WELCOME TO REJAB!


60 hari lagi sebelum Ramadhan Insya Allah :-)

“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”
(Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan).

Dr Mohamed Morsi calon Presiden Mesir: Kenyataan bersama IM dan FJP

Dr Mohamed Morsi calon Presiden Mesir

Dalam fasa yang kritikal dalam sejarah kita, kumpulan dan gerakan pro-revolusi yang popular, yang telah bertekad untuk mencapai matlamat revolusi ini – terutama penyerahan kuasa kepada institusi perlembagaan yang terpilih dan penyempurnaan proses transformasi yang demokrasi, sedang melawan kuasa-kuasa rejim yang lalu yang berusaha untuk mengembalikan kuasa dengan cengkaman, korupsi dan kezaliman.

Rakyat Mesir telah melancarkan suatu revolusi yang diberkati pada Januari 2011 untuk memperoleh kebebasan yang berdaulat dan bermaruah, untuk meletakkan kebenaran dan keadilan, untuk memperbaiki taraf kehidupan, dan menaikkan taraf negara mereka ke peringkat yang selayaknya di kalangan negara-negara lain, di peringkat serantau dan antarabangsa; dan mereka telah menyerahkan pentadbiran negara kepada Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) dalam tempoh peralihan tidak melebihi dari enam bulan.

SIBUK KITA vs SIBUK RASULULLAH


"Saya sibuk ni..."

"Tak sempat datang usrah kot.."
"Sibuklah. Banyak assignment..."
~Dialog manusia hari ini (Saya mengaku, saya salah seorang daripada mereka)~

Hari ini kita merungut menyatakan kita sibuk..namun, cuba tanya diri kita kembali, adakah kesibukan diri kita menandingi KESIBUKAN Ar-Rasul..tahukah kamu, bahawa Rasulullah s.a.w merupakan MANUSIA YANG PALING SIBUK..namun, kita dapat lihat bagaimana dalam kesibukan, Baginda masih memperuntukkan masa untuk BERIBADAH kepada Allah sehingga BENGKAK KEDUA KAKINYA sedangkan beliau telah DIJANJIKAN SYURGA..

Sesungguhnya Baginda melakukan semua itu kerana mahu menjadi HAMBA yang bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah memberinya BANYAK NIKMAT..cuba ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t..

Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:
  1. Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
  2. Bermunajat kepada Allah setiap malam
  3. Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
  4. Berperang di jalan Allah
  5. Melayani isteri-isteri
  6. Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya
  7. Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  8. Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
  9. Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin
  10. Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)

Tetapi kita..sibuk kerana hanya beberapa perkara:
  1. Assignment, assignment dan assignment
  2. berFacebook, Youtube
  3. Dating dengan kekasih
  4. menziarahi Tesco, Jusco
  5. tengok drama korea, movie marathon dan lain-lain..

Melihat perbandingan hidup kita dengan Rasulullah, Baginda telah benar-benar hidup dengan kehidupannya..sedangkan kita telah MEMATIKAN DIRI sebelum kematian..Allah BERSUMPAH DENGAN MASA, dalam membicarakan kerugian manusia :
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…" (Surah Al-Asr: 1-2)

p/s: SIBUKKANLAH DIRI dengan Islam di usia muda ini, kerana jika sudah mula bekerja, lebih sukar..kejar pointer dunia jangan sampai LUPA pointer akhirat..hidup di dunia bukan selama-lamanya pun..CGPA akhirat JAUH lagi penting yang perlu kita accumulated..♥♥

:: Ya Rasulullah, ajarkanlah aku erti susah..erti tarbiyah, erti kesibukkan seperti dirimu ::

sumber: Facebook


ASY-SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA

Assalamualaikum

Tepat 12 Februari 2012, rakyat Mesir bergembira merayakan ulangtahun pertama kejatuhan salah seorang dari pemerintah yang dikategorikan dalam “Mulkan Jabriyyan” iaitu penguasa yang memaksakan kehendak mereka yang bertentangan dengan hukum Allah yang Maha Adil.

Namun, 63 tahun yang lepas iaitu pada tanggal 12 Februari 1949 adalah hari di mana Imam Hasan Al Banna menemui Tuhannya di bumi yang sama, bergelimang darah serta syahid di atas jalan yang ia lalui untuk menegakkan syariat Allah dan menghancurkan sembahan selainNya.

PERIBADI YANG DIBERI ILHAM
Nama "Hasan Al-Banna" sentiasa melekat dengan jamaah Al-Ikhwan Al-Muslimun kerana beliau adalah pengasas dan menjadi Mursyid `Am pertama jamaah tersebut.

Musuh-musuh Islam mengira bahwa setelah mereka membunuh pendiri, mursyid dan pemimpin jamaah ini, mereka juga telah meruntuhkan Ikhwanul Muslimin, mencabut akar kekuatannya, menghentikan langkahnya dan menghancurkan gerakan pembaharuan Islam yang telah membangunkan hati rakyat dan kaum muslimin secara keseluruhan.

SMART CAMP!


JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI & JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENYESAL DI KEMUDIAN HARI!

Syeikh Ahmad Yassin

Hari ini, 22 Mac 2012 genap sudah 8 tahun syahidnya bapa intifadah Palestin iaitu As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. Beliau dibunuh Zionis pada pagi 22 Mac 2004 ketika diperjalanan balik ke rumah selepas menyelesaikan Solat Subuh. Beliau merupakan Ketua/Pengasas HAMAS & Mursyid Am Ikhwan Al-Muslimin di Palestin.
Antara kata2 beliau sebelum syahid, "Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi."

Semoga roh perjuangan beliau terus bersama umat Islam akhir zaman ini. Al-Fatihah!

Semoga kita tidak lupa tarikh syahidnya Sheikh Ahmad Yassin - 22 Mac 2004. 
 Tiga minggu selepas itu Dr Abdul Aziz Rantisi pula menyusul...

DI SANA SYURGA MENANTI

Tatkala pertemuan susunan ilahi,
Kau celikkan hatiku dengan kalimah suci,
Sesat aku dalam dunia ilusi,
Kau pimpinku tuju jalan diredhai..

Dunia kini kejam penuh noda,
Hati yang kelam bertambah derita,
Hanya cahaya dari agama,
Penerang jalan menuju syurga

Usah tunduk berdiam diri, lesu,
Ayuh bangkit para da'ie manusia diseru,
Menuju jalan Allah yang satu,
Memegang tali Allah tanpa ragu.

Ya Allah, satukanlah hati kami,
Untuk bertaqwa pada mu setiap hari,
Jauhkan noda dunia dari diri,
Moga di sana syurga menanti...

Hasil nukilan:-
Akh Aizuddin

MUHASABAH


Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
....................................................................................................................................................
RINTIHAN

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya. (H.R. Bukhari dan Muslim)

ADAKAH KITA KAUM YANG BERAMAL?

muwajjih sedang menyampaikan taujihatnya

Alhamdulillah, pada 24 September yang lepas, suatu daurah yg bertajuk "Nahnu Qaumun 'Amaliyyun" telah diadakan. Daurah ini adalah sebahagian daripada agenda dalam program Temasya Tarbiyah IKRAM (TTI) Pahang untuk bulan September. Daurah ini dikupas dan disampaikan oleh Syeikh Mohamad Hamed Elewa. Memandangkan penyampaian adalah dalam Bahasa Arab, justeru, ustaz Muhaimin dijemput sebagai penterjemah. Kedua-dua mereka menyampaikan taujih dengan penuh bersemangat. Maka, para peserta daurah juga sungguh bersemangat untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu yang disampaikan. Pengisian juga tidak membosankan kerana diselangi dengan LDK yang dapat menguji dan menambah kefahaman para peserta.

antara peserta yg hadir

Daurah ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang. Kehadiran adalah sangat memberangsangkan di kalangan ikhwah dan akhawat sekitar Pahang. Alhamdulillah, pengisian daurah ini sangat bermanfaat dan mampu memberi kefahaman kepada para peserta yang hadir.

Terdapat sepuluh ciri-ciri kaum yang beramal. Sepuluh ciri-ciri tersebut ialah:
  1. Ikhlas keran Allah. 
  2. Baik akhlak / hubungan dengan Allah. 
  3. Memantapkan ukhuwwah. 
  4. Thiqah terhadap diri sendiri, manhaj dan qiyadah. Thiqah pada Allah bahawa Dia yang akan menolong jalan dakwah ini. 
  5. Menjadikan dakwah ini unsur yang terpenting dalam kehidupan kita. Dakwah menjadi darah daging, mengalir dalam aliran darah. 
  6. Bersedia untuk berkorban. Bekerja / bergerak untuk dakwah. 
  7. Iltizam dengan program-program dakwah sama ada program khusus atau pun umum. 
  8. Melaksanakan dengan segera, sempurna dan teliti tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah. 
  9. Melakukan tiga langkah iaitu ta’arif, takwin dan tanfiz dengan serentak. 
  10. Tawazun / perkembangan yang seimbang.
Semoga kita dapat bermuhasabah dan beramal dengan sepuluh ciri-ciri ini agar kita tergolong dalam golongan yang beramal, insyaAllah.

bergambar kenang-kenangan dgn muwajjih

KELEBIHAN 10 AWAL ZULHIJJAH

Daripada Ibn Abbas ra, daripada Nabi saw baginda bersabda: "Tidak ada amalan yang lebih utama daripada amalan pada hari sepuluh (terawal) Zulhijjah." Baginda ditanya; "Tidak pula berjihad di jalan Allah?" Baginda menjawab: "Tidak pula berjihad di jalan Allah, kecuali seseorang yang keluar dengan nyawa dan hartanya, kemudian dia tidak kembali dengan sesuatupun (dia mati syahid)." Riwayat ad-Darimi (Sahih)


BERKONGSI QURBAN KASIH

Jom, ikhwah-ikhwah semua! Kita pakat 'support' ikwah kita; akh Aizuddin dgn 'LIKE' video ni...:)


Cara-caranya:-
  1. Antum perlu 'LIKE' page Qurban Kasih Ummah terlebih dahulu
  2. Kemudian tekan 'LIKE' pada video Berkongsi Qurban Kasih
Semoga dgn sokongan drp antum, manfaatnya dpt kita kongsi bersama!

Cepat!!! Tarikh akhir utk 'LIKE' ialah pada 31 Oktober 2011

21 KAEDAH DAKWAH KEPADA ALLAH: ASAS 1 (RINGKASAN)

Asas 1: Dakwah Kepada Allah Adalah Jalan Kejayaan Dunia Dan Akhirat

Matlamat penciptaan manusia:
  1. Ibadah
  2. Khilafah (tugas penerangan /dakwah oleh rasul)
Menurut Ar-Razi, dua matlamat utama ibadah dan juga dakwah:
  1. Untuk membesar dan beribadah kepada Allah
  2. Sebagai bukti kasih sayang kepada manusia lain iaitu dengan mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya
Inilah perjuangan para rasul – dari nabi Adam hingga nabi Muhammad (contoh dari al-quran)

Kata-kata Syed Qutb:
“Inilah sunnatullah di dunia ini dan inilah janji allah kepada aulia’nya. Jika berlaku ujian getir kepada sesuatu kumpulan muslim (kerana dakwah) maka haruslah diketahui bahawa itulah jalan sebenarnya. Mereka perlu yakini bahawa kesudahan dan khilafah kepada orang yang beriman, tidak harus menyegerakan janji allah sehingga ia sendiri datang dalam keadaan mereka berterusan di jalan ini. Allah tidak mengecewakan aulia’nya, tidak lemah dari menolong mereka dan tidak akan membiarkan mereka di tangan musuh. Allah hanya mahu mengajar, mendidik dan membekali mereka dengan bekalan-bekalan jalan ini”.

Dakwah rasulullah adalah rahmat dan keamanan kepada alam

Kedatangan nabi Muhammad, menamatkan azab umat-umat terdahulu - keistimewaan & sebab adanya dakwah.

Selama mana adanya dakwah & pendakwah, matlamat penciptaan manusia masih wujud
  1. Para solihin akan dimatikan satu persatu sehingga akhirnya akan tinggal manusia yang jahat dan hatinya sehitam tamar yang tidak langsung dipedulikan oleh Allah  
  2. Akan sentiasa ada umatku yg berjuang mempertahankan agama Allah, mengalahkan musuh, tidak terkesan dengan penentang mereka sehingga datangnya kiamat dalam keadaan begitu. Kemudian Allah akan menurunkan angin sewangi kasturi selembut sutera. Barangsiapa yg terkena dari kalangan orang yg masih ada walaupun sebesar zarah iman, akan dimatikan oleh Allah. Kemudian yang tinggal hanyalah sejahat-jahat makhluk Allah, ketika itulah berlakunya kiamat.
Tidak akan rugi berdakwah

Walaupun sukar dan penat namun ia ada kelazatan – sehingga sanggup mengorbankan segalanya demi dakwah

Keputusan: 
  1. Berjaya (kekal)
  2. Gagal (sementara)

Qurban Kasih Ummah 1432H

Program Qurban Kasih Ummah 1432H untuk umat Islam yang lebih memerlukan. Sumbangan online transfer diterima. Maybank 562209608847 email ke rayuan@ramadhan-qurban.org

Program kali ini merupakan kali ke-13 ianya dilaksanakan sejak tahun 1999/1420H.






21 KAEDAH DAKWAH KEPADA ALLAH: MUQADDIMAH (RINGKASAN)

Muqaddimah



Dakwah adalah tugas dan amal paling mulia
“dan siapakah lagi yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal saleh dan berkata: sesungguhnya aku adalah orang islam.” (Fussilat: 33)

Dakwah adalah tugas asasi para rasul, para auliya’ dan hamba soleh

Perkembangan sasaran dan petugas dakwah era moden menyebabkan banyak rintangan yang perlu dihadapi:
  1. Bilangan murabbi yang sedikit dinisbahkan kadar penerimaan yang besar
  2. Kekurangan program persiapan para pendakwah dan muwajjih dalam pelbagai peringkat
  3. Kelewatan usia ‘memberi’
  4. Usaha penentangan kepada dakwah dari pelbagai pihak dengan kemampuan dan material yang besar
  5. Godaan kesibukan dan keseronokan hidup
  6. Ilmu dakwah bukan ilmu baru tetapi telah disebut secara riwayah dan dirayah
  7. Bukan ilmu istilahi semata-mata tetapi ilmu yang dipraktikkan dan dihayati generasi pertama Islam
  8. Kemudian ia kembali asing apabila pegangan manusia kepada islam mula longgar dan jauh
  9. Sebahagian pendakwah memulakan langkah baru untuk menuipkan ruh dakwah era moden demi memartabatkan Islam ke seluruh dunia sekali lagi.
  10. Walaupun perkembangan positif di seluruh dunia, namun dakwah memerlukan seluruh tenaga, kemahiran, material untuk pembinaan ini.
  11. Pengoperasian ini memerlukan penyiapan individu-individu yang akan mempersembahkan dakwah kepada umum dalam pelbagai peringkatnya
  12. Setiap tugasan dakwah perlu melalui persediaan dan jangkamasa yang sesuai
  13. Memerlukan sistem tarbawi yang terancang, berpandukan kaedah-kaedah umum (bukan mementingkan masalah-masalah yang rumit dan terperinci), penumpuan tenaga untuk tarbiyah, pembentukan, kepimpinan, perancangan dan pemantauan.



NEGARA PALESTIN DI PBB: MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI?


Jumaat lepas, Presiden Mahmoud Abbas secara rasminya telah mengemukakan permohonan supaya Palestin diterima sebagai ‘Negara Ahli’ kepada Majlis Keselamatan PBB. Sehingga kini status perwakilan Palestin hanyalah `anggota pemerhati’ (observer entity), bukan ahli dan bukan negara. Ketegasan beliau meneruskan permohonan tersebut walau ditentang secara jelas oleh Israel and Amerika merupakan langkah yang berani. 

Sebaik mengemukakan permohonan tersebut, beliau masuk memberi ucapan di Perhimpunan Agung PBB yang disambut dengan tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’. Ucapan beliau kepada 193 negara-negara ahli PBB ditayang secara langsung dengan skrin besar di Tebing Barat. Jalan dipenuhi dengan rakyat Palestin yang menyokong dan kereta-kereta mengibarkan bendera Palestin. “Saya mendengar orang ramai memanggil-manggil nama ‘Abu Mazen’ (gelaran Mahmoud Abbas), suatu yang tidak pernah saya dengar selama ini” kata pemberita Al Jazeera Cal Perry. Kepulangan beliau di Ramallah disambut ribuan rakyat Palestin sebagai hero. Dengan bangga beliau mengisytiharkan `Kabangkitan Palestin’ (Palestinian Spring) telah bermula. 

Telah sekian tahun imej Mahmoud Abbas, Fatah, PLO dan Palestine Authority (PA) merudum kerana tiada kemajuan dalam rundingan damai sedangkan pada masa yang sama cengkaman Israel semakin kuat dan penjajahan dan pendatang Yahudi terus bertambah. Mandat kerajaan PA telah 3 tahun tamat. Tiada pilihanraya diadakan untuk memperbaharui mandat itu, takut-takut HAMAS menguasai keseluruhan Palestin pula. Peristiwa ini memberi lonjakan dan harapan baru kepada kelangsungan beliau dan Fatah.

UCAPAN MURSYID AM DI MUKTAMAR TULLAB IKHWAN MUSLIMIN


Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya.

Anak-anakku muda mudi tercinta,

Ketahuilah bahawa kamu adalah harapan umat, lengan-lengannya yang gagah, mindanya yang cerah, masa depannya yang gemilang, harapannya yang bersinar dan kekuatannya yang terpendam. Kamu adalah unsur kebangkitan umat, kemajuan serta kegemelingannya yang paling penting. Itulah kedudukan kamu, itulah nilai kamu. Itulah tanggungjawab kamu dan amanah kamu di hadapan Allah, di hadapan umat dan di hadapan diri kamu sendiri. Sesungguhnya kamu adalah bekalan untuk masa depan, tempat bergantungnya harapan untuk kebangkitan umat kamu.

Dan kami, ketika kami berkata demikian bukan kerana hendak mengampu atau mengambil hati kamu. Sebaliknya kami menegaskan sesuatu yang memang menjadi reality dan mengiktiraf sesuatu yang benar. Itulah juga yang dipesan oleh kekasih kita yang terpilih, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. (maksudnya): “Hendaklah kamu saling berpesan agar memelihara para pemuda dengan baik kerana sesungguhnya mereka itu memiliki hati yang paling lembut.”

Bertitik tolak dari sini, maka terdapat beberapa perkara yang wajib ke atas kamu terhadap semua aspek yang melingkungi kamu dan yang berkaitan dengan diri kamu.

Jom, Memburu Lailatul Qadar!


KELEBIHAN LAILATULQADAR
Kami sebutkan antara kelebihannya seperti:
  • Diturunkan Al-Quran pada malamnya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Al-Qadr: 1),

“bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al-Baqarah: 185).

  • Pada malam ini Allah telah melantik para malaikat di Luh Mahfuz sebagai “penulis” tentang segala perkara yang ditakdirkan, dan segala perkara yang mengandungi ketetapan pada tahun-tahun akan datang tentang hidup atau mati, baik atau jahat.

  • Malam Lailatul-Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan
 “Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr: 3),

 “dan sesiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti diharamkan baginya segala rupa kebajikan” (An-Nasai dalam bab puasa),

  • Nabi saw telah bersabda (bermaksud):
 "Barangsiapa yang bangun mendirikan solat pada malam Lailatul-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka dosa-dosanya yang terdahulu akan diampuni" (Bukhari).

  • Firman Allah SWT (bermaksud):
 “Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)” (Al-Qadr:4)

Dari segala perkara telah ditakdirkan Allah dan dilaksanakannya pada tahun itu hingga ke tahun akan datang. 

 “Sesungguhnya para malaikat pada malam itu lebih banyak turun ke bumi daripada jumlah pepasiran." (Ahmad, 2 / 519 dan al-Bayhaqi).

  • Malam yg sejahtera. Ini kerana para malaikat mendoakan kesejahteraan kepada penghuni masjid sehingga waktu pagi. Firman Allah SWT (bermaksud):
 “Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-Qadr: 5)

  • Diampunkan dosa
Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tabiat Jalan Dakwah


  1. Jalan dakwah ini panjang. Sesiapa yang gopoh tentu tidak tahan bersama perjuangan ini.
  2. Sepanjang perjalanan ini, musuh akan menghalang dan mengkeroyok penerokanya.
  3. Dalam perjalanan ini, kita akan dapati senarai ujian-ujian yang tidak kunjung padam. Memang ia diatur oleh Allah S.W.T. sedemikian rupa.
  4. Kalau kita dapati ia tidak popular, memang begitulah jalannya. Tidak ramai yang akan menyongsong jalan yang kelihatan sunyi ini. Namun bila sampai masanya, berbondong-bondong akan bersama jalan ini.
  5. Sesiapa yang memilih jalan ini, akan terasa beban amanah yang besar, berat dan banyak. Tetapi, akan terasa ringan bila berjemaah.
sumber: Ustaz Hasanuddin