SELAMAT PENDEK UMUR!
Kemelut integrasi Uighur - Han
BERBANDING Tibet, kemelut etnik di Xinjiang tidak begitu mendapat perhatian media antarabangsa. Meskipun krisis itu sudah berpanjangan kira-kira lima dekad lamanya, namun nasib yang menimpa penduduk Xinjiang seolah-olah terpinggir.
Malah, Beijing sendiri tidak begitu serius dalam menangani permasalahan sebenar yang membelenggu wilayah tersebut. Bagaimanapun rusuhan etnik antara Uighur dan Han yang mengorbankan tidak kurang 180 nyawa di bandar Urumqi, Xinjiang minggu lalu membuka mata banyak pihak.
Agak menarik, Beijing membuka pintu yang luas kepada wartawan asing untuk membuat liputan mengenai konflik tersebut. Keadaan itu sangat berbeza dengan dasar China sebelum ini yang mengenakan kawalan ketat kepada media asing.
2 TANDA MENCINTAI ALLAH
Kalau Cinta, Rindu Untuk Bertemu.Bagaimana sikap kita dengan janji temu (solat) dengan Allah? Apakah kita datang seawal waktu atau sering menunggu-nunggu masuknya waktu solat? Jika ya, itu petanda yang kita cintakan Allah. Sekiranya setiap kali menjelang waktu solat kita telah siap sedia berwuduk, menunggu di saf hadapan dengan pakaian yang paling bersih, ditambah pula dengan haruman minyak wangi…Alhamdulillah, itu petanda cinta. Jika kesempatan ‘dating’ dengan kekasih ditunggu-tunggu saat dan ketikanya, maka seharusnya lebih-lebih lagi dengan Allah yang kita cintai.
Jika solat lewat (apalagi langsung tidak solat), datang dengan enggan, muka masam, berat tulang dan pakaian berserabut, itu petanda tidak cinta. Tidak fokus. Sambil lewa pula. Solat mahu selesai cepat. Apakah seorang kekasih ingin segera berpisah dalam pertemuannya dengan kekasihnya? Adakah seorang kekasih sampai lewat untuk janji temunya? Atau berpakaian serabut, kusut masai dan berbau ketika menemui kekasihnya? Tidak mungkin. Tetapi jika itulah sikap kita, ertinya kita tidak cinta kepada kekasih itu. Maka begitulah juga ukuran cinta kita kepada Allah. Perlu ada rindu, bukan jeu untuk bertemu.
Kalau Cinta, Suka Apabila Disuruh.
Seorang kekasih sentiasa suka ‘disuruh’ oleh kekasihnya. Kesusahan walau sebesar mana tidak diperkirakan. Asal maksud kekasih dipenuh, tidak kira apa akan ditempuhi (katanya lautan api pun sanggup direnangi). Oleh kerana amat suka disuruh, hati sentiasa menunggu-nunggu bila hendak disuruh. Bila lagi? Apa lagi? Begitulah detik hati selalu. Pantang disuruh, macam lipas kudung, segera dilaksanakan.
Begitulah orang yang cintakan Allah, sentiasa suka apabila diperintah. Bila ada sesuatu disuruh buat, terus dibuat. Tanpa tanya-tanya lagi. Apabila sesuatu diuruh tinggal, terus ditinggalkan. Sami’na wa ato’na – kami dengar dan kami taat. Itulah bukti cinta. Sebarang suruhan daripada Tuhan akan segera dilaksanakan. Malas, letih, susah, sakit, miskin dan lain-lain tidak menjadi halangan. Bagaimana kita?
Mereka ini sentiasa proaktif dan mencari-cari apa lagi suruhan Tuhan yang hendak dilaksanakan. Bila dapat dilaksanakan, alangkah bahagianya dirasakan.
Sekarang, apa respon kita terhadap perintah Allah dan larangannya? Ya, mungkin kita melaksanakannya, namun apakah hati kita suka ketika melakukannya. Contohnya, solat Subuh. Ya, memang kita telah solat Subuh, tetapi apakah kita suka dan ceria ketika melaksanakannya. Cermin muka kita…apakah tersenyum ria setiap kali bagun Subuh? Atau masam mencuka, melangkah ke bilik air dengan langkah malas, lesu dan terpaksa?
Jika ada rasa terpaksa, untuk bangun solat, itu petanda belum cinta. Besar bezanya antara orang yang mengatakan ‘I have to pray (Saya kena solat)’ dengan orang yang berkata, ‘I need to pray (Saya perlu solat).’ Memang kedua-duanya sama-sama sembahyang. Tetapi seorang kerana suka, seorang lagi kerana terpaksa. Yang seorang sudah cinta, yang seorang lagi belum cinta.
Seorang Pahlawan dan Seorang Rahib
Seorang Pahlawan yang terkenal amat dihormati dan digeruni di dalam negaranya. Para serdadu bawahan amat menyanjungi dan takutkan akan beliau. Sesiapa sahaja yang mencabar beliau akan pasti dapat dikalahkannya. Maka pada satu hari ketika pahlawan hebat ini berjalan dengan lagak yang sombong dan angkuhnya di pasar, beliau telah ditegur oleh seorang rahib yang sedang duduk memerhatikan gelagat manusia di pasar.
Sang rahib tersenyum menyindir dan menegur. "Wahai anak muda, adakah kau pahlawan yang sering disanjungi itu?". Dengan pandangan yang menyindir melalui lirik anak matanya, beliau segera menjawab "Akulah yang mereka sanjungi itu". Sang rahib masih lagi tersenyum dan berkata, "Sayang sekali, kau masih lemah dan tidak selayaknya disanjungi itu". Pahlawan yang gagah itu pun naik berang dan mula mengangkat suaranya. "Jangan kau mencabar aku wahai rahib, sekali aku tumbuk, aku pasti semua tulang-tulangmu akan patah remuk!". Dengan perasaan marah, si pahlawan meninggalkan sang rahib.
Tidak lama selepas peristiwa tersebut, berlaku peperangan di antara negeri tersebut dengan negeri jiran yang berdekatan. Negeri itu telah kalah teruk, serdadu mereka ramai yang telah terbunuh. Negeri jiran berjaya menawan negeri berkenaan. Di dalam keadaan yang parah dan luka, sang pahlawan yang gagah itu terpaksa mencari perlindungan di hujung kota. Beliau segera terjumpakan sang rahib.
Sang rahib pun bertanya. "Apakah yang telah berlaku kepada dirimu wahai pahlawan yang gagah?". Sang pahlawan dengan malunya berkata, "Benar katamu, aku amat lemah dan tidak segagah yang aku sangkakan wahai rahib". Sang rahib memegang bahu si pahlawan dan berkata,"Kau tersilap, sekarang kau telah menjadi gagah dan menyedari kekuatanmu. Kekuatan seorang pahlawan ialah apabila dia menyedari kelemahan dirinya dan berusaha mengatasinya. Bangkitlah wahai pahlawan, binalah kekuatanmu dan kumpulkan serdadu yang baru untuk bangkit menyerang semula!".
Selepas setahun sang pahlawan berjaya mengumpulkan tenteranya semula dan menyerang negeri jiran tersebut. Mereka telah menang dan berjaya memerdekakan negara tersebut. Pahlawan itu sedar bahawa kekalahan negerinya sebelum itu hanyalah merupkan permulaan untuk kejayaan yang sebenar...
Bagaimanakah pula dengan dirianda?, apakah anda di puncak kelemahan ataupun pada permulaan kekuatan diri?
Ayuh, jangan biarkan rebahnya diri menjadi alasan untuk tidak bangkit semula!
Ya Allah!
Ya Allah!
Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.
(QS. Ar-Rahman: 29)
Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung, dan angin bertiup kencang menerjang, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru: "Ya Allah!"
Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kenderaan menyimpang jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya, mereka akan menyeru: "Ya Allah!"
Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi, mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah!"
Ketika pintu-pintu permintaan telah tertutup, dan tabir-tabir permohonan digeraikan, orang-orang mendesah: "Ya Allah!"
Yg dilakukan apabila mendapat khabar gembira
Aku hidup di bawah naungan Al-Quran 2
KEHARMONIAN KAUM DAN SIFAT SALING MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN MELALUI USAHA DAKWAH KEPADA BUKAN ISLAM.
Karnival Harmoni 2009 bertujuan menyemarakkan lagi agenda keharmonian masyarakat Malaysia yang berbagai kaum, bangsa dan agama. Karnival Harmoni 2009 cuba mewujudkan suasana dakwah dan kefahaman asas-asas Islam secara meriah, kreatif, interaktif, santai dalam kepelbagaian kaum dibawah satu bumbung pada masa yang sama yang mudah difahami oleh orang ramai terutamanya masyarakat bukan Islam.Corak perjalanan Karnival ini akan menimbulkan kefahaman yang jelas dan menyerlah. Segala bentuk tanggapan negatif , konservatif dan salah faham terhadap Islam akan dapat dihapuskan .Kejernihan serta keunggulan Islam agama sejagat akan direalisasikan dalam karnival ini melalui program dan aturcara yang telah disusun rapi .Harapan dan matlamat kami agar usaha dakwah ini akan diberkati Allah dan berjaya mencapai objektifnya.
Kami dengan ini mengajak semua pihak termasuk pihak media agar bersama-sama JIM-Hidayah Centre memainkan peranan menyeru menjayakan dan memeriahkan lagi program Karnival Harmoni 2009 ini. Kami mengalu-alukan segenap lapisan masyarakat terutamanya masyarakat bukan Islam di sekitar Lembah kelang, bersama ahli keluarga,rakan taulan dan jiran tetangga, beramai-ramai datang mengunjungi Karnival Harmoni 2009 ini.
Sedikit maklumat mengenai program tersebut:
Tarikh Program Karnival Harmoni : 22 – 24 Mei 2009 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Waktu: 10 pagi – 10 malam setiap hari
Tempat : Aras G, Concourse Summit USJ Subang Jaya
Masuk adalah Percuma
Program-Program menarik:
Pameran dan Jualan,persembahan tarian singa, pertunjukan seni mempertahankan diri silambam, gendang masyarakat India,tarian pelbagai bangsa Arab, nasyid, forum, pertandingan melukis kanak-kanak, cabutan bertuah dan banyak lagi. Agenda penuh disertakan bersama.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
* Pejabat Hidayah Centre di talian 03-41089669
* Tuan Haji Muhamad Sylvester, Pengerusi Hidayah Centre ( 019 3335549)
* En Nashiruddin Mohd Tahir, Pengarah Karnival Harmoni 2009 (019-3850732)
Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh.
NASHIRUDDIN MOHD TAHIR
Pengarah Program
Karnival harmoni 2009.