WELCOME TO REJAB!
Dr Mohamed Morsi calon Presiden Mesir: Kenyataan bersama IM dan FJP
Dr Mohamed Morsi calon Presiden Mesir
Dalam
fasa yang kritikal dalam sejarah kita, kumpulan dan gerakan
pro-revolusi yang popular, yang telah bertekad untuk mencapai matlamat
revolusi ini – terutama penyerahan kuasa kepada institusi perlembagaan
yang terpilih dan penyempurnaan proses transformasi yang demokrasi,
sedang melawan kuasa-kuasa rejim yang lalu yang berusaha untuk
mengembalikan kuasa dengan cengkaman, korupsi dan kezaliman.
Rakyat
Mesir telah melancarkan suatu revolusi yang diberkati pada Januari 2011
untuk memperoleh kebebasan yang berdaulat dan bermaruah, untuk
meletakkan kebenaran dan keadilan, untuk memperbaiki taraf kehidupan,
dan menaikkan taraf negara mereka ke peringkat yang selayaknya di
kalangan negara-negara lain, di peringkat serantau dan antarabangsa; dan
mereka telah menyerahkan pentadbiran negara kepada Supreme Council of
the Armed Forces (SCAF) dalam tempoh peralihan tidak melebihi dari enam
bulan.
SIBUK KITA vs SIBUK RASULULLAH
"Saya sibuk ni..."
"Tak sempat datang usrah kot.."
"Sibuklah. Banyak assignment..."
~Dialog manusia hari ini (Saya mengaku, saya salah seorang daripada mereka)~
Hari ini kita merungut menyatakan kita sibuk..namun, cuba tanya diri
kita kembali, adakah kesibukan diri kita menandingi KESIBUKAN
Ar-Rasul..tahukah kamu, bahawa Rasulullah s.a.w merupakan MANUSIA YANG
PALING SIBUK..namun, kita dapat lihat bagaimana dalam kesibukan, Baginda
masih memperuntukkan masa untuk BERIBADAH kepada Allah sehingga BENGKAK
KEDUA KAKINYA sedangkan beliau telah DIJANJIKAN SYURGA..
Sesungguhnya Baginda melakukan semua itu kerana mahu menjadi HAMBA yang
bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah memberinya BANYAK NIKMAT..cuba
ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah
s.w.t..
Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:
- Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
- Bermunajat kepada Allah setiap malam
- Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
- Berperang di jalan Allah
- Melayani isteri-isteri
- Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya
- Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
- Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
- Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin
- Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)
Tetapi kita..sibuk kerana hanya beberapa perkara:
- Assignment, assignment dan assignment
- berFacebook, Youtube
- Dating dengan kekasih
- menziarahi Tesco, Jusco
- tengok drama korea, movie marathon dan lain-lain..
Melihat perbandingan hidup kita dengan Rasulullah, Baginda telah
benar-benar hidup dengan kehidupannya..sedangkan kita telah MEMATIKAN
DIRI sebelum kematian..Allah BERSUMPAH DENGAN MASA, dalam membicarakan
kerugian manusia :
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…" (Surah Al-Asr: 1-2)
p/s: SIBUKKANLAH DIRI dengan Islam di usia muda ini, kerana jika sudah
mula bekerja, lebih sukar..kejar pointer dunia jangan sampai LUPA
pointer akhirat..hidup di dunia bukan selama-lamanya pun..CGPA akhirat
JAUH lagi penting yang perlu kita accumulated..♥♥
:: Ya Rasulullah, ajarkanlah aku erti susah..erti tarbiyah, erti kesibukkan seperti dirimu ::
sumber: Facebook
ASY-SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA
Assalamualaikum
Tepat 12 Februari 2012, rakyat Mesir bergembira merayakan ulangtahun
pertama kejatuhan salah seorang dari pemerintah yang dikategorikan dalam
“Mulkan Jabriyyan” iaitu penguasa yang memaksakan kehendak mereka yang
bertentangan dengan hukum Allah yang Maha Adil.
Namun, 63
tahun yang lepas iaitu pada tanggal 12 Februari 1949 adalah hari di mana
Imam Hasan Al Banna menemui Tuhannya di bumi yang sama, bergelimang
darah serta syahid di atas jalan yang ia lalui untuk menegakkan syariat
Allah dan menghancurkan sembahan selainNya.
PERIBADI YANG DIBERI ILHAM
Nama "Hasan Al-Banna" sentiasa melekat dengan jamaah Al-Ikhwan
Al-Muslimun kerana beliau adalah pengasas dan menjadi Mursyid `Am
pertama jamaah tersebut.
Musuh-musuh Islam mengira bahwa
setelah mereka membunuh pendiri, mursyid dan pemimpin jamaah ini, mereka
juga telah meruntuhkan Ikhwanul Muslimin, mencabut akar kekuatannya,
menghentikan langkahnya dan menghancurkan gerakan pembaharuan Islam yang
telah membangunkan hati rakyat dan kaum muslimin secara keseluruhan.
Syeikh Ahmad Yassin
Hari
ini, 22 Mac 2012 genap sudah 8 tahun syahidnya bapa intifadah Palestin
iaitu As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. Beliau dibunuh Zionis pada pagi 22
Mac 2004 ketika diperjalanan balik ke rumah selepas menyelesaikan Solat
Subuh. Beliau merupakan Ketua/Pengasas HAMAS & Mursyid Am Ikhwan
Al-Muslimin di Palestin.
Antara kata2 beliau sebelum syahid,
"Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika
mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya
tidak bersembunyi."
Semoga kita tidak lupa tarikh syahidnya Sheikh Ahmad Yassin - 22 Mac 2004.
Antara kata2 beliau sebelum syahid,
"Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika
mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya
tidak bersembunyi."
Semoga roh perjuangan beliau terus bersama umat Islam akhir zaman ini. Al-Fatihah!
Semoga kita tidak lupa tarikh syahidnya Sheikh Ahmad Yassin - 22 Mac 2004.
Tiga minggu selepas itu Dr Abdul Aziz Rantisi pula menyusul...
DI SANA SYURGA MENANTI
Tatkala pertemuan susunan ilahi,
Kau celikkan hatiku dengan kalimah suci,
Sesat aku dalam dunia ilusi,
Kau pimpinku tuju jalan diredhai..
Dunia kini kejam penuh noda,
Hati yang kelam bertambah derita,
Hanya cahaya dari agama,
Penerang jalan menuju syurga
Usah tunduk berdiam diri, lesu,
Ayuh bangkit para da'ie manusia diseru,
Menuju jalan Allah yang satu,
Memegang tali Allah tanpa ragu.
Ya Allah, satukanlah hati kami,
Untuk bertaqwa pada mu setiap hari,
Jauhkan noda dunia dari diri,
Moga di sana syurga menanti...
Hasil nukilan:-
Akh Aizuddin |
MUHASABAH
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
....................................................................................................................................................
RINTIHAN
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
....................................................................................................................................................
RINTIHAN
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Subscribe to:
Posts (Atom)