Bayangan Gaza Dalam Al Qur'an



Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Sekatan dan kepungan yang dikenakan terhadap saudara kita, kaum Muslimin di Genting Gaza memiliki banyak persamaan dengan apa yang diceritakan oleh Allah swt di dalam surah Al-Buruj iaitu kisah kepungan terhadap kaum Muslimin di salah satu perkampungan di Yaman di mana mereka dihancurkan dengan cara dibakar.

Allah swt berfirman :
"Demi langit yang mempunyai gugusan bintang. Dan hari yang dijanjikan. Dan yang menyaksikan dan yang disaksikan. Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit (iaitu pembesar-pembesar Najran di Yaman). Yang berapi (dinyalakan dengan) kayu api. Ketika mereka duduk di sekitarnya. Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu." (QS Al-Buruj : 1-9) 

Jika pembakaran dalam peristiwa Ashabul Ukhdud dilakukan dengan kayu api, maka pembantaian di zaman ini dilakukan dengan berbagai cara seperti :
1. Bom. 
2. Pesawat Terbang. 
3. Granet. 
4. Senjata-senjata terlarang seperti `Fosforus'.

Jika sekatan dan kepungan terhadap kaum Mukminin dalam kisah Ashabul Ukhdud didalangi oleh segerombolan orang Kafir yang zalim, maka sekarang, ianya dipimpin oleh orang-orang yang terkeji (Yahudi-Zionis) dari kalangan manusia, yang sangat memerangi kaum Mukminin.

Mereka juga berkonspirasi dengan orang-orang Musyrik untuk memerangi kaum Muslimin, tetapi Allah swt telah terlebih dahulu menunjukkan kezaliman mereka dalam Al Qur'an.

PERUTUSAN PRESIDEN IKRAM

PERUTUSAN PRESIDEN IKRAM

Sempena Ulang Tahun Pertama Pendaftaran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

15 Zulkaedah 1431 bersamaan 23 Oktober 2010 

بسم الله الرحمن الرحيم  ...... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agamaNya, melengkapkan nikmatNya dan merelai Islam sahaja sebagai al-Din, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah………. Amin!

              Semoga seluruh warga Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), anggota keluarga mereka, seluruh ummat Islam di Malaysia dan dunia sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera, sentiasa mentaati Allah s.w.t, memajukan diri serta memperkembangkannya hari demi hari supaya menjadi lebih baik dengan perjalanan masa, mampu menambah bakti kepada agama yang kita imani dan ummah yang kita sayangi.

Peristiwa di bulan Zulkaedah

Sumber dari http://zadud-duat.blogspot.com/2010/10/peristiwa-di-bulan-zulkaedah.html

Oleh: ‘Atif Abdul Hadi


Bulan Zulkaedah adalah bulan Arab dan Islam yang mulia, salah satu bulan-bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab), dan salah satu bulan haji (Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah). Pada bulan yang agung ini berlaku beberapa peristiwa menarik yang telah ditempuh oleh tentera Islam. Kami akan bicarakan beberapa peristiwa yang berlaku pada bulan ini semoga ianya menjadi peringatan, pengajaran supaya umat kita mencapai kemajuan, kemuliaan dan ketuanan seperti sebelumnya.

kuliah mingguan tafsir

tarikh : ahad (3/10/10)
masa: maghrib - isyak
tempat: musolla mahallah talhah im2
penceramah : ustaz muzakkir

diharapkan ekhwah semua dapat hadir dan ajak sahabat2 yg lain seramai-ramainya..

JAMUAN RAYA IPT IKRAM KUANTAN

Mari Saling Bermaafan

InsyaAllah IKRAM Kuantan akan mengadakan JAMUAN RAYA utk ikhwah-ikhwah di IPT seluruh kuantan. Maklumat program seperti berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu,25 September 2010
Tempat: IM5, Atas BSN
Masa: 7.30 p.m. hingga 10 p.m.

Semua ikhwah digalakkan bawa kuih raya.

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan(perasaan si penerima). Allah Maha Kaya Lagi Maha Penyantun. (Al-Baqarah: 263)

Ucapan Takziah di Atas Pemergian Ustaz Dahlan Mohd Zain

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin merakamkan ucapan takziah kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) di atas pemergian Ustaz Dahlan Mohd Zain. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada hari Sabtu, 18 September 2010.

Allahyarham merupakan seorang murabbi dekad ini yang telah banyak berbakti kepada pembentukan rijal-rijal dakwah dan pembangunan ummah islamiah. Semoga roh Allahyarham ditempat bersama para solihin da muqarrabin. Amin ya Rabbal A'lamin

MULA FASA GEAR 5


Pejam celik sudah dua fasa Ramadhan yang telah kita lalui. Kini, tinggal fasa yang terakhir yang dalamnya terkandung 10 malam yang mungkin di salah satu malam itu terpilih sebagai malam lailatulqdar. Rasulullah SAW bersabda: "Carilah (malam qadar) itu pada sepuluh akhir dari bulan Ramadhan"(HR. Ahmad dan Bukhari).

Jika Ramadhan yang lalu kita terlepas untuk mengimarahkannya sebaik mungkin, maka tahun ini jangan lagi peristiwa itu berulang lagi. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Seharusnya apabila sudah masuk ke fasa ini, kita patut rasa gelisah dengan amalan-amalan yang telah kita lakukan sepanjang 19 hari yang lepas. "Sudahkah ibadah-ibadah ini membuah takwa?" Atau kita masih sama seperti sebelum kita masuk ke bulan penyucian jiwa ini. Mulut kita masih melafaz kata-kata yang tak bermanfaat, mata kita masih liar memandang ke sana ke mari atau nafsu mahu beraya sudah lebih besar menewaskan semangat ingin mengimarah 10 malam Ramadhan yang terakhir?

Jadi bagaimana mahu kita manfaatkan malam-malam yang berharga ini? Salah satu jawapannya ialah melalui amalan iktikaf. Amalan yang jarang kita lakukan di bulan-bulan lain namun disukai oleh Rasulullah saw terutamanya di bulan Ramadhan. Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang ingin i'tikaf dengan ku, hendaklah ia beri'tikaf pada 10 hari terakhir Ramadhan" (HR. Bukhori). Dalam sebuah hadith yang lain: Rasulullah SAW. bersabda: "Siapa yang beri'tikaf sehari demi mengharapkan keridhaan Allah Ta'ala semata, maka Allah benkenan membuat antara dia dan api (neraka) tiga buah parit, tiap parit lebih jauh dari masyriq dan maghrib" (HR. Thabrani)."

Apa lagi yang kita nantikan? Ayuh kita penuhi masjid-masjid di sekitar Kuantan ini. Bukan sahur free yang kita kejar.. Tapi redha Allah dan takwa ini yang mahu dilatih. Disamping ganjaran lailatulqadr dan pahala iktikaf yang besar. Ajak sahabat-sahabat bersama dengan kita untuk iktikaf di masjid, mulakan dengan 10 hari ini moga terbiasa setelah Ramadhan berlalu. Hidupkan amalan- amalan seperti tadarus al-quran, solat, dzikir, sedekah, taqarrub dan munajat pada Allah. Mari kita hidup dengan mencontohi sunnah baginda. Seperti dalam sebuah hadith," Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga (Hadith Riwayat Bukhari).

Rasailah kemanisan Ramadhan bersama di rumah-rumah Allah, hangatkan ukhuwwah diantara kita dalam jalan membina takwa di bawah payung Ramadhan, tinggalkan keselasaan di bilik untuk kita mengejar sesuatu yang lebih besar dari seribu bulan. Kita berdoa pada Allah semoga Ramadhan ini kita tinggalkan dengan perubahan diri pada diri kita kepada yang lebih baik, sesuai dengan gelaran `Madrasah Ramadhan' yang mendidik jiwa si pengemban dakwah perindu Syurga Abadi. Selamat beramal.

Tulisan Oleh:- DinulHaq Ibnu Nasr.