MULA FASA GEAR 5

Pejam celik sudah dua fasa Ramadhan yang telah kita lalui. Kini, tinggal fasa yang terakhir yang dalamnya terkandung 10 malam yang mungkin di salah satu malam itu terpilih sebagai malam lailatulqdar. Rasulullah SAW bersabda: "Carilah (malam qadar) itu pada sepuluh akhir dari bulan Ramadhan"(HR. Ahmad dan Bukhari).
Jika Ramadhan yang lalu kita terlepas untuk mengimarahkannya sebaik mungkin, maka tahun ini jangan lagi peristiwa itu berulang lagi. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Seharusnya apabila sudah masuk ke fasa ini, kita patut rasa gelisah dengan amalan-amalan yang telah kita lakukan sepanjang 19 hari yang lepas. "Sudahkah ibadah-ibadah ini membuah takwa?" Atau kita masih sama seperti sebelum kita masuk ke bulan penyucian jiwa ini. Mulut kita masih melafaz kata-kata yang tak bermanfaat, mata kita masih liar memandang ke sana ke mari atau nafsu mahu beraya sudah lebih besar menewaskan semangat ingin mengimarah 10 malam Ramadhan yang terakhir?
Jadi bagaimana mahu kita manfaatkan malam-malam yang berharga ini? Salah satu jawapannya ialah melalui amalan iktikaf. Amalan yang jarang kita lakukan di bulan-bulan lain namun disukai oleh Rasulullah saw terutamanya di bulan Ramadhan. Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang ingin i'tikaf dengan ku, hendaklah ia beri'tikaf pada 10 hari terakhir Ramadhan" (HR. Bukhori). Dalam sebuah hadith yang lain: Rasulullah SAW. bersabda: "Siapa yang beri'tikaf sehari demi mengharapkan keridhaan Allah Ta'ala semata, maka Allah benkenan membuat antara dia dan api (neraka) tiga buah parit, tiap parit lebih jauh dari masyriq dan maghrib" (HR. Thabrani)."
Apa lagi yang kita nantikan? Ayuh kita penuhi masjid-masjid di sekitar Kuantan ini. Bukan sahur free yang kita kejar.. Tapi redha Allah dan takwa ini yang mahu dilatih. Disamping ganjaran lailatulqadr dan pahala iktikaf yang besar. Ajak sahabat-sahabat bersama dengan kita untuk iktikaf di masjid, mulakan dengan 10 hari ini moga terbiasa setelah Ramadhan berlalu. Hidupkan amalan- amalan seperti tadarus al-quran, solat, dzikir, sedekah, taqarrub dan munajat pada Allah. Mari kita hidup dengan mencontohi sunnah baginda. Seperti dalam sebuah hadith," Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga (Hadith Riwayat Bukhari).
Rasailah kemanisan Ramadhan bersama di rumah-rumah Allah, hangatkan ukhuwwah diantara kita dalam jalan membina takwa di bawah payung Ramadhan, tinggalkan keselasaan di bilik untuk kita mengejar sesuatu yang lebih besar dari seribu bulan. Kita berdoa pada Allah semoga Ramadhan ini kita tinggalkan dengan perubahan diri pada diri kita kepada yang lebih baik, sesuai dengan gelaran `Madrasah Ramadhan' yang mendidik jiwa si pengemban dakwah perindu Syurga Abadi. Selamat beramal.
Tulisan Oleh:- DinulHaq Ibnu Nasr.
Perutusan Ramadhan Presiden IKRAM
بسم الله الرحمن الرحيم ...... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agamaNya , melengkapkan nikmatNya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah ………..Amin!
Semoga seluruh warga Pertubuhan IKRAM Malaysia, anggota keluarga mereka , seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera, sentiasa mentaati Allah s.w.t , memajukan diri serta memperkembangkannya hari demi hari supaya menjadi lebih baik dengan perjalanan masa, mampu menambah bakti kepada agama yang kita imani dan Ummah yang kita sayangi
Ucaptama Sempena Majlis Pelancaran IKRAM
Melaksanakan Misi, Menjayakan Visi
Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM
Presiden IKRAM
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهديه باحسان الى يوم الدين أما بعد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tuan-tuan, puan-puan serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Sudah lebih 52 tahun kita meninggalkan era penjajahan terhadap negara ini. Berbagai-bagai peristiwa penting telah terjadi; sudah 12 kali pilihan raya berlangsung dan pemimpin silih berganti. Namun keadaan kita hari ini masih tidak menepati sasaran hidup masyarakat Islam yang maju dan berjaya. Kita masih tidak ditadbir oleh kepemimpinan Islam yang berwibawa. Kita masih tidak dinaungi peraturan hidup atau syariah yang adil yang mengatur urusan negara dan kehidupan rakyat sepenuhnya tanpa pengecualian.
LAGU IKRAM
IKRAM
Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne
Lagu oleh: Saff One
Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010
Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa
Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini
Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan
Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Qur’an
Menuruti as-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan
Subscribe to:
Posts (Atom)

