menemui Tuhannya di bumi yang sama, bergelimang
darah serta syahid di atas jalan yang ia lalui untuk menegakkan syariat
Allah dan menghancurkan sembahan selainNya.
PERIBADI YANG DIBERI ILHAM
Nama "Hasan Al-Banna" sentiasa melekat dengan jamaah Al-Ikhwan
Al-Muslimun kerana beliau adalah pengasas dan menjadi Mursyid `Am
pertama jamaah tersebut.
Musuh-musuh Islam mengira bahwa
setelah mereka membunuh pendiri, mursyid dan pemimpin jamaah ini, mereka
juga telah meruntuhkan Ikhwanul Muslimin, mencabut akar kekuatannya,
menghentikan langkahnya dan menghancurkan gerakan pembaharuan Islam yang
telah membangunkan hati rakyat dan kaum muslimin secara keseluruhan.
21 KAEDAH DAKWAH KEPADA ALLAH: ASAS 1 (RINGKASAN)
- Ibadah
- Khilafah (tugas penerangan /dakwah oleh rasul)
- Untuk membesar dan beribadah kepada Allah
- Sebagai bukti kasih sayang kepada manusia lain iaitu dengan mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya
- Para solihin akan dimatikan satu persatu sehingga akhirnya akan tinggal manusia yang jahat dan hatinya sehitam tamar yang tidak langsung dipedulikan oleh Allah
- Akan sentiasa ada umatku yg berjuang mempertahankan agama Allah, mengalahkan musuh, tidak terkesan dengan penentang mereka sehingga datangnya kiamat dalam keadaan begitu. Kemudian Allah akan menurunkan angin sewangi kasturi selembut sutera. Barangsiapa yg terkena dari kalangan orang yg masih ada walaupun sebesar zarah iman, akan dimatikan oleh Allah. Kemudian yang tinggal hanyalah sejahat-jahat makhluk Allah, ketika itulah berlakunya kiamat.
- Berjaya (kekal)
- Gagal (sementara)
21 KAEDAH DAKWAH KEPADA ALLAH: MUQADDIMAH (RINGKASAN)
Dakwah adalah tugas dan amal paling mulia
Dakwah adalah tugas asasi para rasul, para auliya’ dan hamba soleh
Perkembangan sasaran dan petugas dakwah era moden menyebabkan banyak rintangan yang perlu dihadapi:
- Bilangan murabbi yang sedikit dinisbahkan kadar penerimaan yang besar
- Kekurangan program persiapan para pendakwah dan muwajjih dalam pelbagai peringkat
- Kelewatan usia ‘memberi’
- Usaha penentangan kepada dakwah dari pelbagai pihak dengan kemampuan dan material yang besar
- Godaan kesibukan dan keseronokan hidup
- Ilmu dakwah bukan ilmu baru tetapi telah disebut secara riwayah dan dirayah
- Bukan ilmu istilahi semata-mata tetapi ilmu yang dipraktikkan dan dihayati generasi pertama Islam
- Kemudian ia kembali asing apabila pegangan manusia kepada islam mula longgar dan jauh
- Sebahagian pendakwah memulakan langkah baru untuk menuipkan ruh dakwah era moden demi memartabatkan Islam ke seluruh dunia sekali lagi.
- Walaupun perkembangan positif di seluruh dunia, namun dakwah memerlukan seluruh tenaga, kemahiran, material untuk pembinaan ini.
- Pengoperasian ini memerlukan penyiapan individu-individu yang akan mempersembahkan dakwah kepada umum dalam pelbagai peringkatnya
- Setiap tugasan dakwah perlu melalui persediaan dan jangkamasa yang sesuai
- Memerlukan sistem tarbawi yang terancang, berpandukan kaedah-kaedah umum (bukan mementingkan masalah-masalah yang rumit dan terperinci), penumpuan tenaga untuk tarbiyah, pembentukan, kepimpinan, perancangan dan pemantauan.
Wacana Tarbawi
“Ikhwan Muslimin’s Role In Building A New Middle East”
Kaedah Dakwah ilallah (antara Syeikh Hammam Saeed dan Syeikh Juma’ah Amin)
Berikut merupakan senarai kaedah dakwah yg telah dijelaskan oleh kedua-dua tokoh ini didalam karya mereka..(semoga Allah melimpahkan rahmatNya kpd mereka berdua).
kaedah-kaedah ini bertujuan untuk memudahkan gerak-kerja para du'at dalam menjalankan dakwah ilallah.
Dr. Hammam Abd. Rahim Saeed di dalam bukunya ( Qawaid Dakwah ilallah ) menulis dengan pendekatan motivasi dan memberikan dorongan semangat agar para da’ie sentiasa optimistik dalam memberikan sumbangan dakwah.Kaedah-kaedah ini digali dari asas-asas syarak dan seerah nabawiyah, kisah para sahabat dan salafussolih. Antara kaedah-kaedah yang dinyatakan di dalam bukunya :
Kaedah 1 : Dakwah di jalan allah adalah jalan keselamatan di dunia dan akhirat
Kaedah 2 : Semoga dengan usaha kamu seseorang memperolehi hidayah lebih baik dari unta merah
Kaedah 3 : Pahala diperolehi semata-mata dengan berdakwah dan tidak dikira dengan penerimaan manusia
Kaedah 4: Daie hendaklah menjadi sebagai mubaligh ( penyampai dakwah) dan berusaha mencapai
al-balagh. ( kepetahan & kefasihan dalam berdakwah )
Kaedah 5 : Da’ie memberikan segala usaha dakwah demi menuntut ganjaran rabbani
Kaedah 6 : Dai’e adalah cermin bagi dakwah dan modelnya.
Kaedah 7 : Berbicaralah dengan manusia menurut kadar pemikiran mereka
Kaedah 8 : Ujian adalah sunnatullah
Kaedah 9 : Lapangan dakwah adalah luas , hendaklah dai’e memilih yang sesuai untuk dakwahnya
Kaedah 10 : Masa adalah unsur penting dan kejayaan dakwah
Kaedah 11 : Dakwah adalah seni dan kepemimpinan, perancangan dan pemantauan.
Kaedah 12 : Dakwah merupakan satu tasawwur besar Jihad dari segi matlamat dan kesan
Kaedah 13: Dakwah adalah perniagaan mulia ,tidak boleh dijual dengan habuan dunia, habuan dunia merosakkan maruah sang Dai’e .
Kaedah 14 : Mengenalai mad’u faktor utama mempengaruhinya
Kaedah 15 : Komtemporari, memahami kondisi umum adalah sebab-sebab kejayaan dakwah.
Kaedah 16 : Perpecahan, fitnah, uzlah dan jamaah..halangan di jalan dakwah
Kaedah 17 : Kefahaman yang betul adalah jalan amal yang betul
Kaedah 18 : Kefahaman yang memandu dan kefahaman yang wajib
Kaedah 19 : Menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkuran merupakan kefardhuan umat
Kaedah 20 : Menyalahi maksud dan tujuan al-Quran lebih bahaya dari meninggal dan mengabaikan al-Quran
Kaedah 21 : Amal umum adalah asas amal khusus sebagai penarik dokongan dakwah.
Antara 10 kaedah fiqh dakwah Syeikh Juma’ah Amin pula ialah :
Kaedah 1 ; Al-qudwah qabla dakwah ( menjadi qudwah sebelum berdakwah )
Kaedah 2 : Ar-Ta’lif qabla ta’rif ( menjinak dan mengikat hati sebelum memperkenalkan )
Kaedah 3 : At-ta’rif qabla taklif (memperkenalkan sebelum member tugas )
Kaedah 4 : At-tadarruj fi taklif ( bertahap dalam memberikan tugasan )
Kaedah 5 : At-taisir la ta’sir ( memudah bukan memayah)
Kaedah 6 : Al-Usul qabla furu’ ( memulakan yang pokok sebelum cabang )
Kaedah 7 : At-targhib qabla tarhib ( member harapan bukan ancaman)
Kaedah 8 : At-tafhim la al-talqin ( memberi kefahaman bukan menyampaikan semata-mata)
Kaedah 9 : at-tarbiyah la at-ta’riyah ( pendidikan bukan menelanjangi keburukan)
Kaedah 10 : Tilmizu imam la tilmiz kitab ( murid kepada guru bukan murid kepada buku)
DAURAH FIKRAH ISLAM KITA
KEWAJIBAN KITA BERAMAL, NATIJAH DARI ALLAH
Menjana Perubahan Di Tahun Baru
Jangan bersedih!!! Sesungguhnya Allah s.w.t pasti akan memberi petunjukNya kepada Umat Manusia…

Allah telah membuatkan bangsa-bangsa dan kota-kota didunia ini terbuka dengan seruanNYa melalui akhlak hamba-hambaNya yang soleh. Al-Quran telah menceritakan tentang dialog Nabi Musa dengan kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." [Sūrah al-A`rāf: 128].
Allah telah memberitahu Rasulullah s.a.w didalam Al-Quran, firmannya: “dan (ada lagi) anugerah yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” [Sūrah al-Saff: 13]
Allah s.w.t telah berjanji kepada orang beriman bahawasanya Dia akan memberikan mereka pertolongan dan memberikan mereka kejayaan didunia dan sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjinya. Kita mendapati bahawa semenjak zaman kerasulan nabi Muhammad s.a.w, seruan Islam telah tersebar ke timur dan barat sehingga ke seluruh pelosok dunia. Manusia memeluk Islam secara berbondong-bondong sehingga kelompok umat Islam membentuk tamadunnya yang tersendiri (iaitu tamadun Islam). Islam telahpun memenangi hati kebanyakan manusia sebelum ianya gemilang di mata dunia. Dengan cara inilah kaum Barbar, Parsi, dan bangsa-bangsa lain memeluk Islam untuk membentuk satu masyarakat islam dimana hati mereka disatukan Allah dengan keimanan kepadaNya.
Allah berfirman : “dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana. [Sūrah al-Anfāl: 63]
“dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan aku. dan Barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik. [Sūrah al-Nūr: 55]
Allah s.w.t telah pun menepati janjinya kepada umat islam pada masa lalu. Sehingga kini, sebagai manusia yang beriman kita meyakini bahawa pada masa hadapan, Allah dengan sifat penyayangNya akan membuka pintu hati bangsa-bangsa lain di dunia untuk menerima Islam, dan Dia akan membangkitkan mereka-mereka yang akan membawa dan menyeru risalahNya kepada manusia. Disini tidak ada masa untuk berasa kecewa kerana Allah s.wt pasti akan membuka jalan kepada bangsa-bangsa lain dan manusia untuk memeluk Islam. Allah adalah sebaik-baik pembimbing kepada segala urusan mereka.
Boleh jadi dengan perkembangan baru teknologi komunikasi dan kemudahan untuk berinteraksi sesama manusia pada hari ini akan membantu untuk menyebarkan risalah Islam dan keaslian ajarannya seandainya kita sebagai umat Islam hidup dengan nilai tersebut dan menampilkan agama kita dengan sebaiknya. Umat Islam seharusnya menggunakan aset yang praktikal dan tiada hadnya ini (iaitu nilai-nilai ajaran Islam) dalam memberikan contoh yang baik.
oleh: Syeikh Salman oudah, Islamtoday.com
BAGAIMANA INGIN MENGUBAH DUNIAMU?
Dunia dan seisinya adalah suatu yang hina melainkan apa yg dicari untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t. Bagaikan mata wang, ianya dianggap bernilai apabila mendapat pengiktirafan daripada bank. Manakala wang yg palsu pula tidak dikira bernilai sekalipun nilainya mencecah jutaan ringgit. Begitulah juga halnya dengan dunia. Ianya dianggap bernilai jikalau ia dicari untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Allah ‘Azzawajalla.Dari Abu Darda’ r.a daripada Nabi s.a.w bersabda,
“Dunia itu dilaknat dan apa yang ada di dalamnya dilaknat, kecuali apa yang dicari dengan wajah Allah” (diriwayatkan oleh Tabrani, hasan li ghairihi)
Sikap orang yang ikhlas dengan dunianya
Tanda terbesar orang-orang yang ikhlas ialah amal yang mereka kerjakan semata-mata mengharap wajah Allah ‘Azzawajalla. Mereka memburu keikhlasan disetiap amalan dan membayar harga dunia dengan nilai ikhlas tanpa sedikitpun kotoran riya’. Apabila mereka melakukan kebaikan mereka berkata:
Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. (Al-Insan:9)
Mereka tidak menginginkan sedikitpun balasan daripada manusia diatas kebaikan yang di lakukan. Lalu Allah membayar keikhlasan mereka dengan syurgaNya.
Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera. (Al-Insan:11-12)
Orang yang ikhlas juga bersikap sabar dalam setiap gerak-kerjanya. Ia mampu mengatur dunianya dengan teliti dan tidak tergopoh-gapah dalam melakukan suatu tindakan kerana yang dicarinya hanyalah keredhaan Allah. Dan keredhaan Allah tidak akan lari daripada mereka yang mengejarnya. Dunia bagi mereka hanyalah sebagai alat bagi mencapai matlamat yang hakiki iaitu Wajah Allah ‘Azzawajalla.
Berbeza pula dengan mereka melakukan sesuatu semata-mata kerana Dunia. Ia akan berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengira kesannya samaada baik atau buruk. Ataupun boleh jadi ia hanya mengambil sikap sambil lewa apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Apa yang penting bagi mereka adalah keuntungan. Lalu akan lahirlah penguasa yang korup, peniaga yang tamak, dan juga pelbagai watak lain yg hina sebagaimana hinanya dunia apabila tidak dicari kerana Wajah Allah.
Buah ikhlasDisebabkan kesabaran mereka (orang yang ikhlas), Allah memberi mereka pertolongan dan juga kemenangan berupa syurgaNya sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Insan:
Dan dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutera.(Al-Insan:12)
Inilah dia janji Allah kepada hamba-hambaNya yang ikhlas. Cukuplah bagi kita dengan hadith:
Sesungguhnya Allah hanya menolong umat ini kerana orang-orang yang lemah diantara mereka, kerana doa mereka, solat mereka dan kerana keikhlasan mereka. (diriwayatkan oleh An-Nasai (3178) dan disahihkan oleh Al-Albani dalam sahih targhib wa tarhib)
Dan juga hadith:
“Berikan kabar gembira kepada umat ini dengan kemenangan, ketinggian dan juga kejayaan. Barangsiapa diantara mereka yang mengerjakan amalan akhirat untuk dunia, maka di akhirat nanti ia tidak mendapat apa-apa bahagian pun!!!”(Sahih Ibnu Hibban 405, Al-Arnauth mengatakan sanadnya hasan)
Islam tidak menolak dunia
Keikhlasan dan niat yang murni seseorang hamba dapat mengangkat amalan duniawi yang dikerjakannya dan menjadikannya bernilai ketaatan selagi mana ia tidak melanggar syariat.
Hal ini berdasarkan hadith:
“Sesungguhnya di setiap nafkah yang kamu keluarkan demi mengharap wajah Allah, kamu akan mendapatkan pahalanya; bahkan apa yang kamu suapkan ke mulut isterimu (turut mendapat pahala disebabkannya)’(H.R Bukhari)
Didalam menerangkan hadith di atas, Al-Imam An-Nawawi berkata, “Hadith ini membawa keterangan bahawasanya; jika sesuatu yang mubah (harus) itu dilakukan untuk mendapat redha Allah, ianya akan menjadi suatu ketaatan dan juga beroleh pahala disebabkannya ... misalnya,
- makan dengan niat untuk menguatkan badan supaya dapat menunaikan ibadah kepada Allah,
- tidur untuk beristirehat supaya dapat mengerjakan ibadah dengan segar sesudah tidur,
- bersenang-senang dengan isteri supaya dapat menjaga pandangan yang haram dan supaya dapat
melahirkan anak yang soleh.”(syarah Sahih Muslim, An-Nawawi:11/112)
Kerana itu golongan salaf seringkali menghadirkan niat yang baik untuk pelbagai amalan keduniaan selagi mana ia tidak bercanggah dengan syara’. Zubaid Al-Yami berkata, “Berniatlah untuk setiap amalan yang kamu inginkan kebaikan padanya, sekalipun disaat kamu pergi ke tempat pembuangan sampah.”(Jami’ul Ulum Wal Hikam, Ibnu Rajab:1/70)
Sebagaimana ikhlas mengangkat perkara yang mubah ke darjat ketaatan, maka riya’juga menjatuhkan ibadah khususiah dan membalikkannya menjadi kemaksiatan yang nista.
Allah s.w.t berfirman:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, Kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (Tidak bertanah). mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.(Al-Baqarah: 264)
Di dalam ayat ini Allah ‘Azzawajalla memberi perumpaan kepada orang yang berbuat riya’dengan batu licin yg di atasnya ada tanah, apabila hujan turun, maka hilanglah tanah itu.
Kata Ibnu Katsir:
Hujan itu menjadikan batu itu licin, tidak ada satu pun yang tinggal di atasnya, kerana semua tanah yang di atasnya telah hilang. Demikianlah halnya dengan amal perbuatan orang yang berbuat riya’, ianya akan hilang dan lenyap di sisi Allah, walaupun amalan tersebut nampak oleh mereka, sebagaimana tanah di atas batu tersebut. (Tafsir Ibnu Katsir)
GANJARAN PAHALA BERGANTUNG KEPADA USAHA DAKWAH, BUKANNYA KEPADA SAMBUTAN MANUSIA TERHADAP DAKWAH TERSEBUT!!!!
Kalau benarlah dakwaan ini, bagaimana pula dengan kebanyakan para rasul? Bolehkah kita mengggunakan penilaian ini terhadap mereka?
Lihatlah nabi Nuh a.s yg telah berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun. Walaupun tinggal bersama kaumnya dalam tempoh masa yg sangat panjang, hanya sedikit sahaja manusia yg menerima dakwahnya.
ولقد أرسلنا نوحاً إلى قومه فلبث فيهم ألف سنة إلا خمسين عاماً فأخذهم الطوفان وهم ظالمون
Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus Nuh kepada kaumnya, Maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim. (Al-Ankabut : 14)
حتى إذا جاء أمرنا وفار التنور قلنا احمل فيها من كل زوجين اثنين وأهلك إلا من سبق عليه القول ومن آمن وما آمن معه إلا قليل
Hingga apabila perintah kami datang dan dapur * Telah memancarkan air, kami berfirman: "Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang Telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkan pula) orang-orang yang beriman." dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit. (Hud : 40)
*yang dimaksud dengan dapur ialah permukaan bumi yang memancarkan air hingga menyebabkan timbulnya taufan.
Bagaimana pula dengan nabi-nabi yg lain?
Ada diantara mereka yg dibangkitkan pada hari kiamat nanti dengan seorang, dua, atau tiga orang pengikut. Begitu juga dengan peristiwa ketika mana nabi diisra’kan. Baginda pernah berjalan melewati seorang nabi dengan sejumlah besar pengikut bersama-sama dengannya, dan seorang nabi yang mempunyai sejumlah kecil pengikutnya dan juga seorang nabi yang tidak mempunyai seorang pengikutpun!!!!( H.R At-tirmizi 4/631)
Justeru, hakikat ini merupakan suatu bimbingan daripada Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w bahawasanya tugas baginda adalah untuk berdakwah dan menyampaikan risalah Islam dengan segenap kemampuannya, dan bukannya mengharapkan natijah daripadaNya.
فهل على الرسل إلا البلاغ المبين
Maka tidak ada kewajiban atas para rasul, selain dari menyampaikan (amanat Allah) dengan terang. ( An-nahl : 35)
Adapun tugas memberi hidayah pula adalah urusan Allah ‘Azzawajalla..
إنك لا تهدي من أحببت ولكن الله يهدي من يشاء
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. (Al-Qashash : 56)
b.Dengan kefahaman kita terhadap prinsip ini, tidaklah kita mengganggap bahawasanya kedudukan pendakwah itu akan jatuh disebabkan manusia berpaling daripada dakwahnya. Seorang pendakwah itu juga tidak boleh berputus-asa disebabkan oleh penentangan daripada kaumnya.
Sesungguhnya Allah s.w.t mengangkat kesusahan daripada nabiNya s.a.w dan tidak membebankannya melainkan apa yg baginda mampu
فلعلك باخع نفسك على آثارهم إن لم يؤمنوا بهذا الحديث أسفا
Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu Karena bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan Ini(Al-Quran). ( Al-Kahfi : 6)
ولا تحزن عليهم
dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka (An-Nahl : 127)
Ayat-ayat ini merupakan satu pujukan daripada Allah ‘Azzawajalla terhadap rasulNya yg telah bersungguh-sungguh menyampaikan dakwah sedangkan manusia berpura-pura pekak dan buta dengan apa yang baginda sampaikan.
Dan adalah menjadi suatu lumrah, bahawasanya hati yang penyayang akan berkecai ketika mana melihat manusia terjerumus ke dalam api neraka. Begitulah halnya yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w. ketika melihat kaumnya menolak dakwah baginda.
Oleh yang demikian,datanglah bimbingan daripada Rabbnya
فلعلك باخع نفسك على آثارهم إن لم يؤمنوا بهذا الحديث أسفا
Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu Karena bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan Ini (Al-Quran). ( Al-Kahfi : 6)
Dan demikian jugalah Allah ‘Azzawajalla mengangkat kesusahan daripada para pendakwah di kalangan umat Muhammad s.a.w dengan tidak membebankan mereka dengan manusia yang menolak dakwah mereka. Kerana Allah ‘Azzawajalla tidak membebankan seseorang melainkan sekadar yg ia mampu.
c. Prinsip ini juga merupakan penawar kepada mereka yang bersikap gopoh dalam dakwah yang sentiasa mengharapkan dan menunggu-nunggu kemenangan yang cepat. Mereka sentiasa menghubungkan kemenangan dengan jalan dakwah sehingga menyanggahi secara jelas prinsip-prinsip dakwah didalam Al-Quran dan As-Sunnah. Hal ini disebabkan oleh silap-faham mereka yang memandang dakwah daripada satu aspek sahaja iaitu aspek kemenangan tanpa memandang kepada aspek yang lain (cth: tribulasi dan penentangan dlm dakwah).
Sesungguhnya Al-Quran telah menegaskan bahawasanya diantara proses dakwah yg bersungguh-sungguh dan juga penerimaan terhadap dakwah tersebut, terdapatnya satu peringkat pertengahan yg sangat penting sekali (tidak dapat tidak). Sebagaimana firman Allah s.w.t. :
Sehingga apabila para Rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan mereka) dan Telah meyakini bahwa mereka Telah didustakan, datanglah kepada para Rasul itu pertolongan kami, lalu diselamatkan orang-orang yang kami kehendaki. dan tidak dapat ditolak siksa kami dari pada orang-orang yang berdosa. ( Yusuf : 110).
Berkata Ibnu Katsir: “Allah mengingatkan bahawa pertolongannya akan diberikan kepada para Rasul-NYA pada saat yang sangat genting dan penantian kemenangan daripada Allah pada saat-saat yang sangat diperlukan.” Allah befirman :
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah : 214)
Sesunguhnya Aisyah RA berpendapat bahwa prasangka yang dimaksud pada ayat tersebut di atas adalah prasangka pengikutnya dan bukannya prasangka Nabi kepada orang-orang yang didakwahinya. Aisyah mengatakan:
“Yang menyangka seperti itu adalah para pengikutnya yang telah beriman kepada Allah dan membenarkan-Nya, lalu mereka diuji dengan kesengsaraan dalam waktu yang cukup lama, sehingga kemenangan belum kunjung tiba, sampai para Rasul tidak punya harapan lagi terhadap kaum yang telah mendustakan mereka, dan mereka para Rasul juga mengira bahwa pengikut-pengikutnya telah didustakan oleh kaumnya.”
d.Namun prinsip dakwah ini tidak boleh ditafsirkan sehingga seseorang itu mengambil sikap sambil-lewa terhadap dakwah. Contohnya menganggap tugas dakwahnya sudah selesai walaupun usaha yang dilakukan tidaklah seberapa.
Rujukan: Kaedah-kaedah dakwah kepada Allah [Dr. Hammam Sa'id]
AL-FAHMU
Semoga Allah mengangkat darjat orang yang mendengar ucapanku lalu dia memahaminya. Beberapa banyak pembawa fiqh yang tidak fakih (tidak memahami fiqh). Tiga perkara yang kerananya hati seseorang mukmin tidak akan ditimpa dengki:
1.Mengikhlaskan amal kerana Allah
2.Memberi nasihat kepada para pemimpin kaum muslimin
3.Dan berpegang kepada jemaah mereka, kerana doa mereka mengelilingi mereka dari belakang mereka. (diriwayatkan oleh Al-Bazzar dengan sanadnya yang hasan)
Kefahaman atau kefakihan merupakan nikmat terbesar yang di anugerahkan oleh Allah s.w.t kepada hambanya. Tidaklah seseorang hamba itu dikatakan fakih melainkan ia benar-benar memahami ayat-ayat Allah dan kata-kata daripada rasulNya.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah memperelokkan wajah orang yang mendengar satu hadith daripada kami, lalu beliau menghafalnya sehingga menyampaikannya kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa kefahaman kepada orang yang lebih faham daripadanya dan kemungkinan orang yang membawa kefahaman bukanlah terdiri daripada orang yang faqih (fahim)…(hadith riwayat Abu Daud 3/321 dan at-Tirmizi:5/33 no 2659)
Seseorang itu mungkin boleh bergelar ‘ahli agama’ berdasarkan sijil-sijil yang diperolehinya ataupun boleh dipanggil sebagai ‘ustaz’ berdasarkan pengiktirafan masyarakat terhadapnya, tetapi mana mungkin seseorang itu boleh dianggap fakih disisi tuhannya sedangkan ilmu yang diperolehinya hanya sekadar hafalan yang tidak dihadam menjadi kefahaman.
Kelebihan seseorang hamba di sisi Rabbnya bukannya pada banyaknya penge’TAHU’an, hafalan dan ‘amalannya, tetapi kelebihan dan kemuliaan adalah disebabkan oleh kefahaman yang mendalam dan benar terhadap Al-Quran dan juga As-Sunnah.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya akan dijadikannya fakih(faham) dalam agama. Sesungguhnya aku hanyalah penyampai sedangkan Allah ‘Azzawajalla yang memberi. (Muslim no:1037)
‘Seseorang faqih itu lebih ditakuti oleh syaitan berbanding seribu orang ‘abid’ (hadith riwayat At-Tirmizi:5/46 no:2681)
Seseorang itu mestilah mengutamakan kefahaman daripada penghafalan dan juga mendahulukan ilmu sebelum beramal kerana pintu kepada kefahaman itu adalah ilmu yang benar. Manakala buah kepada kefahaman dengan ilmu yang benar itu tadi adalah amalan yang diterima oleh Allah s.w.t..
Jikalau amalan yang diterima itu merupakan hasil daripada kefahaman terhadap ilmu yang benar, maka bagaimanakah pula dengan ikhlas dan juga ittiba’ (mengikuti petunjuk rasul)? Bukankah itu merupakan syarat diterimanya amalan?
Kita katakan: Bagaimana mungkin seseorang itu boleh dikatakan ikhlas sedangkan dia sendiri tidak memahami hakikat ikhlas dan juga musuhnya iaitu riya’..bagaimanakah pula seseorang itu boleh dikatakan mengikuti petunjuk rasulnya sedangkan ibadahnya pula hanya berlandaskan hawa nafsunya (tidak dengan wahyu)..dia mungkin boleh berkata bahawa Allah dan rasulNya merupakan ikutan tetapi dalam beribadah dia mungkin beramal dengan ibadah yang tidak jelas sumbernya atau diragui keasliaannya disebabkan jahil dengan sunnah Baginda s.a.w..
Justeru, bukankah kefahaman juga diperlukan untuk mengetahui hakikat ikhlas dan merawat kejahilan manusia terhadap As-Sunnah?
Oleh itu, Allah s.w.t telah memilih orang yang ikhlas dengan menjadikannya fakih dalam agamanya.
Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan pada dirinya,nescaya Allah akan menjadikannya fakih(faham) dalam agama.(H.R Bukhari, kitab Al-Ilm, no:71)
Kefahaman itu dapat menyempurnakan keikhlasan dan juga amalan seseorang.
Berbeza pula dengan golongan yang ditutup pintu hati mereka oleh Allah s.w.t dalam memahami agamaNya. Mereka ini kuat beribadah kepada Allah s.w.t namun lemah dari sudut kefahaman. Sejarah juga telah menunjukkan kewujudan golongan ini yang telah banyak menumpahkan darah umat Islam iaitu golongan khawarij. Mereka inilah yang dijelaskan oleh nabi sebagai ‘’sejahat-jahat akhlak dan makhluk’’(H.R muslim 2/751 no:1067). Mereka kuat membaca Al-Quran, tetapi bacaan mereka itu tidak melepasi kerongkong mereka (diriwayatkan oleh Ad-Darimi dengan sanad yang sahih).
Dalam riwayat yang lain;
“Sesungguhnya dia mempunyai pengikut-pengikut yang salah seorang daripada kamu akan memandang hina solatnya kalau dibandingkan dengan solat mereka dan memandang hina puasanya kalau dibandingkan dengan puasa mereka, mereka membaca Al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka.”(Fathul Bari: 6/714 no 3610)
Sesungguhnya mereka ini mempunyai sikap ta’asub terhadap kelompok mereka sedangkan sikap ini tidak layak dimiliki oleh orang yang ikhlas dalam beramal. Mereka juga mencabut ketaatan mereka terhadap pemimpin kaum muslimin. Di dalam hati mereka ada penyakit iaitu nifak…
Tidak faqih juga merupakan tanda-tanda orang munafik. Allah s.w.t telah berfirman:
Dan apabila diturunkan satu surah, sebahagian mereka memandang kepada sebahagian yang lain (sambil berkata): “Adakah, seseorang dari (orang-orang muslim) yang melihat kamu?” sesudah itu mereka pun pergi. Allah telah memalingkan hati mereka disebabkan mereka adalah kaum yang tidak faqih(faham).” (At-Taubah 9:127)
Ibnu Katsir berkata, “Firman Allah s.w.t ini juga memberikan penjelasan tentang karakteristik orang-orang munafik bahawa mereka jika diturunkan satu surat kepada Rasulullah s.a.w, sebahagian mereka memandang pada sebahagian yang lain atau menoleh. Maksudnya berpaling daripada kebenaran.”(Tafsir Ibnu Katsir Jilid 2 hal 347).
Mukmin yang fakih dalam agamanya adalah mereka yang bersih hatinya daripada sifat nifak dan hasad dengki. Kerana itulah mereka ini sentiasa mengikhlaskan amal kerana Allah, sentiasa memberi nasihat kepada para pemimpin kaum muslimin dan selalu berpegang teguh kepada jemaah kaum muslimin.
Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang keluar daripada ketaatan (terhadap pemerintah) dan memisahkan diri daripada al-Jama’ah jika dia mati, dia mati dalam keadaan jahiliyah. (Muslim 3/1477)
Daripada ‘Abdullah bin Umar r.a, daripada Nabi S.A.W, sabda baginda: “Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintah melakukan maksiat, maka tidak perlu lagi dengar dan taat.”(riwayat Al-Bukhari jilid6/ no 2612)
Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga perkara dan memurkai kamu dalam tiga perkara. Dia meredhai kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukan-Nya sedikit pun, berpegang teguh pada tali Allah dan menasihati orang yang Allah jadikan sebagai pemerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu jika banyak bercakap (perkara yang tidak berfaedah), membazirkan harta dan banyak bertanya(pertanyaan yang tidak memberi faedah). (riwayat Imam Malik 2/169)
Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangannya(penguasa itu) dan bersendirian dengannya(menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka). Jika diterima, maka dia Berjaya. Jika tidak, dia(penasihat itu) dianggap telah menunaikan kewajipannya (riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam As-Sunnah dengan sanad yang hasan).
Kefahaman yang sahih merupakan cahaya yang dicampakkan oleh Allah s.w.t ke dalam hati hambaNya, menyebabkan dia boleh membezakan di antara yang sahih dan yang fasid, hak dan batil, petunjuk dan kesesatan. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mendapatkan kefahaman yang benar dan mendalam. Kata Muhammad Abdullah Al-Khatib, “Bersungguh-sungguhlah wahai saudaraku dalam mendapatkan kefahaman yang sejahtera dan teliti. Iaitu kefahaman yang menembusi perkara-perkara yang dalam, meletakkan setiap perkara pada tempatnya tanpa cuai dan melampau. Kefahaman yang suci murni dan syumul (Nazarat Fi Risalah Ta’lim).








